Monday, May 26

La tahzan!

Assalamualaikum..

Dapat panggilan dari mama tadi. Mama minta aku untuk ambil cuti bulan depan. Katanya abang sepupu aku akan berkahwin pertengahan bulan depan. Nak tak nak aku terpaksalah ambil cuti nanti. cuti aku tinggal tak banyak. Sebab aku banyak sangat ambil EL tahun ni. Menyesalkan pun ada. Tapi setakat sehari atau dua hari boleh lepas agaknya nak cuti. Harap-harap Puan B bagi kelulusan. Terasa melampau pula sebab bulan ni saja aku dah ada tiga hari cuti tanpa rekod. Tak pasal-pasal je kena buang kerja nanti.

Pagi ni leher terasa sakit-sakit. Mungkin sebab tersalah posisi tidur semalam. Macam nak jerit je rasa sakit ni. Rasa nak demam-demam pun ada. Tahun ni paling banyak sakit berbanding dulu-dulu. Mungkin sebab sekarang tinggal berjauhan dengan keluarga. Takda pelindung lagi. Tak ada teman berbual seperti hari-hari biasa. Keluarga jauh nak mengadu atau berkongsi apa-apa masalah. Sedihnya. Hanya kawan-kawan yang ada untuk berkongsi cerita. Tak apa ye Farah! Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar. La tahzan!

Bila datang sesuatu yang menggangu perasaan. Orang yang paling diingati adalah MAMA. Terasa nak balik ke Perak sekarang jugak. Tapi apakan daya, tak dapat atas sebab kerja. Minggu ni nak balik Perak. Tak nak fikirkan apa-apa lagi. Kalaulah boleh dibasuh otak ni. Mahu je aku basuh dalam mesin basuh. Haha! Takkan tinggal apa dah untuk difikirkan. Aku masih lagi dalam proses terapi minda. Cuba buang segala kekalutan yang melanda. Lagi memikirkan lagi menyakitkan. Aku tak nak seksa jiwa macam ni. Apa kerja pun tak jalan. Kena cari inisiatif lain untuk buang perasaan tu jauh-jauh. Harap aku berjaya melalui perkara sebegini. Allah, tolong aku! :)

Saling lengkap melengkapi

Assalamualaikum..

Repost

Secara lazimnya, perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat), mereka yang baik itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. - petikan daripada SURAH AN-NUR ayat 26

Sekiranya diambil kira makna ayat berkenaan secara terus, ramai yang akan menganggap Allah telah menjanjikan pasangan yang baik kepada orang yang baik dan pasangan jahat kepada orang jahat. Sebenarnya kita tidak perlu berfikiran sempit sebegitu. Seandainya tiba-tiba kamu yang merasa diri kamu baik dan mendapat pasangan yang jahat, takkanlah pula Allah dipersalahkan kerana memungkiri janji?

Ayat ini sebenarnya bukan menyentuh qada dan qadar Allah terhadap jodoh seseorang. Malahan juga ianya bukanlah janji Allah kepada manusia baik yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik. Cuma dalam ayat ini, Allah mengingatkan kepada hambanya agar memilih manusia yang baik untuk dijadikan teman hidup masing-masing. Kita sedia maklum, jodoh pertemuan seseorang itu di tangan Allah tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik, soleh atau solehah.

Manusia dijadikan oleh Allah berpasangan-pasangan dan setiap pasangan itu juga harus saling lengkap-melengkapi. Sekiranya ditakdirkan kita bertemu jodoh yang kurang baik, mengapa tidak pasangannya yang baik itu berusaha memperbaiki atau mengubah pasangan yang satu lagi kearah kebaikan sama ada kebaikan duniawi ataupun akhirat. Sekiranya Allah meletakkan ketentuan jodoh seseorang yang baik dengan pasangannya yang kurang baik, sudah tentu terselit HIKMAH disebaliknya. Sesungguhnya Allah maha adil dengan setiap ketentuanNya itu. Setiap umat Islam di bumi ini menerima ujian daripada Allah sebagai menguji tahap keimanannya. Apa yang penting, kita sebagai hambanya harus sentiasa beringat, tidak ada manusia di dunia ini yang benar-benar sempurna. Melalui pengalaman, kita belajar sesuatu dan melalui keimanan, kita memperbaiki kelemahan yang ada.

Tidak perlulah menyalahkan pasangan kita sepenuhnya atas segala keburukan yang ada padanya sedangkan kita tahu diri kita sendiri belum mencapai kesempurnaan sejati yang hakiki. Seeloknya diri kita mengambilnya sebagai ujian untuk muhasabah diri atas setiap kelemahan, kesilapan dan kekurangan yang ada. Baiknya seseorang dinilai pada baiknya hubungannya dengan Allah, juga pada hubungannya sesama manusia. Dosa dan pahala memang tak boleh dilihat, tetapi kebaikan dan keburukan yang kita miliki tidak boleh kita tutup dengan berpura-pura.
Nabi juga berpesan dalam hadisnya, "pilihlah pasangan dari segi rupa, harta dan agama, akan tetapi pilihlah agama dan kamu tidak akan rugi" (Sahih Bukhari).

