orang sedang baca :)

Sunday, May 1

Happy Labour Day!!!

selamat hari pekerja aku ucapkan kepada warga Malaysia yang bekerja tak kiralah di sektor kerajaan mahupun swasta.. apa yang penting kita sama-sama menyumbang kepada pendapatan negara kan? cewahh! bagi yang tidak bekerja atau lebih dikenali sebagai penganggur pun aku nak ucapkan selamat hari pekerja.. diorang ni pun bekerja hokayy~ kerja diorang ni makan, tidur dan berhuha-huha.. keh3.. jangan marah naaa.. nanti cepat tua! lalalalaaaa...

so hari ni aku just lepak kat rumah sorang-sorang.. sebabnya housemate aku 3 orang balik kampung dan sorang lagi kerja.. tapi fun juga sebab dapat bersendirian hari ni.. waktu cuti aku hari ni dihabiskan dengan membaca novel yg baru dibeli oleh housemate aku.. tajuk novel ni M.A.I.D dan penulisnya Suri Ryana terbitan Kaki Novel.. best sangat-sangat cerita ni walaupun aku baru baca setengah.. hehehe.. jalan cerita menarik dan tak boring..

sambil-sambil melayari facebook.. hehek!

novel ni mengisarkan tentang seorang perempuan yg namanya noorul berusia 24tahun (ehem-ehem sebaya aku..) yang sangat desperate nak cari kerja lepas 10kali gagal temuduga kerja.. so dia ke agensi pekerjaan apply untuk jadi pembantu rumah.. nak dijadikan cerita dia dapat kerja sebagai pembantu rumah kepada seorang anak tan sri yg namanya harris yang tinggal di sebuah penthouse.. tapi yg spoil nya anak tan sri tu sangat cerewet.. ada je yang tak kena.. ada banyak insiden diorang ni bertekak mulut yg adakalanya aku baca sampai tergelak coz lawak.. sampaikan satu hari ni ada orang buat fitnah kata noorul ni perempuan simpanan harris.. so tan sri n puan sri cadangkan diorang ni kahwin sebab nak tutup mulut orang almaklumlah keluarga elit.. takut malu.. so dalam tak rela diorang kena kahwin.. hehehehe.. best kan? lepas ni apa jadi entahlah.. sebab aku baru baca takat ni je.. :p

semalam pula bff aku datang rumah untuk ukiran inai kat tangan.. aku sememangnya memerlukan seorang volunteer untuk buat ukiran inai ni.. sebab tangan aku, atas n tapak tangan dah aku lukis hari tu.. so aku memerlukan tangan orang lain untuk praktis lukis.. kena praktis dulu coz nanti aku kena lukiskan kat tangan kawan aku yg bakal kahwin hujung bulan ni.. hehehe.. so nadie nak aku lukiskan untuk dia.. terbaekkklahh!! meh tengok hasil lukisan inai aku kat tangan nadie.. :D

ukiran yg simple so takdelah serabut sangat

elemen bunga.. juga corak yang simple..

p/s : so kalau ada siapa-siapa nak jadi volunteer aku silalah halo-halo aku ye.. :D

No comments: