Friday, December 9

alhamdulillah.. dapat kerja baru.. :)

annyeong haseyo! salam 1 malaysia!


ni nak habaq mai kat hampa semua..


ceq dah dapat kerja lain weh!!! weehooo!!!!!




sungguh tak dijangka.. hari jumaat lepas aku ada pergi satu temuduga kat Bank Muamalat Ipoh.. dalam otak asyik cakap, "hmm mesti tak dapat punya la.. punya la ramai calon.. nak pakai pun 2 orang je.."
pada mulanya ingatkan nak rest selama sebulan kat rumah setelah dengan rasminya menjadi PENGANGGUR TERHORMAT pada hari Selasa lepas.. dah lama tak rasa jadi penganggur.. duduk kat rumah makan, tidur, tengok tv, main gitar, bermalas-malasan.. cukup hujung bulan dapat ikut family aku bercuti kat JB n MERSING..


tup tup.. hari selasa baru-baru ni aku dapat panggilan telefon mengatakan aku dapat kerja kat Bank Muamalat sebagai collector.. pheww.. kira beruntung jugak la sebab dalam banyak-banyak aku jugak yang terpilih.. aku diminta untuk mula kerja hari ni iaitu pada hari Khamis.. aku yang pada mulanya memang plan nak balik perak hari tu, dengan sepantas kilat aku bertolak balik ke perak pada hari tu jugak.. bukan apa, banyak lagi benda aku nak kena buat kat rumah.. nak kemas barang-barang aku yang menimbun gila dalam kerera.. semua aku sumbat.. nak pindah terus ke perak la katakan..


hari ni bermulalah kehidupan aku bekerja di bank.. banyak istilah-istilah bank yang aku kena hafal.. maklumlah bahasa inggeris teman idok ler hebat mana ye dak.. hari ni pc aku masih belum aku terima.. so nak belajar buat kerja guna system yang ada memang susah.. bertambah-tambah susah aku nak belajar dengan tak ada pc kat meja aku.. tapi orang kata susah tu boleh ditangani.. kita kena ada kesungguhan untuk belajar.. baru hari pertama aku kerja kan.. jadi sabar-sabar dulu.. nanti pandai la, bak kata colleague aku yang baru.. hehe.. oh ya.. tugas aku adalah untuk kutip hutang dari customer.. contohnya customer yang tak bayar hutang pinjaman perumahan, personal dan rumah kedai.. aku kena sentiasa update customer jumlah yang dorang kena bayar dan tertunggak.. kalau tak jalan gak aku akan bagi surat peringatan.. kalau tak bayar gak aku akan bagi notis.. kalau tak jalan gak aku akan bagi kes ni kat peguam untuk tindakan mahkamah.. kalau mahkamah putuskan untuk lelong.. hah nasib la.. rumah dorang kena dilelongkan.. lelong lelong lelongg... murahhh...


korang pernah dengar tak staff-staff bank terutamanya yg beragama Islam kena mengaji al-quran dan mendengar tazkirah pada waktu kerja? yes! kat bank aku ada.. terkejut jugak aku.. kenapa kena ada benda-benda macam tu? tahu la bank muamalat ni berlandaskan Islam.. hari-hari nanti semua orang yang beragama Islam kena berkumpul laki dan perempuan untuk mengaji al-quran beramai-ramai.. lepas tu akan ada tazkirah sampai la pukul 11am.. lepas tu baru boleh mulakan kerja.. erkkk? apakah ini? hmmmphh.. takpelah.. pengalaman kan..

Thursday, November 24

Rakyat Malaysia makan sup garuda punca rakyat Indonesia marah..

hey salam 1 Malaysia..


pheewwh! baru ada bahan  nak menulis kat ruangan ni.. ramai yang sedia maklum, Malaysia telah mempertahankan pingat emas dalam sukan bola sepak sukan sea.. dalam proses nak memenangi pingat emas tu macam² benda yg skuad Harimau Muda kena lalui.. bertan-tan cacian, makian, hinaan, tomahan dan macam² lagi perkara tak elok dilemparkan pada skuad kesayangan kita.. paling tak tahan bila skuad kita mengalahkan skuad garudada garuda, dan-dan la dopping control keluar nak buat urine test.. akal ada ke tak? bukan kita suka² nak menang.. pengadil sendiri pun dah tentukan kemenangan Malaysia.. terbaru! aku terdengar berita di radio, pihak penganjur Indonesia nak buat bantahan atas kemengan Malaysia.. katanya pengadil berat sebelah..


adoi la.. katanya juara umum sukan sea 2011.. takkan kalah 1 medal dah meroyan bagai kan? oh lupa.. itu ibu segala pingat.. LOL.. tapi layanan buruk yang diterima oleh atlit Malaysia memang tak sepatutnya berlaku.. tak ada langsung sikap professional yang ditunjukkan.. malahan tak ada langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh pihak penganjur.. boleh pula ada pergaduhan masa acara pencak silat dijalankan antara Vietnam dan Indonesia.. kawan tu penendang hat ni.. yang hat ni penendang kawan tu.. sungguh memalukan! dan juga ada 2 orang rakyat Indonesia yang menemui ajal ketika berasak-asak nak masuk stadium.. mana langkah² keselamatan?


bagi pendapat aku, belum pernah lagi ada skuad bola sepak di dunia ni yang perlu naik "BARACUDA" untuk ke stadium.. damn! hanya akan berlaku di Indonesia saja.. ada tak mana² skuad dari negara lain yang datang ke stadium kita dengan menaiki BARACUDA? tak ada! tahniah pada skuad Harimau Muda kita yang berjaya menjadikan segala tomahan dan cacian penyokong dorang sebagai satu suntikan semangat.. KITA menang..


dan disebabkan kejayaan Malaysia mempertahanan pingat emas 2 kali berturut², kemarahan rakyat Indonesia semakin meluap².. malahan isu bola sepak telah meyimpang jauh, tersasar ke isu curi budaya.. aiyoo! semua orang sedia maklum budaya itu berasal daripada suku kaum nenek moyang kita dahulu kala dan bukannya berasal dari sesebuah negara.. di Malaysia ada pelbagai etnik dan suku kaum.. sampaikan Malaysia dituduh sebagai "MALINGSIA" sedangkan mereka tak sedar bahawa negara yang dipanggil "MALINGSIA" ini yang sering memberikan pertolongan semasa mereka ditimpa bencana.. tak adakah sekelumit rasa bersyukur ke mereka ni?


bukan sahaja rakyat Indonesia yang mencaci, menghina bumi Malaysia di facebook.. ada segenlitir rakyat Malaysia juga mengikut perangai begitu.. kita sedia maklum bahawa fan page FAM di facebook telah dimonopoli oleh penyokong indonesia yang masih tak berpuas hari dengan kemenangan Malaysia.. maka dengan itu sekarang penyokong Malaysia pula yang memonopoli fan page Pecinta Bola Sepak Indonesia.. sekarang wujud pula fanpage yang menghina negara kita iaitu ANTI MALAYSIA (MALINGSIA).. bagi aku sama saja Malaysia atau Indonesia.. masing² memaki hamun, mencaci dan menghina sesama sendiri.. benda ni takkan habis.. 


jadi nasihat aku, tak payah layan.. korang just baca dan gelakkan je.. sebab seriously ada komen² yang lawak.. korang boleh jadikan hiburan masa tengah stress waktu kerja.. haha.. kalau susah² sangat korang just report je kat facebook ramai².. sure lepas ni fan page tu akan lenyap.. aku sendiri dah buat.. so ape tunggu lagi?


sebelum tu aku nak kongsi komen sorang penyokong indonesia ni.. bagi aku lawak.. taktau pulak korang camne kan.. hehehe..


click untuk besarkan!

akhir kata.. maju la sukan untuk negara! hehe.. salam 4-3 buat Indonesia! :D :D



hehe! comel je kan? :p

Monday, November 7

Cik Pepel dah ada spoiler laaa!

selamat hari raya haji semua!


selepas satu hari raya semalam, aku mula rasa tak sihat.. sejak dari malam semalam aku dah mula bersin tak berhenti.. mata pun merah dah.. terasa macam ada benda masuk dalam mata, dah gosok banyak kali pun masih terasa macam ada benda kat bawah bebola mata.. sungguh tak selesa.. sekarang ni pun dah mula batuk dan selsema.. nafas terasa panas.. jadi hari ni aku tak jadi balik penang.. kena stay lagi sehari.. esok baru nak ambil MC.. harap-harap esok dah okay sikit.. banyak kerja kat office oi!


disebabkan hari ni aku seharian di rumah, baba ajak aku ke kedai aksesori kereta untuk pasang spoiler.. tapi buat sementara orang kedai tu cat warna hitam dulu.. sebab aku kena balik penang esok.. nanti baru cat ikut warna kereta aku balik hujung bulan ni..


sakit hati weh bila cik pepel ni kena gril..
lagi cik pepel kena gril..
dan akhirnya.. siap! cik pepel dah ada spoiler.. hehe!

p/s : semua kos ditanggung oleh my baba.. ehehehe! love u baba! <3

Saturday, October 29

Lost World Of Tambun Trip







Annyeong haseyo!


lama jari jemari tak menaip di ruangan ni.. nak update apa pun tak tau sebab tak ada perkara menarik untuk di update.. tengah bosan² kat office, tiba² terasa nak buka album camera dalam handphone.. tertengok album masa ke Lost World Of Tambun masa bulan januari 2011.. terus terasa nak update benda yang dah basi ni.. 


masa ni aku, Aida dan Nadie plan nak menghilang tension dengan bermandi-manda kat tambun.. kebetulan rumah aku di Perak.. so plannya, sabtu kami bertolak ke perak dan ahadnya baru ke tambun.. dan lepas tu baru bertolak balik ke Penang.. tiket masa tu tak silap aku rm35++ mungkin sebab hari ahad tiket mahal sikit..


di entrance masuk Lost World Of Tambun..
banyak kucing besar wo!
tahanan yang dikehendaki!
(abaikan hijab saya,
memang macam tu bila kena air)
santai² kejap di rest chair..
letih kot asyik berendam je..



naik benda ni sangat memenatkan..sebab korang kena mendaki tangga yg tinggi,
lepas tu bila dah sampai puncak, penat macam ape je.. hahaha!
bila dah gelongsor tu memang best! siap ada orang standby ambil gambar kita kat bawah..
macam artis plak rasa.. hehe



benda ni pun sama macam yang kat atas.. korang kena daki tangga yang tinggi juga..
tapi benda ni takda la bersimpang siul macam benda yg kat atas..
bentuk dia lekuk.. memang tinggi.. 
sabaq².. kalau lapaq pun takkan nak makan kaki gua beb!

ikan² duyung yg gojes.. teheee :p

Friday, October 7

Review Filem : Al-Hijab

bismillah..


selamat pagi semua! hari ni aku nak buat sedikit ulasan untuk filem 'AL-HIJAB' yang dah aku tonton malam semalam.. pada mulanya aku nak ambik tiket pukul 7.30 malam tapi atas sebab² yang tak dapat nak dielakkan, aku terpaksa ambik tiket pukul 9.30 malam.. aku expect panggung akan penuh sebabnya semalam adalah hari pertama filem ini ditayangkan.. tapi, tak penuh pun! 1/3 panggung saja yg penuh.. kenapa eh? ramai yg memang tak minat tengok cerita hantu ke? atau tak berani?




okay, filem ni mengisahkan seorang pelakon sambilan bernama RAF (Pierre) yg mendapat tawaran berlakon dalam sebuah filem hantu arahan Aziz M.Osman.. raf yg sememangnya tengah cari job masa tu terus setuju untuk terima tawaran tu.. sebab raf nak buktikan pada ayah girlfriendnya, QISS (Fathia) dengan berlakon pun boleh berjaya..


Pengarah filem hantu tu minta raf untuk menjiwa watak dia.. jadi disebabkan hal tu, raf cuba mencari feel takut dengan menonton filem² hantu tapi tetap gagal.. raf telah pergi ke satu bangunan lama yg dah dah ditinggalkan orang seorang diri untuk melihat sendiri makhluk halus tapi tetap tak nampak apa².. Qiss yg tahu perkara ni mengatakan HIJAB raf sangat kuat, mungkin sebab itu raf tak dapat tengok benda² tu..


pada mulanya aku ingatkan hijab tu tudung yg perempuan pakai.. ehehehe.. rupa²nya setiap manusia mempunyai hijab.. hijab yg menutup mata kita dari melihat benda² di alam lain.. ianya tak boleh dibuang tapi boleh dibuka.. ok sambung..


raf cuba mencari info pasal hijab di internet, di perpustakaan tapi masih tak jumpa.. dan pada malamnya raf menerima satu sms dari seseorang yg memintanya ke alamat yg dihantar melalui sms tu.. jadi raf pun ke alamat yg dia dapat tu.. ada seorang makcik yg mahu dirinya dipanggil sebagai MAK ITAM mahu memberi pertolongan pada raf dengan membuka hijabnya.. dan setelah MAK ITAM membuka hijab raf, barulah dia nampak 'benda²' tu.. setelah itu, MAK ITAM meminta untuk menutup hijab raf, disebabkan sangat teruja.. raf minta untuk dibiarkan hijabnya tak ditutup hingga esok pagi.. dan berjanji akan cari MAK ITAM pagi esoknya untuk tutup hijabnya kembali.. dan bermula dari malam tu, banyak 'benda²' yg raf nampak.. okay, aku stop kat sini.. nak tahu macam mana gambarannya korang kenalah pegi tengok sendiri..


hijab itu hanya boleh ditutup oleh orang yg sama membuka hijab.. sebab kuncinya ada pada orang yg membukanya.. dan memerlukan IZIN dari tuan punya badan sendiri untuk menutup.. kalau tuan punya badan tak memberi izin untuk menutup hijabnya kembali, maka orang yg memegang kunci tak boleh menutup hijab tu..






*bagi aku filem ni takot la sebab aku ni memang penakot pun! haha! untuk filem ni aku kasi 3.5/5 bintang sebab endingnya tergantung.. mungkinkah ada sambungan? tunggu dan lihat..

