Friday, May 6

Penunggu Istana : Real atau Tidak??

Istana Raja Bilah, Papan, Perak


buat pengetahuan korang semua.. aku sangat excited dengan entry aku kali ni.. mesti ada sesetengah korang yang dah menonton filem "Penunggu Istana" bukan? mesti korang tertanya-tanya sama ada cerita ni based on true story seperti yang diwar-warkan atau sebaliknya kan? aku sendiri pun tertanya-tanya.. secara jujurnya aku tak berminat dengan cerita ni.. tapi setelah kawan aku Chek Eyra ni bagi aku satu link mengenai filem di atas ni.. aku mula percaya yang cerita ni memang real..


So, aku pun mula search pasal istana yang diperkatakan ni.. nama istana ni ISTANA RAJA BILAH.. terletak di Papan, Perak.. wehhh!!! papan tu dekat sangat dengan rumah aku.. aku selalu pergi mandi air terjun kat papan tu.. tapi yang peliknya aku tak pernah pulak nampak istana tu.. dan baru aku tahu istana tu ada kat belakang deretan kedai yang selalu aku lalu kalau nak mandi air terjun kat situ.. dohhh! situ memang macam pekan yg orang tinggalkan.. tak ramai orang tinggal kat situ.. laluan nak ke air terjun pula memang akan lalu dekat kawasan jerat cina.. sumpah aku tak tipu! sekarang baru aku tau dan rasanya aku akan cuba ke sana bila balik Batu Gajah nanti.. hehe.. beranikan aku?


dengan berkat bertanya pada encik GOOGLE tentang kesahihan cerita ni.. ramai yang cakap cerita ni betul.. salah sorangnya blogger ini.. ini menguatkan lagi keinginan aku untuk menonton cerita ni walaupun dah dekat hujung-hujung.. entah-entah dah takde pun kat pawagam.. hahaha.. yang boleh membuatkan aku percaya adalah gambar-gambar yang disiarkan oleh blogger-blogger lain.. macam real je.. sila lihat gambar di bawah ni..




so dengan gigihnya aku pun mula membuat sedikit kajian.. cewahh! actually filem ni bukan la real pun atau dalam erti kata lain cerita ni TIPU.. yang part mati tu dah comfirm-comfirm la tipu.. kalau betul cerita ni based on true story sekitar tahun 2009.. dah tentu-tentu la akan jadi isu besar.. dan aku sebagai orang yang tinggal dekat-dekat area situ mesti tau pasal kematian ni.. haiyakk.. bukan aku saja-saja nak buat cerita.. sebab aku dah buat kajian.. hasil dari kegigihan aku dengan bertanya pada en GOOGLE.. ternyata ada pelakon yang melakonkan cerita ni.. tak percaya? sila tengok link ini.. hidup elok je budak ni.. sape kata dia dah mati? dan aku jugak jumpa Facebook profile pelakon-pelakon cerita ni..

so kesimpulan yang boleh aku buat adalah cerita ni adalah TIPU.. bukan cerita sebenar dan apa yang dikatakan based on true story tu just propa untuk menarik minat orang menonton.. pandai betul dorang buat strategi.. aku pun hampir-hampir percaya.. hilang terus keinginan untuk tengok cerita ni.. hahaha... kepada insan-insan yang percaya kononnya cerita ni real.. padan muka korang! korang dah kena kencing dowhhh!!! bwahahaha....


Click untuk tumbesaran :D



p/s : masa aku buat entry ni, aku sorang-sorang je kat ruang tamu.. seram gak rasa.. haishhh..

1 comment:

Dg RaMLaiLasaH FN BraMa said...

haha...nice...sy pon hampir pecaya wehh...nasib sy pon p tanya hencek gogal..kekek..tq~