orang sedang baca :)

Friday, June 27

Minta Maaf Sebelum Ramadhan

Assalamualaikum..

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad S.A.W apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:-
 
1. Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)

2. Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri

3. Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya


Maka Rasulullah pun mengaminkannya sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan ia dilakukan pada hari Jumaat.

Renungkan, muhasabah, beribadat dan bertaubatlah. Yang baik itu daripada Allah S.W.T. dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan dan kejahilan diri kita sendiri. Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara


Semalam di saat orang ramai sibuk dengan status masing-masing tentang filem transformers. Saya hanya duduk di rumah sambil mendengar majlis ilmu forum perdana berkenaan bulan mulia bulan Ramadhan ini. Terkesan dengan kejahilan diri sendiri sebelum ini. Tertanya-tanya adalah amalan puasa kita sebelum ini diterima atau pun hanya sia-sia? Astaghafirullah al azim. Ampunkan hambamu ini Ya Rabb.

Kita penat berpuasa. Tapi tidak pula menunaikan solat yang sepatutnya kita lakukan. Kalau tak solat, segala amalan baik lain yang kita lakukan hanyalah sia-sia kerana ianya ditolak habis. Pada hakikatnya kita berpuasa hanyalah untuk tahan lapar dan dahaga sahaja. Ikhlaskah kita? Perbaiki diri dan perbanyakkan amal seberapa yang boleh di bulan Ramadhan ini. Mungkinkah kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan lagi pada tahun depan? Moga kita dipanjangkan umur.

Terdapat 4 golongan yang tak diterima ibadat puasanya.

1. Orang yang minum arak dan sering mengulangi perbuatan tersebut

2. Orang yang derhaka kepada ibu bapanya

3. Orang yang memutuskan silaturrahim

4. Orang yang tidak bertegur sapa selama 3 hari berturut-turut

Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada mereka-mereka yang telah saya sakiti hatinya. Maafkan segala kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan pada kalian. Maaf juga andai ada kata-kata saya telah menyakiti hati kalian. Tak kira dengan sengaja atau pun tidak sengaja. Sesungguhnya saya hanya insan yang lemah dan jahil yang tak pernah terlepas daripada melakukan salah dan silap. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruknya adalah dari diri saya sendiri.

Selamat berpuasa saya ucapkan. :)

Wednesday, June 25

Lepas Seksa Temuduga!

Assalamualaikum..


Dugaan dugaan. Alhamdulillah Allah permudahkan hari ni. Alkisahnya semalam saya agak kelam kabut dengan dokumen untuk temuduga hari ni. Biasalah manusia memang suka buat kerja saat-saat akhir. Dengan apa semua belum photostat. Nasib baik tak perlu di cop sah. Kalau tak lagi kelam kabut. Ditambah lagi dengan dokumen penilaian prestasi pun tertinggal kat office. Haru sungguh!

Dalam sejarah sebelum pukul 7.30 pagi hari ni saya dah tercangak depan office. Baahaaa! Semangat sangat kan. Semata-mata nak ambil dokumen penilaian prestasi yang tertinggal. Dah macam kartun rasanya lari sana sini. Nasib baik sempat sampai kat Bangunan Persekutuan sebelum pukul 8 pagi.

Dan yang membuatkan saya lagi semangat apabila panel yang bakal temuduga tu kacak orang nya! Muehehehe! Dah la saya orang pertama. Ingatkan cina. Dalam otak dok terfikir macam mana ayat nak greeting nanti. Sebab wakil jabatan sah-sah dah orang Islam. So nak ucap "Assalamualaikum dan selamat pagi Tuan!". Lebih mengejutkan, panel tu jawab salam. Eh, Islam rupanya. Baahahaaa. Ghenyihhhh la apa lagi. :D

Buat pertama kalinya terasa macam tak mau keluar dari bilik temuduga tu. Duduk dalam tu sehari suntuk pun takpe. Sebab langsung dorang tak tanya apa-apa pasal jabatan kerajaan, isu semasa dan sebagainya. Temuduga secara santai. Dah la panelnya handsome nak meninggal. Bayangkan dok dalam kereta nak balik office pun boleh dok senyum sorang-sorang. Teruknya perangai hang naa Farah! Bahahaha! Dok type ni pun rasa pipi dok kembung senyum sorang-sorang depan pc. Hoikkkk!!! Tampar kang. Wake up please! Jangan angau!