Wednesday, October 5

Wordless Wednesday

:)

Kenapa saya suka drama korea?

annyeong haseyo..

perasaan aku sekarang ni sangat berbunga².. sebab? aku sekarang tengah gigih melayan drama korea.. sanggup ke bukit jambul lepas habis kerja semata² nak beli dvd.. setakat ni aku dah ada 5 koleksi.. dan akan bertambah lagi, lagi dan lagi.. baru aku paham kenapa sesetengah orang yg minat sangat drama korea ni bagai nak gila.. aku ingat lagi waktu aku di college dulu, geng² yg islamik  sopan dan ayu (pada aku la.. sebab aku tak macam dorang) minat sangat dengan artis korea.. sampaikan kat surau dijadikan tempat lepak untuk menonton drama korea di youtube berbekalkan wifi college yg ada..

dulu aku memang tak layan sangat drama korea ni.. bukan atas sebab tak minat.. cuma takda masa nak menonton.. yela kan, cerita dia berjela-jela.. kalau sekali miss nak kena catch up balik.. kalau tak macam tak sempurna pulak kalau terlepas 1 episod.. 1 episod pun lebih kurang 1 jam durasinya..

alkisahnya aku start berminat dengan k-drama (korean drama) ni last year.. last cerita korea yg aku layan pun masa aku form 2.. bermula dengan boys over flower.. tu pun aku tak berapa layan sangat.. terlayan pun sebab housemate aku di rumah lama dulu, tepat jam 8.30pm akan bukak tv8.. nak tak nak aku pun layan la sekali.. -__-"

aku rasa orang² yg minat drama korea ni mesti ada pengalaman yg sama macam aku.. sanggup tidur lewat semata² nak habiskan cerita.. bersengkang mata padahal esoknya kerja.. end up dapat tidur dua atau tiga jam je.. sampai kat office dengan mata merah sebab tak cukup tidur.. masa buat kerja mulalah tersengguk2 kepala... menguap sampai keluar air mata.. kepala plak rapat dengan meja lepas tu apalagi.. zZZZzzzZZZz laa!

lepas menonton beberapa buah drama, ada beberapa kesimpulan yg aku buat.. kenapa ramai orang gilakan k-drama ni..
  • buat gadis² yg menonton haruslah seronok menjamu mata.. mana taknya, kebanyakkan hero yg berlakon dalam drama tu sangatlah kacak, tampan, handsome, ganteng, smart dan yg sewaktu dengannya.. ini aku akui sendiri sebab aku pun macam dah terjatuh cinta dengan pelakon² korea ni.. sampai membuatkan keinginan aku untuk ke korea semakin membuak².. hihihihi
  • buat lelaki² pulak, awek² korea boleh tahan lawa, cute, gorgeous, cantik, comel dan yg sewaktu dengannya.. plus, awek² korea ni selalu berlakon pakai skirt pendek.. nampak habis betis peha yg putih mulus tu.. sebab tu la korang suka kan?!! ciss ni yg nak marah ni! dan kebanyakkan dorang mempunyai muka yg sangat putih dan licin.. tertanya² jugak aku macam mana dorang ni jaga muka dorang..
  • jalan cerita plak menarik, dah tak macam drama² dulu.. sedih je ceritanya.. sekarang ni macam-macam jenis ada.. tak macam hindustan.. kedebuk kedebak sana sini berebut awek.. style drama korea plak berebut awek cara gentle.. tak pakai keganasan pun.. 
  • dan ini yg paling aku suka dan aku salute.. kebanyakkan lagu-lagu dalam drama tu dinyanyikan sendiri oleh pelakon tu.. baru la feel! betoi tak??? dan lagu-lagu dia pulak sangat sedap didengar.. boleh dijadikan taik halwa telinga setiap hari.. bagi aku, dorang sangat berbakat.. dah la pandai berlakon, pandai menyanyi pulak.. mana la gadis² tak suka? aku pun dah jatuh cinta dah.. tak boleh nak kata apa dah.. hahaha..
sekarang ni aku tengah layan you're beautiful.. okay, aku memang agak ketinggalan.. semua orang dah tengok.. cerita pun da basi tapi aku baru nak layan.. honestly, cerita ni aku bagi 5/5 bintang.. aku suka! suka sangat².. hero semua hensem.. heroin comel.. sambil tengok tu sambil feel kalau aku yg ada kat tempat heroin tu... demmm! hati sangat berbunga².. yelpp yelppp! geram!


'operation' patung pun nak kena pakai topeng
tutup  mulut.. haishhh! cute!


suka buat muncung gini..
aku pun dah terikut.. haha


second hero.. cool dan gentleman..

cute dan funny.. :)


Friday, September 30

Gaji Naik RM1500...???

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang mengadakan perjumpaan pertama di Putrajaya, semalam digesa supaya menetapkan RM1,500 sebagai gaji minimum untuk pekerja di negara ini seiring dengan peningkatan kos sara hidup sekarang.


sumber : Berita Harian Online


anda setuju atau tak cadangan di atas? sektor awam atau swasta? okay, mereka tak nyatakan.. mungkin ramai yang akan setuju.. terutamanya orang² yg bekerja di sektor kerajaan.. bagi yg bekerja di sektor swasta mungkin akan membantah sekeras² sama macam aku.. bukanlah berperasaan dengki, tapi ada beberapa faktor yg membuatkan mereka TIDAK LAYAK sama sekali menerima cadangan di atas..


aku bekerja di sektor swasta, aku pernah berurusan dengan mereka yg bekerja di sektor kerajaan dan separuh kerajaan (semi government / badan berkanun).. mereka ternyata sangat malas.. sangat ambil mudah kerja  mereka.. baru-baru ni aku ke TNB (semi goverment) untuk interview.. kebanyakkan mereka hanya menghabiskan masa mereka dengan bersembang dan bergosip.. sampai saja di office, mereka akan ke cafe untuk tea break.. macam ni ke cara mereka bekerja? senangnya.. tiap² bulan gaji jalan.. jadi pada mereka, buat apalah nak kerja teruk².. kan?


kenapa mereka yg bekerja di sektor kerajaan sangat tidak mesra dengan orang awam? terutamanya perempuan² yg duduk di depan kaunter.. secalit senyuman langsung tak ada.. ditambah pula dengan bebai semasa membuat kerja.. kalau tak suka dengan kerja tu buat apalah susah² apply kerja kat situ.. langsung tak mesra dengan orang awam.. susah² sangat berhenti je kerja..


kadang² tu telefon pun malas nak angkat.. mereka tak tahu ke tindakan mereka tu menyusahkan orang ramai? naik geram juga.. kadang² kita ada urusan penting untuk diselesaikan tapi disebabkan mereka, dah jadi satu hal pula.. menyusahkan orang.. jadi perlu ke mereka di beri gaji pokok minimum rm1500 tu? 


bagi aku, kebanyakkan mereka yg bekerja di sektor kerajaan ni suka bekerja sambil lewa.. tak layak langsung diberi gaji seperti yg dicadangkan.. hanya layak diberi pada golongan swasta kerana sektor swasta sangat mementing kualiti kerja.. kenaikan gaji mengikut pretasi kerja pekerja bukankah lebih bagus daripada memberi kenaikan pada orang² kerajaan dengan sewenang²nya dengan tidak melihat pada prestasi kerja orang itu.. sangat tidak adil!

Pencen Umur 65?? Saya Bantah!

assalamualaikum.. agak berhabuk juga blog aku ni.. dah lama sangat tak mengarang.. tapi kalau karang atau tak sama saja.. tak ada pun manusia yg nak baca pasal kisah hidup aku.. blog aku bukanlah blog free thinker.. kebanyakkannya pasal aktiviti aku bersama teman².. hehe


baru² ni kecoh pasal cadangan hendak melanjutkan perkhidmatan bagi orang² yang bekerja di sektor swasta.. dilanjutkan pula ke umur 65 tahun baru boleh pencen.. banyak orang yg kurang setuju dengan cadangan ini.. aku pun tak setuju jika perkara ini betul² berlaku.. walau bagaimanapun, mereka boleh memilih sama ada ingini pencen pada usia itu atau pun tidak.. bayangkan kalau ianya betul² berlaku.. office akan dipenuhi dengan orang² tua yg dah nak kerepot.. sungguh tidak  memberi seri pada office tersebut.. haha! maaf, ini hanyalah imaginasi aku.. :p


kenapa ramai yang kurang bersetuju?? jom kita rungkaikan satu per satu..


setiap tahun ramai graduan² yg dihasilkan oleh universiti² di serata malaysia, bukan seorang dua tapi berpuluh² ribu.. jadi bagaimana mereka nak mencari pekerjaan sekiranya 'golongan lama' masih bekerja..? mereka tidak diberikan peluang untuk mengaplikasikan apa yg mereka dah belajar semasa universiti.. dan akhirnya satu jalan yg mereka dapat.. iaitu menanam anggur di rumah.. (menganggur)




ya.. orang yg menganggur selalu dipandang rendah semua orang.. orang akan berkata macam²..


"dia tu tak mau kerja, memilih kerja la tu!"


bagi pendapat aku, mereka harus MEMILIH pekerjaan.. takkanlah setelah penat belajar siang dan malam, menelaah sehingga larut malam, dan akhirnya mendapat segulung ijazah tapi nak bekerja di restoran McD? KFC? Pizza Hut? dan sebagainya.. seharusnya mereka perlu memilih pekerjaan yg setaraf dengan kelayakkan yg ada.. tak cukup berkualitikah mereka? aku yakin, ramai graduan kita yg berkualiti.. mereka harus diberikan kepercayaan.. ramai juga di antara kenalan aku yg mengambil langkah akhir dengan meyertai polis.. sebabnya pekerjaan sekarang sangat susah dicari..


