Monday, May 23

Menjelajah Kawasan Istana Bilah

hari khamis lepas aku balik rumah aku di perak.. tu pun disebabkan mama aku call cakap ada hal.. kalau tak memang haram langsung aku tak balik.. hahaha.. ingatkan ada orang masuk meminang ke apa.. teruja plak.. mwahahaha.. rupanya hal kerja la.. cettt~

so jumaat tu, lepas aku pergi ziarah maklong aku kat pusing.. dah alang-alang dekat dengan area papan, aku ajak adik aku pergi tengok istana bilah.. alaaa istana yg dalam filem penunggu istana tu.. aku ni sejujurnya takot-takot berani.. tapi perasaan ingin tahu sangat-sangat menebal di dada (cewah!) dan nak tengok istana tu dari jarak dekat.. so dalam perjalanan tu memang akan lalu dekat kawasan pekan koboi.. sunyi je.. macam takda orang.. dan bangunan lama still ada lagi, tapi kosong la.. seram gak la.. so aku tak nak taip banyak.. korang tengok je video yg aku ambik ni ye.. kalau ada ternampak apa-apa bagitau aku hokay..

video
video
video


nota  kakicagu : siapa-siapa yg minat nak jadi ala-ala team seekers sila datang sini.. sebab serious sangat seram kawasan ni.. -__-

No comments: