orang sedang baca :)

Monday, October 20

Bisakah?


Assalamualaikum..

Lagu ini.... Bait-baitnya..

Hiba.. Sayu... 

Maafkan aku...
  
 


Daku terasa... Ingin membawa
Cinta yang terlara... Ke titik mula
Kembali mencoba...Untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana... Jiwa....

Pernah ku terasa... Ingin merayu
Pada kasih dulu... Pulang padaku
Lupakan dosaku ... Putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu... Namun...

Bisakah..... Yang terpadam dinyala
Bisakah.... Yang terhina di cinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu...

Naluri meminta... Ku ungkap kata
Seindah bahasa... Janjikan setia
Akan bersemilah... Cinta dihatinya
Percayaku semula... Namun...

Bisakah... Yang benci di sayangi
Bisakah... Yang dusta di maafi
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu...

Bila senduku
Berlinang sayu
Dalam rindu
Ku tertanya...

Bisakah... Yang terpadam dinyala
Bisakah... Yang terhina di cinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu...

Bisakah... Yang benci di sayangi
Bisakah... Hatiku di fahami
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu...

Sunday, October 12

Made In Penang Interactive Museum - 3D Art

Assalamualaikum..

Hai orang yang menanti update dari aku.. hari-hari check blog ni ke? Bwahaaa.. Okay la.. hari ni aku update la yer..

Alhamdulillah aku dah mula bekerja di Jabatan Perangkaan Negeri Pulau Pinang. Dapat kawan-kawan baru. Persekitaran baru. Yang pada mulanya agak ralat untuk aku tapi sekarang aku dah boleh menyesuaikan diri. Aku rasa aku suka dengan kerja aku sekarang. Bukan ke orang cakap kita kena enjoy dengan kerja kita. So kena la enjoy! Kerja aku sekarang banyak melibatkan kerja luar. Jumpa responden dan sebagainya. Menarik sebab aku tak pernah buat kerja yang luar dari pejabat. Fleksibel. Hehe.

Oh yaa.. aku bukanlah nak sombong atau apa. Tapi waktu aku baru lapor diri di JP Penang, sememangnya aku tak kenal pun staff-staff kat situ. Sampailah hari ni aku masih tak dapat nak ingat nama-nama dorang. Tapi dorang semua tau nama aku. T___T agak segan bila orang panggil nama aku tapi aku tak tau nama orang tu. Aku hanya cam muka je. Nama dorang memang aku tak tau. Uhukkk.. takpe la. Nanti aku akan cuba beramah-tamah lagi dengan semua staff kat sana. =)

Pernah dengar tak 3D Art Museum kat Penang? Haaa... aku yang dok lama kat Penang pun baru hari ni pergi walaupun dah lama museum tu wujud. Haha. Bila nak pergi asyik postpone je. So Sabtu minggu ni aku dengan Kak Aya nekad untuk pergi jugak. Alkisahnya nak pergi lepas zohor. Tapi hujan kemain lebat lagi. Sifat malas pun dah ada sikit2 masa tu. Macam nak tarik bantal tidooo~

Tapi kitorang pergi jugak. So harga ticket saangatlah reasonable. 

Pelancong luar (Tanpa Mykad) = RM30
Warganegara (Mykad) = RM15
Warga emas & Pelajar (Sudent Card) = RM10

Total ticket kami adalah rm35
Warna hijau untuk student dan hitam untuk
bukan student. aku punya? Harus la warna hijau.
Haha. Pakai student card masa study kat UNITAR
dulu. Pastu ticket free sebab akak ngan abang
tu belanja. :D
Masa beli tiket tu memang ramai sangat orang beratur. Salah satu sebabnya adalah hujung minggu dan banyak rombongan sekolah. Haduduiii.. Dengan panasnya lagi. Peluh ketiak gak la tunggu giliran. Haha. Lepas tu ada 1 family ni, akak tu minta tolong aku belikan tiket untuk family dia 3 orang. Sebab beratur panjang sangat. Okay la aku buat pahala tolong sebab anak perempuan dia tersangaaaaatlah comel. Rambut perang macam minah saleh pastu mata coklat. Mula-mula aku ingat anak mat saleh mana la dorang bawak. Bila check kad Mykid sah anak abang tu. Bila dah beli tiket aku nak pulangkan balik duit balance. Dorang taknak. Kata belanja sebab tolong belikan tiket. T____T aduii tak suka situasi camtu. Aku ikhlas tolong. Terima kasih la kat akak dan abang tu. Tak tau bila kita dapat jumpa lagi.

Aku sarankan siapa-siapa yang nak pergi museum ni pandai-pandai la bajet masa. Kalau pegi masa weekend memang sangat ramai. Nak-nak sekarang ni UPSR dah habis. Banyak la sekolah yang akan buat rombongan. Pakat nanti semua berebut nak ambil gambar sebab semua kena ikut giliran. Haha. Nak ambil gambar pastikan pergi ramai-ramai sebab senang nak minta kawan tolong ambil gambar nanti. 

Minum petang bersama Abang Eng kesayangan.
Dah lama tak jumpa kat KOMTAR.
So dia ajak borak-borak sambil minum kopi. Hehe

Depa kata ni ibarat mak marah anak.
Cisssss~~

Kait buah pinang untuk pinangan.. hihi

Bomba? Ghostbuster? Haha

Uhukk.. sampai hati nak ketuk
dengan terompah.. T-T
Banyak lagi gambar yang aku snap sebenarnya. Tapi malas nak upload lagi sebab nak kena edit bagi nampak macam real la kengkononya. Haha. Bila ada masa aku upload di Instagram aku yeh. Sampai sini saja. Jumpa lagi di post akan datang. =)