orang sedang baca :)

Thursday, May 19

2 ringgit.. :')

petang semalam masa lunch aku dengan kawan aku ke Bukit Jambul, tujuannya nak mencari string untuk gitar aku.. then lepas beli aku rasa seeloknya aku isi minyak kereta aku penuh so that esok aku tak payah tergesa-gesa nak isi minyak.. senang je aku terus drive balik Ipoh.. so masa tu hujan teramatlah lebat.. jalan raya air dah naik dah.. lalu kawasan gelugor aku terus masuk shell.. shell adalah stesen minyak pilihan aku sebab aku rasa minyak dia lagi banyak dan tahan lama kalau aku isi tak sampai rm50.. but masa tu minyak kereta aku still ada half.. aku just nak penuhkan je.. aku terus cakap kat pakcik shell tu nak isi rm40.. pakcik tu tolong isikan untuk aku, sambil-sambil tu dia sembang dengan aku.. cakap lebat gila hujan hari ni.. macam nak banjir dah jalan.. dalam hati aku cakap, baiknya pakcik ni.. ramah.. dan baru aku perasan yg pakcik ni sebutan dia sengau.. kesian kan? teringat aku kat arwah atok.. :'( tup tup tak sampai rm40 tank minyak aku dah full.. totalnya rm36.. disebabkan pakcik tu tak cukup duit seringgit, dia suruh aku tunggu kejap sementara dia tukar duit kat dalam.. tak sampai seminit dia datang balik kat aku bagi duit balance.. aku main amik je duit tu tak tengok.. lepas cakap terima kasih aku masuk dalam kereta dan memblahkan diri untuk hantar kawan aku balik office dia.. sesampai aku kat office, aku terus buat kerja macam biasa.. tepat pukul 5.30 petang aku terus balik rumah.. sampai kat rumah aku baru tergerak hati nak check duit aku tadi.. ya Allah!! pakcik tu bagi aku rm6.. bukankah sepatutnya dia kasi balik kat aku rm4??? hmm rm2 je kan.. aku ingat nak amik je.. tp end up aku jadi serba salah.. teringat kat pakcik tu.. mungkin dia orang susah.. lagipun dia dah tua.. dalam kepala otak aku dok pikir perlu ke aku bagi balik rm2 tu.. sbb rm2 je pun.. setan pun dok hasut suruh aku ambik je..

so tadi dalam perjalanan ke office lepas lunch tadi, aku asyik teringat pasal rm2 tu.. tak pernah rasa macam ni.. sampai je office aku lagi tak senang duduk.. last-last aku buat keputusan untuk bagi balik rm2 tu.. terus mintak permission dari boss aku untuk keluar kejap, aku drive pergi stesen shell semalam.. tapi pakcik tu takde la pulak.. nak tak nak aku terpaksa masuk dalam kedai shell tu.. dan.... nasib baik pakcik tu ada!! dia tengah kira apa entah kat dalam tu.. terus aku bagitau pasal semalam tu kat dia... wahhh! pakcik tu senyum cakap terima kasih.. dan saat aku drive untuk balik ke office aku rasa lega sangat-sangat! dan yang pasti ye aku sangat HAPPY!!! :')




p/s: rindu sangat dengan arwah atuk.. :'(

No comments: