orang sedang baca :)

Tuesday, July 21

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum..

Hai.. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Baru hari ni ada sedikit masa untuk aku update blog ni. Aku bz skit dengan tugasan hakiki yang ada sekarang. :D

Well, tak lama je lagi aku akan menjadi tunangan orang. Persiapan rasanya baru 70%. Nak siap apa bendanya, semua mama aku yang settlekan. Hal-hal khemah dan catering. Aku tinggal nak sedia hantaran je. Tu pun paling simple je aku buat. Aku pulak tergolong dalam golongan tangan tak berseni. Sensorang pulak buat. Nahhhhh~~ haruslah paling simple ja aku buat. Takyah pening-pening kepala, bertunang je pun! Hal-hal mini pelamin, make up n baju semua aku serahkan kat Kak Teha pemilik Butik Mya Irdina. Aku tinggal bagi badan je. Settle! Lega!

Tapi tulah, orang lelaki ni memang suka buat kerja last minit. Minggu depan nak bertunang, cincin tunang n risik tak gak beli lagi. Kengkonon nak buat surprise nak beli sendiri. Last-last, nan hadooooo. Aku gak kena ikut sekali pi beli. Ayyoooo Encik Kura-kura! Nak kena tumbok tau deni. Hantaran pun dengar-dengar tak buat apa pun lagi. Errr... nak bertunang ke tak ni? (-_-)

Walaupun sibuk benda-benda nak bertunang ni, aku akui ada sedikit risau. Bak kata sahabat aku Waddah, bertunang dugaannya lagi menggila. Masa bertunang la nanti jumpa orang yang lebih bagus dari tunang kita. Fuhhhh... ku terbayangkan Zul Ariffin datang lamar aku masa tu. Ekekeke... Tapi, aku bukanlah seorang yang pandang pada semua tu. Bagi aku cukuplah lelaki tu dapat happy kan aku. Kalau dulu zaman muda mudi dulu boleh la nak cari laki yang kaya dan hensem bagai. Tapi bila dah sampai usia sekarang ni, semua tu dah tak penting. Tak kisah la orang nak mengata pasangan kita tu macam mana dah. Janji kita kenal hati budi pasangan kita. Ye dakkk? =)

Insha Allah, raya kali ni raya sensorang. Tahun depan insha Allah berdua. Ada rezeki bertiga. Jodoh itu memang rahsia Allah. Siapa tahu dari malas nak melayan mamat kura-kura ni, sampai la nak jadi tunang aku dah sekarang ni dan insha Allah soon to be husband. Aku malas dah nak fikir siapa-siapa yang nak dengki atau mengata pasal aku. Stalker maybe? Aku lanih nak fokus dengan life aku. Silakan ampa di takuk yang lama. OK ada masa aku update lagi. Selamat hari raya! <3