Monday, May 9

Dunia MukaBuku a.k.a Facebook

 
Siapa tak ada Facebook angkat tangan!!!!

FACEBOOK.. sapa yang tak ada facebook zaman sekarang mesti akan dianggap kuno, ketinggalan zaman, tak ikut perkembangan semasa, dan yg sewaktu dengannya.. ingat tak dulu masa mula-mula kita guna facebook.. update status pun macam ikhlas je.. semua ikhlas berkawan.. sama-sama belajar macam mana nak explore guna facebook.. dan kalau kita tengok pengguna-pengguna facebook sekarang.. kebanyakkannya (aku ulang sekali lagi "KEBANYAKKAN") sangat 'macam bagus' dalam dunia facebook ni.. sebagai contoh..

:: kutuk-mengutuk ::

"euwww... menyampah gila aku dengan dia tu.. macam bagus je! pergi mampos la kau!"

tahu la kadang-kadang facebook ni boleh dijadikan tempat meluahkan perasaan.. tapi perlu ke kena update status macam tu supaya 1 dunia baca.. nak perhatian ke hape? hah.. ayat-ayat yg berunsur kutuk-mengutuk ni selalu sangat aku tengok kat status budak-budak sekolah yang baru nak besar.. kononnya nak orang concern laa.. pastu tanya "sape dia eh?".. maka bermulalah acara kutuk-mengutuk antara mereka-mereka.. dosa weh kutuk-kutuk orang.. tak puas hati kutuk la depan-depan.. ade bran?

:: tunjuk-menunjuk / riak / takbur ::
 
"tadi I dating dengan sorang mamat kaya, naik BMW tau! siap kasikan I hadiah Iphone4 lagik.. sukenyerrr! korang ade?? jangan jeless! - via iPhone4"

hek elehh! macam la hadap sangat.. ape kes nak menunjuk-nunjuk.. semua tu duniawi doh! ingat orang suka la tu.. menyampah lagi ada.. kalau ye nak menunjuk sangat pun, kan ke bagus tulis 'alhamdulillah.. hari ni penuh solat lima waktu I.." hah kalau macam ni, bukan ke lagi bagus.. 

:: relationship status ::

bertukar-tukar status relationship.. hari ni in a relationship.. esok engaged.. lusa married.. tulat widowed.. minggu depan single.. bulan depan it's complicated.. hoiii!! gila talak ke ape?? tak tetap pendirian sungguh.. atau nak tarik perhatian orang? kalau gaduh ke ape ke tak payah la nak tukar-tukar status tu.. esok-esok baik balik.. ni selalu terjadi pada percintaan budak-budak yg baru nak naik.. elok sangat la tu.. dah nama pun budak-budak.. sesuai laa.. tp bagi yg dah kahwin tu, kalau gaduh jangan la sampai nak tukar status.. bincang elok-elok la.. ramai orang memerhati.. tak malu ke?

::  application yg semak ::

dulu takde pun application yg kena tag-tag orang.. sekarang ni bersepah beb.. spam sana spam sini.. invite sana invite sini.. menyemakkan wall orang ja.. dah jadi pulak satu hal kena remove satu-satu.. especially application yg tag nama kat gambar.. yela.. kadang-kadang application tu sendiri yg auto tag semua orang.. tapi still semak beb! sesetengah orang tak suka.. semakkan wall sendiri takpe.. jadi, berhati-hati la guna application yg ada ye..!

:: notifications ::

ini satu benda yg sangat aku tak suka.. bila dah tag nama sana sini.. (especially gambar) maka banyaklah notifications yg takda sangkut paut timbul.. 'si polan commented on a photo of you'.. dan timbul dan timbul lagi.. tak rasa annoying ke? kadang-kadang aku hangin jugak.. rasa macam nak remove je tag tapi kang ada pulak yg sentap.. terpaksalah aku tahan.. hah, ni kawan aku jgn sentap ye.. ini lahir dari hati aku.. hahaha..

:: bahasa rempit ::

"kitew bawu dpt unline ow.. da lamew ta bowak dgn korunk sumew.. windu kitew ta?"

"tady aq nampak booduck pempuan cun gilew ow! sukew sukew!"

bak kata Anwar Hadi, tak perlulah nak merosakkan bahasa.. eja betul-betul tak boleh ke? korang sedar tak bahasa korang ni memeningkan lagi orang yang baca.. kononnya bahasa macam ni comel.. haiyoo! comel ke macam ni?? bukan perempuan je yg guna bahasa macam ni, lelaki pun guna.. please laa.. kadang-kadang orang yg baca akan naik rasa menyampah okay~ tak payah la nak guna huruf 'w' terlebih sangat.. tak kreatif pun laaaa.. euwwwww.. hahaha!

:: virus tulisan biru ::

kalau tak silap aku.. tulisan biru ni wujud berpunca dari filem hantu kak limah balik rumah.. kebanyakkan dialog dijadikan page.. lepas tu bersambung pulak dengan dialog dari maharaja lawak.. mula-mula memang la fun.. kelakar pun ada.. tapi lama-lama naik menyampah pulak sebab aku tengok ramai gila guna tulisan biru ni yg dianggap 'trend'.. sampai ada sesetengah tu sangat-sangat gigih meng'like' page-page yg ada so that boleh buat status yg 'GEMPAK'.. gempak sangat ke? bagi aku perak (peghak) a.k.a jakun ada la.. flood news feed orang weh..


p/s: 1-kalau ada yg sentap harap maaf.. sekadar menulis apa yg terlintas di fikiran :D
      2-tulisan biru tu aku yg ajar dulu.. so takyah nak cakap aku tak tau buat k.. :)

No comments: