orang sedang baca :)

Wednesday, May 4

hantaran perempuan mahal??

okay, semalam tengah bergolek-golek nak tidur.. tiba-tiba teringat yang kawan aku pernah cakap..


"kalau mak bapak letak hantaran anak tinggi-tinggi pun, silap-silap laki pun takut nak masuk meminang.. kalau tak pun terpaksa berhutang.. dah kahwin esok, anak dah ramai pun still dok pulun bayar hutang kahwin.."


haihhh.. selalunya bila nak bercerita soal kahwin ni.. macam-macam isu akan dipersoalkan.. dari sebelum kawin, majlis pertunangan, sampailah dah kahwin.. entah-entah dah ada anak nanti pun akan jadi isu.. nak ke anda-anda semua jadi macam tu? sebab tu la sesetengah laki merungut.. apa la susah sangat nak ambil anak dara orang ni.. so aku nak share sikit bab-bab hantaran ni..


kenapa parent letak hantaran anak dara dorang tinggi? sebabnya.....

  • anak dara dalam family tu sorang je
  • anak dorang berpelajaran tinggi, sekolah sampai tingkat 20.. gayat!
  • anak dara dorang paling jambu sekali dalam family
  • anak dorang kerja pangkat tinggi
  • anak dorang dah biasa pakai barang branded.. gucci, LV, coach dan blablabla~
  • si kakak belum berkahwin, so kenalah bayar double untuk belanja kakak sekaligus
  • anak perempuan yang rasa dirinya lengkap segala pakej
  • ayah si perempuan tu tokey balak, emak pula pengasas produk kecantikan.. so dah tentu-tentu la nak lelaki tu mampu sara anak mereka yang high maintenance tu..
bila hantaran tinggi.. pihak lelaki pun akan bagi jawapan..
  • "pehh! nak jual anak ke ape??!" - kadang-kadang tu mak bapak okay je, tapi anak yang lebih-lebih..
  • "kalau pandai masak ke.. jahit ke.. takpelah jugak.. ni asyik make up je keje.."
  • "kalau camtu suruh je dorang simpan anak dorang dalam store buat perhiasan.."
  • "kalau lawa macam Preity Zinta ke takpe jugak.. ni hidung penyek macam kena lenyek je.."
  • "ape dorang ingat kita ni sedara dengan Bill Gates ke ape??"
  • "lupakan je la budak tu.. nanti mak carikan yang lagi power dari Megan Fox eh?"
kata-kata dari pihak perempuan yang nak sangat pihak lelaki dengar..
  • "suka hatilah.. berapa-berapa je yang nak bagi.. kitorang tak kisah.."
  • "takpelah.. kalau tak boleh bayar sekarang.. kahwin dulu, lepas kahwin bayar pelan-pelan  macam instalment.."
  • "dont worry.. korang bayar hantaran je.. yang lain-lain macam kenduri, catering, kitorang sponsor.."
  • "berapa korang nak kasi, kasi la.. nak free pun takpe.. kitorang ramai lagi anak perempuan.."
  • "disebabkan sekarang ni musim sales sana sini.. jadi kita ada staff discount.. korang bayar 10% je.."
  • "apa kata korang ambil kakaknya sekali.. tapi harga tetap sama.. kira buy 1 free 1 la.. risau plak kakaknya tak kahwin-kahwin.."
kalau kena pula kat lelaki yang loaded.. kaya-raya..
  • "okay setuju! kita up kan lagi RM10,000... tak luak pun!"
  • "eh? biar betul? sikitnya? kalau macam ni tak nak la.. tak sama dengan kita punya expectation.."
  • "ni hantaran kira dalam rupiah ke singapore dollar? kami just simpan US dollar je.."
  • "kami tak pakai cash la.. korang pilihlah nak AMEX ke, Diners ke, boleh kata semua credit card kami ada.."
  • "sebagai hadiah upacara masuk meminang ni.. kami ada sediakan kereta lamborghini.. tu anak bujang kami tengah parking kat bawah.."
  • "ni korang minta duit hantaran ke minta duit nak belikan dia baju tidur? apsal murah sangat..?"
kuang kuang kuang.. so sama-samalah kita renungkan dan selamat beramal.. (^__^)v



No comments: