Friday, July 29

Malaysia Vs Singapore : banyak aksi DRAMA!



hello hey hOoo! salam jumaat buat semua warga alam maya. seperti yang sedia maklum, semalam merupakan perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Singapura²pore. ramai rakyat Malaysia yang sangat tak berpuas hati dengan player Singapore. 


actually tak kisah pun kalah, sebab memang dah adat permainan kalau kalah atau menang. mana tidaknya, masa mula² Malaysia menjaringkan goal, menggelabah team Singapore. tapi bila Singapore dapat jaringkan goal je, babak² drama mula terjadi. paling ketara adalah goal keeper singapore yang muka ala² Amir Rajalawak (I'm Sorry!). nampak sangat lakonan dia, tiba² boleh pula sakit kepala. bengang betul aku! free² kena sepak dengan Safee sali. haha! nampak tak cara diorang cuba nak melengahkan masa? end up dapat kad kuning dari pengadil sebab melengahkan masa. padan muka kau! tak habis dengan tu, asyik nak injured je player² dorang ni. lemah gemalainye laaaa! sikit² nak jatuh. baru kena sikit jatuh macam dah nak mati lagaknya!


tapi apa² pun aku bangga dengan pasukan Malaysia. walaupun kalah, dorang kalah dengan bermaruah. takde main² kotor macam team Singapura²pore yg suka berpura². plus apa yang paling membanggakan aku adalah semua player Malaysia adalah dari golongan rakyat Malaysia sendiri. tak macam player Singapore, banyak player import. menampakkan yg banyak lelaki² di Singapore tak reti main bola. WoOopS~! I'm sorry! :p guna tenaga luar untuk main dalam team sendiri. kasyiannnnnn... :p walaupun kita kalah, tapi kita kalah pada singa kacukan bukannya singa jantan asli. hehehe! harimau malaya juga yg jantan asli. betul tak? :D


tadi aku saja² la mengushar fanpage² yg berkaitan dengan perlawanan semalam. agak lawak juga bila baca komen² yg dorang bagi. aku tau dorang sebenarkan tak kisah pun kalah, cuma tak berpuas hati dengan drama lakonan player singapore. dan ada pula di fan page FAM tu sendiri, rakyat Indonesia mencarut, memaki hamun Malaysia. habis segala mak bapak, perdana menteri Malaysia dimakinya. geram plak aku! perlawanan bola semalam ada sangkut paut dengan dorang ke? yg dorang terlebih emo tu kenapa yer? macam bagus! kalau bagus sangat kenapa nak Safee Sali join dorang? sedangkan rakyat sendiri pun datang cari makan kat sini, lagi mau berlagak! kalau korang nak baca komen² dorang boleh tengok kat sini..







tengah best² menyekodeng komen² dorang yg ada sesetengahnya sangat kelakar, tiba² aku ternampak gambar ini.. hahahaha!

memang terbaiklah gambar ni! xD


dan korang perasan tak, muka goal keeper Singapore mukanya macam Amir Rajalawak. aku terbaca kat satu blog ni. dan aku ambil gambar tu, minta halalnye pada pemilik blog tu. xD


kelakar bukan? pandai betul dorang mereka benda ni. sangat menghiburkan! :D


nota kaki busuk: cuba bayangkan kalau korang bercouple/berkahwin dengan orang Singapore, agak² malam semalam ada tak yg kena tidur luar? bwahahaha!



Wednesday, July 27

sarcastic kah anda?



fuhhhh dah lama tak mengupdate blog ni.. nak kata busy takde la busy sangat pon.. just tak tau nak update ape kebenda.. tak ada pula apa² perkara yg best berlaku dalam hidup aku sejak akhir² ni.. so semalam tengah syok² tengok Ana Lu'lu dengan housemate aku, tiba² terkeluar subtittle 'SARCASTIC'.. then housemate aku pun tanya.. 


kak Aya : 'SARCASTIC' tu apa? aku selalu dengar manager aku sebut, tapi aku tak tau apa makna dia..


aku : hurmm.. orang tau maksud dia tapi macam mana nak terangkan pun tak tau..sarcastic tu sarcastic la.. hehehe..


jadi, aku tau ramai yg tak tau makna SARCASTIC tu apa kan? aku dulu mula² pun tak tau apa makna perkataan ni.. macam sarkas pun ada.. haha! 


SARCASTIC ni adalah kata² pedas atau sindiran melampau² yg dilontarkan kepada seseorang tanpa menghiraukan hati dan perasaan orang itu.. selalu akan digunakan dalam ayat² bertentangan, tak terus menerus, penuh dengan makna tersirat.. sebagai contoh..