KENAPA??? 


KERANA MEREKA TIDAK DIBERI PELUANG.. KENAPA PERLU LANJUTKAN UMUR BAGI ORANG² PENCEN? BUKANKAH INI TIDAK ADIL BAGI ORANG² MUDA?


"ohh.. kamu tak ada pengalaman jadi saya tak boleh mengambil kamu bekerja di syarikat kami.."


bagaimana mereka nak ada pengalaman bekerja kalau mereka tak diberikan peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka dengan mengaplikasikan apa yg mereka belajar di universiti dulu? biarlah orang² muda pula menunjukkan kebolehan mereka.. yg tua biarlah berehat saja di rumah.. mencari ilmu agama.. mengumpul harta akhirat pula.. menunaikan umrah dan haji.. bermain dengan anak cucu.. cukup² la bekerja, bagi peluang pada KAMI!


kadang² aku tertanya², kenapa mereka tak mempunyai pemikiran seperti ini? lepas tu buka isu tentang graduan yg menganggur, isu graduan memilih kerja.. rakyat ternyata lebih pandai untuk menilai.. mereka? hanya pentingkan diri sendiri.. fullstop!

Friday, September 9

The Manhattan Fish Market, Gurney Plaza!

semalam aku dan kawan² dinner di The Manhattan Fish Market.. walaupun poket masing² tengah kering, tapi kami gagahkan diri pergi makan kat sana. berlagak kan? ingat orang kaya ke apa! LOL.. walaupun mahal, makanan kat situ agak sedap! dory fish dia, yummayy! untuk seorang makan harga lebih kurang rm50. hambek kau! teringin punya pasal..

small grill..

with mahsroom soup & ice lemon tea..

semua pun order nak kena tiru aku.. haishh!

total?
rm46.15x3 & rm50.70x2
hah korang kira sendiri..


Monday, September 5

PETKNODE : kekejaman terhadap si comel!

korang pernah hantar kucing kesayangan korang ke mana² pet boarding centre tak? pernah dengar pasal PETKNODE? aku baru tau pasal perkara ni semalam dari status ayam ayem kat facebook. lepas aku click link yg beliau bagi. hati aku terus sayu dan pilu bila ada pihak yang menganiaya si kecil yg tak bermaya. ramai yang hantar kucing² kesayangan mereka di PETKNODE minggu lepas atas sebab musim perayaan. tapi tak sangka pihak yg diberikan kepercayaan untuk menjaga si comel ini mengabaikan tanggungjawab mereka. mereka dibayar untuk menjaga kucing² ini semasa ketiadaan tuannya. tapi malangnya, makan dan minum kucing² ini langsung tak diberikan. sampai ada yang mati. paling menyedihkan ada ibu kucing dan anaknya mati bersebelahan bagaikan berpelukan di dalam satu sangkar yang sama.


ya Allah! kenapa perkara² macam ni boleh berlaku? ke mana sifat² kemanusiaan yang ada pada diri mereka? atau mereka sebenarnya memang tak ada langsung sifat itu? atau lebih tepat sekali mereka ni berhatikan syaitan, bukan berhatikan binatang kerana binatang sendiri sayangkan anak mereka sendiri. tak tahukah mereka bahawa kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah? aku harap sangat pihak² berkuasa ambil tindakan terhadap mereka yg terlibat ni. denda kompaun langsung tak setimpal dengan apa yang telah mereka buat. pernah dengar tak tentang kes seorang tomboy (chow xiao wei) yg memijak anak² kucing sehingga mati dan hanya di denda sebanyak rm400.. setimpalkah? berbaloi ke dengan kemarahan rakyat malaysia tentang isu ini? di mana keadilan terhadap kekejaman binatang?


buat pertama kali aku melihat gambar² kucing yg teraniaya ni, hati tersangatlah sayu. marah! geram! mulut memaki hamun mereka yg terlibat. tapi apakan daya, aku tak dapat berbuat apa² melainkan berdoa agar yg terselamat cepat sembuh seperti sedia kala. dan berharap tuan empunya kucing yg di hantar ke PETKNODE dapat kembali kucing kesayangan mereka.


sayu.. sedih melihat kesengsaraan
yang ditanggung oleh si comel ini.. :'(

paling menyayat hati.. ibu dan anak mati
bersebelahan bagaikan berpelukan akibat kebuluran..

si kecil yang tak dapat bertahan akibat
kebuluran.. kekurangan air..sedih.. :'(

kurus kering.. alhamdulillah mereka terselamat..

PETKNODE akhirnya digeledah. menurut sumber berita, sebanyak 16 ekor kucing yang mati. semoga tuan empunya kucing yang mati tabah. bagi siapa² yang mahukan lebih info bolehlah ke laman facebook Kucing Terbiar & Anjing Jalanan. bagi yang ingin menjadi sukarelawan untuk menjaga kucing² ni buat sementara boleh hubungi admin KTAJ.


dari dulu lagi aku tak percaya pet shop yg ada servis untuk jaga kucing. aku sendiri pernah hantar kucing aku (doller), bila aku ambil balik, doller kurus macam tak makan. sejak² tu kami sekeluarga akan letak makanan dan air dalam kuantiti yang banyak kalau nak tinggalkan rumah dalam jangka masa yang lama. plus, kucing tak makan banyak pun. kita sendiri boleh agak kuantiti makanan si comel kita.

Doller.. si comel saya..



p/s: alhamdulillah.. masih banyak manusia yg berhati mulia jadi sukarelawan untuk menyelamatkan kucing² tu. dan bagi manusia² kejam yang makan duit haram tu, semoga mereka dilaknat Allah. ameen!


Happy Eid guys!

assalamualaikum semua! macam mana raya korang? mesti meriah kan? tahun ni aku beraya di perak. agak meriah juga sambutan kat rumah aku. saudara dari JB datang beraya di rumah aku. on off on off juga la aku online, sempat online pakai hp ja. siapa² yang hantar sms or inbox di facebook aku minta maaf banyak². tak sempat nak balas apa pun. di tambah pula dengan ketiadaan sen (kredit) untuk membalas. jadi aku balas kat sini je la, itu pun kalau korang baca.. :D


SELAMAT HARI RAYA SEMUA..
MAAF ZAHIR NO BATIN YER..
DUIT RAYA JANGAN LUPA!

raya tahun ni apa pun aku tak sempat nak buat. nak kata busy dengan kerja tak juga. aku banyak ke sana ke sini. bawa nenek aku pergi rumah pak teh, pergi kinta city la. gambar raya untuk tahun ni langsung tak sempat nak ambil. buka facebook mata naik berbulu je tengok gambar raya orang lain. sendiri punya gambar raya? ILLEKK~!

tapi aku sempat la ambil beberapa keping gambar secara tak sengaja.. tapi boleh dikira sebagai gambar raya juga kan? 

penuh penghayatan.. cayalah!

gila karaoke..

family dinner yaww!

the foods... yummayyy~!
the only picture yg sempat snap..

Friday, August 26

Esok nak balik kampung dah laaa~!

assalamualaikum semua.. hari yg di nanti²kan sudah tiba.. esok ramai pakat² nak pulang ke kampung halaman masing².. tak terkecuali aku.. esok selepas subuh aku akan bertolak pulang dengan harapan jalan tak sesak.. almaklumlah hari sabtu dijangka jalan akan jem ekoran ramai yang dah mula bercuti.. aku bernasib baik sebab perjalanan aku tak lah jauh mana.. perjalanan yang memakan masa selama lebih kurang 2 jam setengah.. tapi sakit punggung juga la duduk lama² dalam kereta.. keseorangan dengan kebosanan yang melanda.. doa kan perjalanan aku semoga selamat sampai yer kawan²! :)


oh ya.. aku tak sangka pula ada orang akan order 'cendawan mario' tu.. aku terima tempahan sebanyak 200 biji.. hadoi.. sangat penat... seharian aku buat benda tu tanpa bantuan siapa².. percaya atau tidak aku tidur pukul 4.30 pagi.. disebabkan terlalu penat dan mengantuk, aku masuk tidur tanpa sahur.. sempat minum saja.. nasib baik waktu siang aku dapat bertahan.. malah tak ada rasa lapar pun.. kuat tak? hehe :p


macam yang sedia maklum, aku dah terima gaji dan bonus raya aku 23hb lepas.. semalam aku, Nadie dan Nadia rancang untuk shopping sedikit barang untuk persiapan raya nanti.. disebabkan hujan yang melanda pulau pinang dari pagi lagi.. jalan tersangatlah jem semalam.. angin juga aku sebab takut tak sempat nak berbuka nanti.. alhamdulillah aku sampai di bukit jambul sebelum waktu berbuka.. tapi kebanyakan tempat sudah pun dipenuhi dengan manusia² yang ramai.. terdetik satu idea.. 'KENNY ROGERS'! dan kami bernasib baik sebab masih ada beberapa meja yang kosong.. tapi malangnya service kat situ tersangatlah teruk.. aku bagi 0/5 bintang untuk kenny rogers BJ.. hanya seorang yang ambil order sedangkan pelanggan punyalah ramai! tukang masak pun aku rasa ada seorang je sebab makanan pun lambat sampai.. bayangkan, pukul 7.30pm waktu berbuka, tapi pukul 8.00pm makanan masih tak sampai.. dah la tu tak jamu pelanggan air untuk berbuka.. bagi aku, mineral pun dah memadai.. gila teruk! so aku akan reject kenny rogers BJ pada bulan puasa akan datang! order air pun tak sampai.. tapi dalam bill cepat je dimasukkan.. nasib baik kami check bill tu sebelum bayar.. kojaq sungguh!