Muka cuak la konon-konon
sebelum masuk bilik temuduga
pandai belakon sangat aihh
Dah habis seksa~
Selfie sat

Tuesday, June 17

Tajuk akan difikirkan kemudian..

Assalamualaikum..

Mai nak cerita serba sikit tentang saya.. (selalu bahasakan diri 'aku'.. terasa macam kurang ajar pulak.. kali ni nak tukar yeh!)

1.  Saya seorang yang sangat takut dan geli kepada binatang bernama LIPAS. Tak tau kenapa dan sebab apa. Kalau saya nampak binatang ni dalam bilik air, confirm akan arwah di dalam lubang saluran air sebab saya akan spray sampai dia lemas dalam tu. wuuu T-T. Macam kejam tapi nak buat camne. Saya penggeli LIPAS.

2.  Saya takut dan geli juga kepada tikus belanda a.k.a. hamster. Mungkin ramai yang rasa hamster tu comel. Tapi tidak bagi saya. Sebab saya pernah ada peristiwa yang buat saya takut dengan hamster bila ada suatu ketika saya pegang hamster di tapak tangan dan dia telah mengigit isi tapak tangan saya. Pedih okay! Terus saya campak hanster tu. Haha. Geli aihh dok gerit2 (bahasa utara) isi orang!

3.  Kadang-kadang saya suka garu kepala yang tak gatal sampai luka. Ini habbit dari dulu. Luka sampai berair. Bila nak basuh rambut confirm terjerit-jerit dalam bilik air sebab pedih kepala. Ishhh..

4.  Saya suka marah-marah pemandu kereta lain bila saya rasa saya dah lambat ke tempat kerja. Siapa yang tau tu tau la. Mulut saya akan mengeluarkan kata-kata yang tidak enak. Astaghafirullah al azim! Kena berubah ni Farah. Tak baik ada sikap macam ni.

5.  Saya seorang yang setia. Wahhh! Angkat bakul sendiri yer cik Farah. Tapi ini adalah kenyataan. Tak pandai sebenarnya nak pasang 'spare part' banyak-banyak. Kira siapa yang ada pasang spare part banyak-banyak tu memang hebatlah. Salute! Macam mana anda layan semua nya dalam satu masa? Tolong ajar boleh? Hihihi

6.  Saya seorang yang pelupa dan cepat lupa. Tak taulah dapat penyakit ni sejak bila. Saya sangat susah nak mengingati apa-apa yang melibatkan nombor dan tarikh-tarikh penting. Kalau handphone hilang memang menangis la jawabnya. Sebab saya hanya ingat nombor mama dan babah saya saje. Nombor telefon rumah pun saya tak ingat. Boyfriend ke girlfriend ke ex ke..Haha memang tak ingat. Maafkan saya! T-T

To be continue....

Thursday, June 12

Officially turned 27 years!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Genap sudah usia 27 tahun. Terima kasih tak terhingga atas ucapan-ucapan dan doa-doa yang diberikan oleh kawan-kawan semua. Terutama sekali yang bagi kata-kata semangat dan doa dipermudahkan jodoh. Hehe. Anda semua sangat memahami saat hati ini dalam kedukaan. Thanks so much! :)

Actually tak tahu nak update apa dan tak tahu apa tujuan aku click pada new post entry ni. Macam tak ada apa yang nak dikongsikan. Aku masih lagi cuba muhasabah diri dan memperbaiki diri ini ke arah kebaikan. Cuba berubah. Insha Allah. Doakan aku yer kawan-kawan. Eh! Ada ke kawan-kawan aku yang baca blog ni? Bahaaa! Hopefully tak la. Sebab kebelakangan ni banyak pula entry pasal kedukaan aku. Cett! So childish la hang ni Farah! Wake up please!

Sebenarnya aku malas nak balik kampung kat JB tu. Sebab banyak mulut asyik bertanyakan soalan yang sama. "BILA NAK KAWEN NI FARAH?" urghhh. Stress! Serious tak tipu. Dah calon pun tak ada macam mana nak kawen kakak2 oi, makcik2 oi, nenek oi. Suruh carikan calon tak mau pulak. Kata satgi tak berkenan. Uhukkk! So aku tengah fikir macam mana nak lari dari menjawab soalan-soalan yang boleh bagi aku bertambah stress memikirkan soal jodoh. Ya jodoh itu rahsia Allah. Doakan aku semoga dapat jodoh yang boleh bimbing aku hingga ke Jannah. :)


Friday, June 6

Makanan Sunnah

Assalamualaikum..