A : weh hari ni jom pegi lepak kat mana².. kau pick up aku kat rumah macam biasa k..


B : ha'ah.. kejap lagi aku pick up kau kat rumah macam biasa.. kereta aku memang aku buat macam bas rapid khas untuk pick up kau kat rumah.. (dua belah tangan di bahu, mata pandang ke atas)


haaahhhh...!! ini la salah satu ayat SARCASTIC.. makan dalam tak? selalunya akan disampaikan dengan nada yg lembut.. kononnya macam takda apa² hal.. padahal dalam ayat tu dah ada nada berbaur sindiran pedas.. hahaha.. aku akui aku jugak kadang² akan menjadi manusia sarcastic kalau aku ada tak puas hati dengan siapa².. tak semua orang sempurna beb!


di sini aku sertakan contoh² ayat sarcastic untuk korang belajar² untuk menjadi manusia SARCASTIC di masa akan datang.. hahaha..


Monday, July 18

kegilaan bersama mereka ♥

huwarghhh lamanya tak menghapdet blog ni. agak busy dan tak ada masa langsung nak update. plus tak ada apa² yg menarik untuk diabadikan dalam blog ni. sekarang ada beberapa perkara yg nak aku kongsikan sepanjang minggu lepas.

baru² ni aku demam sampai 3 hari. first time dalam hidup aku demam lama sampai macam tu. coz aku jenis yg sangat susah nak demam. dalam setahun aku rasa aku demam sekali je. itu pun sehari je, dan akan kebah dengan sendirinya. aku tak tau la kenapa aku demam secara tiba². nak dijadikan cerita, malam sebelum aku demam tu, aku dan kawan² ke batu maung. just semata-mata nak lepak main angry birds kat kedai mamak. hahaha! bongok bukan? pegi bukan main jauh lagi. so, siapa² yg pernah pergi sana mesti tau jalan yg akan dilalui tu macam mana. sunyi dan gelap! lagi² sekarang ni depa tengah repair jalan. hishhh! so balik tu aku terus tidur.

bila subuhnya pula, aku dan terjaga sebab alarm aku bising. aku off kan alarm dan tidur balik. masa ni la aku termimpi benda pelik. aku mimpi HANTU! benda tu nak terpa aku! dua kali pulak tu. dah la hodoh. tiba² aku dikejutkan oleh room mate aku. dia cakap aku meracau² masa tidur. meracau teruk. pastu dia cerita lagi, masa dia tengah siap² nak pergi sekolah tu dia dengar bunyi aku meracau macam baby menangis. pastu yg kali kedua aku meracau kuat sangat. haishh! lepas bangun tu aku nak siap² ke office, badan aku dah start lemah dah. rasa sengal dan lenguh badan hingga membawa kepada demam sampai 3 hari. lepas baik demam datang pulak batuk! sekarang ni aku batuk plak! benci tol!

aku tak tau sama ada demam yg aku alami tu ada kaitan dengan mimpi aku ke tak. sebab malam sebelum tu aku pergi batu maung. tempat orang la katakan. mana tau aku ada 'terlangkah' apa² ke. takot plak aku nak pergi sana lagi lepas ni.

hari sabtu pulak dua orang kawan aku datang over night kat rumah aku. boleh bayangkan tak kekecohan yg berlaku? asyik ketawa ja. sambil bergosip, berlawak, bersembang, bermesra dan bermacam² ber lagi. sangat best! keesokkkan hari plak kami dah memang plan nak tengok HARRY POTTER. weh! sangat best hokay! rugi siapa² yg tak tengok. memang aku puas hati dengan cita ni. sebab aku memang ikut cerita ni dari dulu lagi. sayangnya ini filem yg terakhir. lepas ni dah tak ada dah. tapi takpe, lepas ni aku nak tunggu twilight plak. tengok thrailer dia semalam macam gempak.

Friday, July 8

Penang diserang Encik JEREBU!

hey hOoo.. assalamualaikum.. bangun pagi ni terasa sakit tekak.. telan air liur pun terasa sakit.. ini petanda tidak baik.. mungkin ini sebab jerebu yang melanda pulau pinang akhir² ni.. makin lama makin teruk pula jerebu ni.. dari rumah aku kalau korang tengok.. dari jauh dah macam ada kat cameron highland woo! macam diselubungi kabus.. ni semua sebab indon la ni.. pi buat pembakaran terbuka kat sumatera.. selalu sangat macam ni bukan? asal depa bakar hutan kita plak yg kena tempias jerebu.. saja ja nak bagi rakyat malaysia ni sakit.. hihihi..


