orang sedang baca :)

Tuesday, November 24

Assalamualaikum..

Lama tak menulis kat sini. Lately banyak sangat aku bermain dengan emosi. Sampai satu tahap aku rasa macam aku dah buat satu keputusan yang salah. Mungkin aku belum bersedia lagi untuk ke fasa seterusnya. Sejak dua menjak ni aku mudah terasa hati. Mungkin sebab aku simpan sendiri apa yang aku rasa. Aku bukanlah seorang pengungkit. Cuma kadang-kadang perasaan ingin tahu aku sangat menebal. Aku takkan puas hati sehingga aku dapat jawapan yang buatkan aku puas hati. Tapi bila dah tau kebenaran hati pulak sakit! Sakit sampai rasa aku ni takda apa-apa special pun. Sama je macam orang-orang sebelum ni. I did something wrong. Benda yang aku sendiri tak jangka. Tak boleh nak ubah dengan apa cara sekali pun. Menyesal sebab aku tak fikir panjang. Tak fikir kesan yang akan jadi kalau apa-apa berlaku. Kesalahan yang buatkan aku terikat.

Aku agak kecewa sebenarnya. Susah aku nak gambarkan rasa kecewa kali ni. Ini kali yang kedua rasanya. Aku cuba telan. Simpan dalam hati. Jangan tanya kenapa aku diamkan diri. Sebab hati aku memang tengah sakit. Semua sedia maklum, kawan-kawan, ex-ex, macam mana keadaan aku bila marah atau emosi. Diam itu aku. Sampai masa aku akan cari. Buat masa ni aku perlu jauhkan diri dari orang tertentu. It's really difficult when u feel like u have no one. Tapi bila setiap kali aku dilanda perkara macam ni, mesti ada insan yang tiba-tiba muncul untuk comfort kan aku. Insan yang pernah hadir dalam hidup aku. Hebat aturan itu. Tiba-tiba buat aku teringat apa yang kawan aku sendiri pernah cakap dan alami. Dugaan orang bertunang ni hebat. Kita akan jumpa dengan orang yang lagi baik dari tunang kita sendiri. So adakah ni memang dugaan aku? Atau setan saja-saja nak menghasut. Hmmm.. harap tak berlaku..