Semua orang nak cantik. Semua orang nak sihat. Consume macam-macam produk. Untuk kurus, untuk putih, untuk gebu, untuk montok, untuk anjalkan. Opss..! Bahaha! Tapi satu je yang aku nak tau. Memang berkesan ke semua benda tu? Aku pun pernah juga cuba produk-produk nak melawa ni. Tapi hampeh! Tak lut pada badan aku. Haha. So aku dah lama stop ambil benda-benda macam tu. Oh ya! Aku hanya minum cleanx tea saja untuk detox. Itu pun kalau aku ingat nak minum. Haha.

Tapi kita lupa ada makanan yang lebih baik kita boleh amalkan. Makan la makanan sunnah. Bukan saja dapat pahala, badan pun akan sihat dengan amalkan makanan sunnah nabi. Aku ada dengar ceramah berkenaan makanan sunnah ni. Siap ada bagitau cara-cara untuk amalkan bagi kaum wanita untuk jaga kesihatan dalaman dan daya ingatan. Seeloknya diamalkan waktu pagi.

1. minum segelas air suam selepas bangun dari tidur. Tapi sebaiknya minum 1 botol air ditambah lagi 1/4 botol air. Ini untuk membuang benda-benda tak elok dalam badan kita. Sebab waktu kita tidur, banyak proses sedang berlaku.

2. Amalkan memakan sesudu minyak zaiton setiap hari. Tapi pastikan yang extra virgin. Itu yang seeloknya.

3. Amalkan juga memakan pati delima 2 sudu setiap hari. Aku pernah amalkan makan pati delima ni. Tapi sekarang dah stop. Lepas ni kena amalkan balik. Untuk pengetahuan semua, buah delima ni buah syurga. Itu yang ustazah tu cakap. Wallahualam.

4. Untuk tajamkan daya ingatan. Boleh buat untuk anak-anak yang masih belajar.
air suam + 1 sudu madu asli + 1 sudu kecil minyak herbatus sauda + 1 sudu minyak kelapa dara + beberapa helaian za'faran
selepas minum, biarkan perut berehat selama 2 jam sebelum makan makanan yang lain.

5. Selepas makan makanan berat, digalakkan untuk minum 1 sudu cuka tamar atau cuka kurma. Fungsinya untuk detox makanan tak sihat yang dah kita makan. Susah nak cari cuka kurma ni. Jadi aku amalkan minum cuka epal (apple cider) yang dicampurkan dengan segelas air. Boleh digunakan dalam masakan juga.

6. Untuk kudap-kudapan pula, gigit kulit kayu manis sebagai pengganti. Aku tau macam agak sukar nak gigit kulit kayu manis ni. Tapi kulit kayu manis ni boleh memberikan kita tidur yang berkualiti. Sangat menenangkan. Insha Allah.

Jom amalkan sama-sama! :)

Thursday, June 5

Silent Reader Tegar

Assalamualaikum..

Ini post kedua hari ni. Terlebih rajin pula nak menaip. Letih kot dari tadi menggodek surat-surat dan fail. Sampai makan pun lupa. Eceh! Kata nak kurus. Behee! Okay. Nak sibukkan dirilah katakan. 

Perkara di atas adalah dirujuk. Hehe. Berkenaan dengan silent reader. Aku sebenarnya dari dulu lagi musykil sangat. Aku nak tau sangat siapakah pembaca dari BATU CAVES, SELANGOR ni. Kerap sangat awak singgah di blog saya. Boleh dikatakan hari-hari. Blog saya menarik sangat ke untuk dibaca sampai singgah hari-hari? Haha. Okay joke. Sebab blog ni semua pasal life aku. Bukanlah blog yang akan orang cari dan baca. Lain la kalau blog NameeRoslan. Itu memang hari-hari aku buka. Setiap kali update, tak lama lepas tu mesti pembaca ni muncul. Pelik pula rasanya.