kebanyakan indeks pencemaran di kawasan penang ni merosot.. yg paling teruk adalah di kawasan seberang jaya.. jarak penglihatan adalah 2 kilometer berbanding dengan area USM sebanyak 4 kilometer jarak penglihatan.. aku yg tinggal dekat² dengan kawasan USM ni pun kena juga? haishhh.. 


so dinasihatkan orang ramai tidak melakukan aktiviti di luar.. banyakkan minum air masak.. kalau boleh pakai la topeng yg tutup hidung tu.. hehehe.. setakat ni aku belum tengok lagi siapa² yang pakai.. tapi kalau makin teruk silalah pakai yer.. ada ura² mengatakan jerebu ni akan bertambah teruk menjelang ramadhan ni.. mungkin depa nak bakar lemang kot atau pun nak bakar mercun or bunga api, almaklumlah nak raya kan.. hahahaha!


nampak tak tu? komtar pun dah tak nampak..
gambar hasil daripada encik Google.. siapa punya aku tak tau.. minta halal yer..

Tahap IPU 
0-50 ::: kualiti udara yang baik
51-100 ::: sederhana
101-200 ::: tidak sihat
201-300 ::: sangat tidak bersih
300 ke atas ::: berbahaya

Tuesday, July 5

SeOul Garden idamanku selalu!





hello hey hoo.. lama tak update kan? hihi.. kadang² buka je dashboard kononnya nak update.. last² terbiar macam tu je.. update nya tak juga.. hari jumaat lepas aku dan kawan² ada buat reunion kecil-kecilan.. sempena sorang BFF aku yg dah nak berpindah ke KL 6/7/2011 ni.. sobs sobs.. tak dapat dah aku nak berhuha-huha dengan dia bila waktu lunch.. so just enjoy the pictures yah! =)


manusia² yg tamak haloba.. hahaha!

ambek lagi weh.. bayaq mahal ni...!

hasil kreatif puan Shakie.. *tangan di dada, mata ke atas*

macam tak pernah tengok fishball.. hahaha!

udang . salad . ???

udang . kepah . peace yawww!

acara siapa makan paling lahap..! hahaha

singgah toilet sat.. buang sikit.. pastu sambung mkn lagi.. errkk??


seoul garden juga kami jadikan tempat bersolek yer..
harap maklum!

hasil setelah disolekkan dengan eyeliner kajal..
bini tabliq dengan tahi lalat buatannya..
hahaha!

7 orang makan.. total rm193.80..
tax dgn service charge almost rm30..
berbaloi tak? =.="

snap semua sekali before balik.. <3

dapat big apple donut sempena my birthday hari tu..
woot wOoottt..!!!

  untuk siapa² yg nak makan di seoul garden..
disarankan korang check dulu price di sini..
nak murah sila gunakan student card anda.. 
macam yg kami buat.. siap dapat minuman free..! 
minum la sampai muntah! hahaha!


Friday, July 1

Baby Jimmy Shanley ♥

hello hey hoo again..! kali ni aku nak share pasal baby sulung Jimmy Shanley.. siapa yg tengok melodi tahu la kisah rumah tangga dia ni kan.. tapi aku bukan nak sentuh pasal rumah tangga dia.. cuma aku nak share pasal baby sulung dia ni.. cute sangat.. it's a baby girl! =)


baby jimmy diberi nama Zahrah Shanley.. dilahirkan dengan selamat secara pembedahan.. tahniah kepada jimmy shanley dan isteri.. semoga dengan kehadiran baby comel ni dapat memberi sinar baru buat kalian sekeluarga.. 





“Apa yang saya lakukan adalah untuk memberi iktibar kepada orang ramai di luar sana. Dalam perkahwinan, kita harus sabar dan tidak mementing diri sendiri, ya memang sebelum kelahiran Zahrah saya ada terfikir untuk mengambilnya dan menjaganya sendiri.
Tetapi bila lihat wajahnya, saya tidak mahu menjadi seorang bapa yang kejam, memisahkan seorang anak daripada ibunya. Saya harap apa yang berlaku pada saya menjadi iktibar pada orang lain tidak lebih daripada itu,” ujarnya.
“Harapan saya, selain dia menjadi pengikat kasih saya dan isteri, saya mengharapkan Zahrah menjadi anak yang solehah kerana anak yang akan mendoakan saya apabila saya sudah tiada di dunia kelak,” jawabnya yang inginkan anak seramai lima orang termasuk anak kembar. 


actually aku sangat simpati dengan jimmy ni.. bagi aku dia ni sebaik-baik manusia.. 
suami yg baik.. dan akan jadi bapa yg baik.. tapi kenapa dia tak dihargai? ;( 
senang² kahwin dengan aku je la.. aku sanggup je weh! ini serious! :D

untuk info lagi sila klik SINI

Astro yg semakin melampau!