Rupa dan harta adalah ciri-ciri fizikal dan duniawi yang boleh dilihat dan dinikmati. Namun keimanan adalah sesuatu yang terlindung. Secara fizikal seseorang boleh nampak baik tetapi dapatkah kita baca kebaikan hatinya secara menyeluruh? Jika kita berazam memilih agama sebagai pilihan utama maka itulah jalan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Orang baik yang mempunyai kekuatan agama biasanya berfikiran positif. Mereka ini diharuskan untuk berkahwin dengan orang yang kurang baik. Hikmahnya untuk menyelamatkan orang berkenaan sama ada lelaki atau perempuan terus menerus hanyut dalam kesesatan. Tapi berapa ramai yang mampu melakukannya sedangkan ganjaran dan pahala di sisi Allah amat besar. Tapi kalau kita tidak berkemampuan melakukan dakwah seperti ini, tidak salah juga kita mencari pasangan yang kita rasa sesuai untuk diri kita.

Kesimpulannya, sebagai manusia siapakah kita untuk menilai seseorang manusia lain itu jahat atau baik. Setiap manusia di mata Allah adalah sama cuma yang membezakan adalah amal jariah individu itu. Sekiranya kita rasa kita sudah cukup sempurna, cuba tanya.. apakah kita sudah cukup sempurna di mata Allah?

Kita hanyalah hamba. Terimalah takdir segalanya, terimalah semua manusia seadanya. Jangan memburu yang sempurna. Kerana pada yang 'tidak sempurna' itulah letaknya kesempurnaan kita.

Sunday, May 25

Barakallah hu lakuma..

Assalamualaikum..

Sorang lagi kawan aku yang dah selamat menjadi isteri orang semalam. Tahniah Mahirah! Lepas ni tak dapat la nak berjimba-jimba dah macam selalu. Kehidupan akan berubah. Dan bulan depan seorang lagi pula akan bergelar isteri orang. Jodoh ampa dah sampai. Alhamdulillah. Aku tumpang gembira. :)

Tahniah Mahirah dan Saiful!
Semoga berkekalan hingga ke jannah :)

Selfie atas permintaan seseorang..
Deenna, kenapa tak tengok kamera? T-T

Mak dara dan anak dara.. Haha! :D
Sahabat dari form 1 sampai sekarang.
Baik jahat bersama. Teman luahan perasaan.
Terima kasih, Shakirah! Love u!

Sebelum balik singgah McD baru bukak di Ocean View.
Style la sini mcd tepi laut. Huhu.
Sesi luahan perasaan sebab jiwa aku tengah kacau. Sobs.

Saturday, May 24

Rindu...

Assalamualaikum..

Fikiran terganggu oleh perbuatan lalu. Rasa macam nak lari dari semua orang. Rasa bersalah sangat menebal dalam jiwa. Pernah tak rasa kecewa bila sukakan seseorang yang sukakan orang lain? Hihi. bunyi macam taceng kan? Rasa macam hati disiat-siat kan? Hihi. Jadi, bukankah lebih baik buang semua rasa tu terus. Matikan rasa hati. Supaya boleh terus move on hidup tanpa perlu fikirkan rasa sebegitu. Sedih memanglah sedih. Tapi perlulah tanggung, pandai buat kan? Takpe la. Redha dengan apa yang berlaku. Walaupun masih berhubung tapi kenapa rasa sakit dan sedih? Sumpah itu yang dirasa. Maaf, itu saja yang dapat dikatakan. :(



Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi

Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih

I'm tired..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Aku dah selamat sampai di Taman Meranti. Sakit-sakit badan semua ada. Dari petang semalam sampai ke 2.30 pagi dalam coaster. Dengan terhentak-hentak kat belakang. Sakit badan nak meninggal rasa! Ingat balik je nak terus tidur. Tapi tak dapat lelap pula. Mengantuk tapi tak boleh tidur. Mata pun berair-air dah. T-T

Nak share pasal pertandingan nasyid pun tak ada apa yang menarik. Kenapa tak menarik? Sebab Zhufairah tak menang. Haha! Semua wakil negeri yang bertanding sangat hebat-hebat. Kira kitorang ni belum boleh disamakan level dengan dorang la. Dorang tu dah memang profesional. Tapi takpe, ambil itu sebagai pengalaman. Bukan senang nak bertanding di peringkat kebangsaan. Jadi tak mengharap pun untuk menang kali ni. Timba pengalaman untuk festival nasyid yang akan datang pula. Sempat juga borak-borak dengan budak dari Sarawak. Kata dorang tahun ni Sarawak jadi tuan rumah. Woah bestnya! Kalau menang peringkat negeri dapat pergi Sarawak! :D

Aku tak sempat pun nak capture suasana kat karnival tu. Sebab giliran kitorang nombor 2 selepas Sarawak. Agak rushing juga. Gambar selfie kitorang je banyak. Hehe. Jangan terkejut tengok perubahan muka aku lepas disolek. Aku sendiri pun tak percaya muka aku camtu. Macam pelik ja. Over je rasa make up macam tu. Macam nak pergi buat show kat mana-mana je. Huhu.