lepas makan kami sempat bershopping, aku sememangnya memerlukan seluar jeans.. yang lama dah macam tak sedap pakai.. mana tidaknya aku datang office pun pakai simple gila.. jeans dan t-shirt je.. dua helai jeans sempat aku capai.. nadie pun tak nak ketinggalan.. dia pun beli sehelai.. promoter kedai tu punya la bermanis mulut, dok paksa ambil lagi.. ahh! suka² je nak paksa orang! waktu tu kedai pun banyak yang mula nak tutup.. tiba-tiba terlalu dekat satu kedai ni.. lepas belek² dan minta pendapat kawan² aku.. aku pun beli.. wahhhhh ini first time aku beli benda² macam ni.. nak tau apa??? scroll down laaa! :p


...............................................

........................................

....................................

............................

..........................

.....................

................

..............

........

.....

..
cincin emas pertamaku..
beli dengan hasil titik peluh sendiri..
^__^

aku beli cincin ni di wah chan.. harga emas sekarang rm200 per gram.. tak sangka kan?! cepat gila harga emas ni naik.. aku beli pun orang kata sebagai pelaburan masa depan.. KONONNYA..! hehehe.. lebih baik aku gunakan duit bonus aku untuk beli emas, sekurang-kurangnya aku nampak benda ni.. dari belanja tak tentu hala.. betul tak?? berat cincin emas ni 2.19g, setelah dicampur kos upah semua harga cincin ni adalah rm495.. gila mahal kan??? haishhh.. aku minta tawar, last² aku dapat rm485.. tapi takpe.. terdesak nanti boleh aku jual.. hihi


p/s: rasa rugi sebab tak beli emas waktu dulu.. pernah terniat nak beli tapi tak terbeli.. ni dah naik harga baru nak beli.. nasib badan... :(

Tuesday, August 23

apam polkadot @ cendawan mario

assalamualaikum semua.. puasa tak? harus puasa yer.. dah ramadhan yang ke 23.. tak lama je lagi nak raya.. dan disebabkan hari jumaat ni ramai yang pakat nak balik kampung.. aku dan housemate² bercadang untuk berbuka puasa di luar semalam.. nanti dah tak dapat nak berbuka kat luar sama².. asyik masak je kat rumah.. nak juga buka puasa ramai² kat luar ye dak? setelah pelbagai lokasi diusulkan, kata putus diambil untuk berbuka di Hammer Bay..


dalam pukul 6.30petang kami sudah bertolak dari rumah kononnya untuk elak dari kesesakan jalan raya.. sesampai di sana, oh mak aii...! ramai gila manusia dan kereta.. nak parkir kereta pun tak boleh.. terpaksa parkirkan kereta di tepi jalan.. jangan kena saman dah la! kami memilih makan yg berset.. sebab semuanya ada sekali.. Set B berharga rm93.00+ untuk 5 orang makan, 2 ekor ikan, sayur kailan, telur dadar, tomyam, sotong goreng tepung dan 1 jag jus buahan.. cukup la kan sebab kami hanyalah 5 orang.. plus ada diskaun 5% untuk menu yg berharga rm50 ke atas..


perbincangan hangat
topik : anak !

makanan dah sampai!
yummaayyyy~

SEBELUM!

SELEPAS! licin..!
semua habis kami makan.. hehe

selepas makan kami pun pakat kalut balik rumah.. aku dah plan dengan si asma' untuk buat apam polkadot.. motif? hmmpphh.. bukan nak makan sangat pun.. lebih kepada saja seronok² nak buat, lepas tu boleh jamu orang rasa.. heeee :p jom tengok proses² nak buat apam polkadot ni atau aku namakan sebagai 'CENDAWAN MARIO' (game mario bros waktu kecik² dulu) sebab bentuk dia sangat comel! kali ni aku buat sangat menjadi² kemontelan cendawan mario ni..

adunan yang dah ditambah bahan pewarna

masukkan ke dalam 'piping bag'

kami menggunakan acuan yang lebih
kurang macam acuan kertas
yang bezanya landasnya di perbuatan
daripada aluminium.. boleh reuse nanti!

fillingnya guna jem sudah~

'piping bag' haha! guna plastik lauk je sudey~

acara picit memicit 'piping bag'

kukus kan.. see! isnt it so beautiful? :D

selesai! siap² untuk dipacking..
boleh bagi kawan² rasa cendawan mario
yg comel ni!

p/s: ada seorang kenalan aku cakap apam polkadot ni macam telur naga.. errr? adakah? =.="