salam jumaat buat semua.. mesti semua dah tahu tentang kenaikan bil astro bukan? pihak astro akan naikkan harga langganan mengikut pakej yg diambil sekitar RM1-RM15.. tak cukup-cukup ke dengan keuntungan mereka sebagai syarikat penyiaran televisyen berbayar yg hanya dimonopoli oleh mereka sahaja..? 




disebabkan takda pilihan.. rakyat terpaksa jugak melanggan servis mereka.. bukan sebab nak menonton segala macam saluran yg dilanggan.. tapi cuba fikir, kenapa ada rumah di kawasan pendalaman, yg rumahnya tersangat uzur, memperlihatkan kemiskinan yg mereka alami.. tetapi ada piring astro di atas atap zink mereka.. kenapa mereka melanggan astro? nak tengok akademi fantasia ke? atau maharaja lawak? mereka² hanya nak dapatkan signal yg terang untuk menonton saluran² media prima (tv 3 terutamanya).. untuk menonton berita utama jam 8.. untuk dapatkan info² berguna.. tak kasihan ke mereka yg duduk di pendalaman nak tengok berita pun tak boleh disebabkan tak dapat signal yg terang dengan berbekalkan areal yg ala² garfu itu? dan disebabkan itulah mereka terpaksa melanggan astro.. 


selain tu, iklan yg terlampau banyak.. pelangan yg melanggan bukannya nak menonton iklan.. mereka bayar untuk menonton saluran kegemaran mereka tanpa sebarang gangguan terutamanya iklan.. kalau iklan yg disiarkan secara pendek masih boleh diambil kira.. tapi kalau iklan yg terlalu panjang.. yg buat orang tertunggu-tunggu untuk menonton.. siapa yg suka? cuba habaq mai sat! jangan la nak untung semata² tapi tak fikir tentang rakyat.. dengan iklan sahaja mereka dah dapat untung yg sangat banyak.. takkan masih nak naikkan harga bil astro? aku siap ada dengar staff² astro dapat bonus lebih dari 10 bulan! ini bermakna keuntungan yg mereka dapat tersangatlah banyak.. tapi kenapa masih nak naikkan bil?


khidmat pelanggan yg diberikan pun sangat teruk.. pernah sekali tu baba aku call untuk cancel pakej variety yg family aku langsung tak tengok.. ambil pun sebab masa mula² langgan, baba kena pilih 3 pakej untuk langgan tu pun dengan kontrak 2 tahun kalau tak salah aku.. so baba cuba call, tapi telefon langsung tak berjawab.. yg jawab hanya mesin.. setelah cuba berkali-kali baru berjawab.. dan tiba² tup PUTUS! tak ke hangin orang tua tu?? call lagi dan tak jawab.. banyak lagi feed back tentang customer service mereka ni yg kebanyakan tak baik.. dan kalau terlupa nak bayar walaupun sehari, tak ada kompromi punya.. no mercy! terus potong.. then kalau nak aktifkan balik lepas bayar bil.. KENA BAYAR LAGI..!




ni aku nak tambah satu lagi point.. korang tau kan saluran astro first? yg tayangkan filem² melayu terutamanya.. langgan tapi filem yg sama saja yg akan ditayangkan.. tengok sampai muak.. dengan wujudnya saluran astro first ni.. secara tak langsung menggalakkan dvd cetak rompak! nak dijadikan cerita, aku ke road walk, dan tersinggah kat gerai jual dvd.. so ada cerita yg baru keluar.. aku pun buat keputusan untuk beli.. (hehehe.. kantoi disini..) bila pasang dvd tu kat rumah.. aku terus rasa tertipu sebab lanun² cetak rompak ni rakam dari astro first! terpampang icon FIRST tu kat tv.. so aku terfikir, astro first ni menggalakkan dvd cetak rompak..! sangat tak bagus bukan?


actually tak kisahlah kalau mereka nak naikkan bil astro sekalipun KALAU servis yg diberi sangat superb.. ini servis pun lame.. bila hujan je service unavailable.. customer service pun macam tak ikhlas buat kerja.. iklan yg berlambak².. cerita yg dok ulang tak habis².. macam ni nak naikkan harga..? mereka perlu sedar, orang langgan pun sebab tak ada pilihan.. cuba bayangkan kalau semua orang BOIKOT astro? tak ke naya.. semua back to basic.. tengok tv1, tv2, tv3, ntv7, tv8 , tv 9 dan tv hijrah je.. padan muka depa!




p/s: kalau nak naikkan bil sila la tingkatkan prestasi dulu.. baru la orang tak complain.. aparaaaa...!