Sampai ada yang buat andaian mungkin ada orang India yang minat kat aku sampai hari-hari baca blog ni. Lepas tu akan add aku kat facebook sebab ade link dan badge facebook aku kat blog ni. Fuhhh scary beb! Tapi secara logikalnya, takkan la ada orang India nak baca blog orang melayu ni. Blog aku ni ada juga la selit bab-bab keagamaan walaupun tak banyak. Takpelah, at least aku dapat berdakwah. Mana tau terbuka hari dia untuk mengenali Islam. Dapat pahala kat aku kan? Haha!

Pesanan saya kepada pembaca itu..

Terima kasih kerana menyinggah. Nak tau juga siapa anda. Bagilah hint-hint sikit siapa diri anda. Boleh tinggalkan komen di ruangan bawah. Tak perlu bagi nama betul pun. Boleh komen sebagai ANONYMOUS saja. Jangan risau saya takkan publish komen anda. :)


sila click untuk besarkan
Siapakah anda?
:)

Header baru. Yayy!

Assalamualaikum..

Selamat pagi Khamis. Akhirnya aku dapat juga tukar header baru kat blog aku. Header sebelum ni dah lebih 3 tahun. Gambar masa jadi pengapit kawan aku bersanding. Malas dah nak edit-edit header ni sebenarnya. Jadi aku ambil langkah mudah. Letak perkataan saja sudahh! Hehe. INI CERITA SAYA.. cewahh! :D

Pengumuman.. 

Aku semakin baik dari kedukaan. Eheh! Alhamdulillah. Ada cara sebenarnya nak pulihkan semangat. Salah satunya adalah dengan membuang segala rasa yang ada. Dekatkan diri dengan pencipta kita. Banyak berzikir. Ya, ini ada seseorang yang cadangkan. Terima kasih IS. Nasib baik kat office ni ada budak selalu pasang ayat-ayat al-quran dan zikir-zikir. Tenang sat bila dengar. Sambil tu boleh berkumat-kumit ikut sama. Hehe! Selain tu cuba buat solat sunat yang sebelum ni tak pernah aku buat. Aku akui. Ini sangat membantu. Sambil-sambil tu boleh berdoa agar Allah tenangkan jiwa kita dan minta perkara yang baik-baik. Minta jodoh pun boleh! Bahaa! :D

Apalagi yang aku buat? Buang benda-benda berkaitan yang boleh buatkan kita ingatkan orang itu. Contohnya nombor telefon, mesej-mesej, gambar-gambar, record-record dan segala macam tok nenek yang akan buatkan kita nak tengok bila duduk sorang-sorang. Kalau masih ada nombor telefon mesti keinginan untuk mesej atau tengok kat whatsapp akan timbul. Jadi untuk langkah terbaik, delete saja semuanya. Kalau rasa sayang nak delete, kuatkan semangat. Cuba ingat balik kata-kata dia yang buatkan kita rasa sakit hati. Bahaaa!

Cari pengganti. Takkan secepat itu? Tak apa. Bukanlah cari pengganti untuk bercintan-cintun. Maksudnya di sini, cari pengganti untuk teman bercerita dan berkongsi. Cuba berkawan dengan seramai yang boleh. Cari balik ex kita. Haha. Cuba berkawan dengan dia. Kawan je ye bukan bercinta. Baru aku sedar ramai yang nak berkawan dengan aku rupanya. Terima kasih pada kalian semua. Jadi tak adalah aku sunyi sangat. Cuba sibukan diri. Jangan duduk sorang-sorang. Kalau teringat je cepat-cepat istighfar. Hehe! Insha Allah.

Berdoa. Sentaja paling tajam. IS ada berkongsi waktu-waktu mustajab dan cepat makbul sekiranya kita berdoa. Antaranya semasa hari hujan, bulan puasa, semasa sujud terakhir dalam solat, solat sunat tahajud, antara azan dan iqamat dan sebagainya. Penang sekarang ni kerap hujan. Perbanyakkan berdoa ye. Cuba perbaiki diri. :)


5 Jun 2014
pagi Khamis
Semangat baru!
:)

Wednesday, June 4

Allah sentiasa mengasihi orang yang penyabar

Assalamualaikum..

