orang sedang baca :)

Monday, May 16

Puding Chocolate with Vanilla Topping

hari ni habis je kerja aku terus ke Mydin untuk beli sedikit stock makanan ketika aku sesak di hujung bulan nanti.. almaklumlah gaji aku tak sama macam kakitangan kerajaan.. aku selalu dapat gaji betul-betul masa hari terakhir dalam setiap bulan.. orang kerajaan untung la kan.. 24hb, 25hb dah dapat gaji.. dan kadang-kadang awal dari tu pun ada.. sungguh tak adil.. :(


so kat Mydin Bukit Jambul aku pun memulakan operasi mencari stock makanan.. tengah asyik mencari, aku terberhenti kat section bahan untuk buat kek.. terpandang pulak kat belah buat agar-agar dan puding.. otak aku pun mulalah mereka benda yang bukan-bukan.. teringin nak buat puding plak.. terus capai bahan-bahan dengan hati yang gumbira.. :D


sampai rumah, lepas menikmati makan malam dengan Kak Fisya.. aku pun memulakan operasi membuat puding.. nak tahu bahan-bahannya? okay sat naaa..



Puding Chocolate
1. serbuk dadih perisa cokelat
2. susu cair (takde dalam gambar)
3. agar-agar
4. gula mengikut citarasa


Topping Vanila
1. susu HL perisa vanila
2. susu pekat
3. tepung jagung
4. sedikit garam

cara-cara nak buat senang je.. firstly korang panaskan air dalam periuk.. berapa ml tu ikut suka la ikut berapa hidangan korang nak buat.. bila dan mendidih korang masukkan agar-agar.. kacau jangan berhenti sampai dia larut then tambah gula.. gula masukkan ikut korang.. bagi yg suka manis bubuh la lebih.. bagi yg tak suka manis sangat letak sikit.. pandai-pandai korang la kan.. lepas tu masukkan susu cair.. kacau dan kacau lagi.. pastu last sekali masukkan serbuk dadih tadi.. kacau sampai dia likat.. agak-agak dah okay sikit korang letakkan dalam bekas.. tunggu sampai sejuk sikit supaya dia keras.. sementara tu korang boleh buat topping untuk puding tadi..

setelah air didih baru masukkan agar-agar


untuk topping, korang didihkan air macam tadi.. lepas didih baru masukkan susu HL vanila tadi.. kacau sampai larut dengan sebati.. then masukkan pulak susu pekat.. jangan banyak sangat tau nanti terlalu manis.. sikit je dah memadai.. lepas tu letak secubit garam kasi ada rasa masin-masin sikit.. dan akhir sekali baru masukkan tepung jangung.. ini untuk tujuan melikatkan topping..

susu yang dah dicampur dengan susu pekat

dah selesai buat topping, korang kena cepat-cepat buat topping di atas puding korang tadi.. sebabnya dia akan mengeras.. so tengah panas-panas tu elok korang terus buat.. dan hasilnya adalah seperti di bawah..

puding cokelat sebelum diletakkan topping

setelah diletakkan topping

cantikkan.. 2 layer gituuu..:p


sedia untuk dimasukkan dalam peti sejuk
so senang je nak buat benda ni.. budak-budak umur 5 tahun pun pandai.. puding ni enak dimakan ketika cuaca panas.. or kalau ada tetamu datang boleh la hidangkan untuk dorang.. hehe.. SELAMAT MENCUBA :)



p/s : ekceli aku takde la pandai pun buat benda alah ni.. just suka mencuba dan mereka-reka benda baru.. hehe.. :p

1 comment:

MIA said...

cam sedap je ni!! nak wehhh