Salam sejahtera. Alhamdulillah aku sudah pulih sedikit demi sedikit. Ramai yang menasihati. Terasa orang-orang di sekeliling sangat membantu ketika ini. Terima kasih, syukran jazilan. :)

Aku ada terbaca satu petikan dari al-Quran,

"Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar." - Surah Ali Imran ayat 146.

Apabila kita cuba ransangkan diri kita dengan perkara positif, ternyata ianya adalah satu permulaan yang baik dalam apa jua keadaan sekali pun walaupun di dalam kesusahan. Memang pada mulanya agak sukar untuk menerima, tapi harus ditanamkan dalam diri bahawa Allah itu sentiasa ada dalam apa jua keadaan yang kita alami. Kehilangan. Ada hikmahnya kenapa terjadinya satu kehilangan itu. Allah dah aturkan semua perjalanan hidup hambanya. Ada rahmat tersembunyi yang tidak kita tak nampak pada dasarnya kerana Allah yang Maha Mengetahui segalanya.

Dalam surah Al-Baqarah pun ada sebut, sesuatu yang kita suka atau sayang kadang kala tidak membawa kebaikan pada kita dan sesuatu yang  kita benci pula belum tentu memberi keburukan pada kita. Ambil ini sebagai sesuatu yang positif untuk memotivasikan diri.

"Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui."

Kadang kala kita merasakan si dia itu adalah yang terbaik untuk kita. Tapi kenapa Allah rencanakan hal ini berlaku pada kita? Kita tidak sedar sebenarnya Allah telah rencanakan sesuatu yang indah dan terbaik dalam hidup kita. Kalau bukan sekarang mungkin jua pada masa hadapan. Ada sebab kenapa Allah kenalkan kita dengan seseorang itu. Allah nak beri ujian dalam kehidupan kita. Bagi peluang pada kita untuk menilai orang-orang di sekeliling sementara mendapatkan yang terbaik untuk diri kita. 

Setiap pertemuan ada perpisahannya. Kerana yang hidup pasti akan menemui ajalnya. Maka dari situ perpisahan akan tercipta.  
 

Tuesday, June 3

Assalamualaikum..

Pembuka bicara.. Tak dapat digambarkan bagaimana perasaan aku ketika ini. Kecewa dan sedih dirasakan. Tak tahu pada siapa lagi untuk diadu. Ternyata di sini aku dapat meluahkan apa saja rasa sehabisnya. Tanpa ada siapa-siapa yang membaca. Seminggu yang lalu semuanya berubah. Hidup dah tak ada langsung rasa gembira. Aku bukan lagi orang yang seperti dahulu. Hari-hari terasa kosong. Tak tahu macam mana nak teruskan kehidupan dengan rasa begini. Allah sedang menguji. Ramai yang bagi bermacam nasihat. Aku terima nasihat-nasihat kalian. Tapi aku yang lalui semuanya. Hmm macam mana nak teruskan dengan rasa macam ni? :'(

Aku juga manusia biasa yang tak terlepas dari membuat kesilapan. Dan aku mengaku kesilapan aku. Aku minta maaf. Tapi begini berakhirnya sebuah pengakhiran. Tak ada lagi peluang untuk membuktikan segalanya. Aku cuba untuk berubah. Menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Mengadu pada Allah agar tabahkan hati aku untuk terima segala keputusan. Pelihara hati aku daripada kekecewaan. Tapi kenapa jiwa aku masih lagi kusut memikirkan apa yang berlaku. Kecewa dan rasa itu semakin bercambah. Tolonglah hambamu ini ya Allah..

Berfikiran positif. Itu yang cuba aku buat sekarang. Semoga Allah permudahkan segala apa yang aku akan lalui. Aku akan cuba untuk teruskan hidup seperti biasa. Dekatkan diri dengan Allah. Terima kasih IS atas nasihat yang diberikan. Insha Allah, diri ini akan cuba berubah. Aku akan kuatkan semangat untuk terima apa jua keadaan selepas ini. Buang segala rasa sakit sebab diri ini tidak diperlukan lagi. Semoga orang itu mendapat ketenangan. Aku tidak akan membuka aib siapa-siapa. Biarlah ia menjadi pengajaran buat diri aku.

Mata..
Jangan menangis lagi..
Hati..
Jangan sayu di malam hari..
Diri..
Tabahlah dalam menghadapi..