Pengantin-pengantin lari. Hehe.
Haipp! Dua orang dah jadi mak orang, Sorang bakal jadi bini orang.
Sorang je masih bujang. Lalalaaa.. :D

Esok pula majlis perkahwinan Mahirah. Selamat pengantin baru Puan Mahie. Semoga berbahagia hinggah ke jannah. I'm happy for you dear. :) Kali ni aku dapat banyak invitation orang kahwin. Haishh. Seronoknya bila tengok orang kahwin. Aku pun mula la gedik nak kahwin gak. Ekeke! 

Semalam dapat SMS dari SPA. Aku dapat panggilan temuduga lagi. Alhamdulillah. Murah sangat rezeki tahun ni. Temuduga buat kali kedua tahun ni. Selama 27 tahun ni muka bumi Allah ni, tahun ni la yang aku dapat panggilan temuduga. Terima kasih Allah. Dan aku nak ucapkan selamat mengundi juga kepada pengundi PRK di Pulau Pinang kali ni. Aku sendiri pun akan mengundi hari Ahad ni. Undi adalah rahsia ya! :)

Wednesday, May 21

Mama, Ummi, Mummy dan Deena ❤

Assalamualaikum..

Macam dah lama tak hangout sama-sama dengan si Shakirah dan Nadia. Masing-masing sibuk dengan kerja sampai nak jumpa pun banyak kekangan. Semalam berjaya juga keluar sekali. Duduk makan malam bersama sambil borak panjang. 

Esok aku akan ke Putrajaya sempena Karnival Belia. Nasib baik penginapan semua disediakan oleh Jabatan Belia dan Sukan. Dengar-dengar kami akan menginap di Wisma Belia Mayc. Apakah itu? Macam tak best je. Transportation akan disediakan oleh JBS sendiri. Selamat! 

Untuk pertandingan nanti, komposer kami dah buat keputusan untuk tukar lagu. Susahnya..aku masih tak dapat hafal lagu tu. Sempat ke aku nak hafal sebelum pertandingan Jumaat ni? Harap dipermudahkan nanti. Baju pun masih belum decide baju macam mana nak dipakai. Semuanya last minute. Hari ni baru terhengeh-hengeh nak cari. Semuanya nak buat hari terakhir. Teruk la macam ni. T-T

On the way ambik ummi dan Deena

Our first portrait together with Deena

Mama dan ummi sibuk berselfie..
Mummy kena jaga Deena.. stress muka mummy. Haha

Susah nak ambik gambar dak kecik nih..
Last-last mama yang selfie sendiri.. Hehe


Tepi jalan pun boleh kannn! Haha

Last one before went back home :)

Tuesday, May 20

Tips Bercuti Ke Bandung, Indonesia

Assalamualaikum..

Kalau teringat Bandung, Indonesia mesti akan ingat SHOPPING. Bandung merupakan syurga membeli-belah bagi kaum wanita. Lelaki pun tak ketinggalan juga. Ramai yang tanya tips apa yang perlu mereka tahu sekiranya bercuti di sana. Jadi aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku ketika bercuti di sana tahun lepas. Insha Allah ada rezeki nanti, aku akan sampai lagi ke sana. :)

1. Sediakan jadual matawang IDR (Indonesia Rupiah) - RM
Pertama sekali, korang kena sediakan jadual matawang negara kita (RM) dengan IDR. Ini untuk menyenangkan korang ketika aktiviti membeli-belah nanti. Jadi tak perlulah korang nak bergantung kepada application di handphone semata. Kalau handphone bateri habis camne? Jadi langkah yang paling pantas, korang buat siap-siap kat rumah. Print lawa-lawa. Contonhnya...

10,000 IDR = RM3.00
20,000 IDR = RM6.00
         -
         -
         -
         -
1,000,000 IDR = RM300.00
(sampai berapa yang korang rasa perlu)

Ini sebagai contoh saja. Nilai tukaran kena rujuk nilai semasa. Jadi, kalau tiba-tiba korang nak beli telekung tu harga 100,000 IDR, so terus boleh rujuk jadual. Lebih kurang RM30.00. Tak payah susah-susah nak tekan kalkulator dah.

2. Hati-hati dengan pencopek saku
Seperti yang korang sedia maklum, kalau nak membeli-belah di Pasar Baru, silah berhati-hati dengan si pencopek saku. Bila korang masuk saja dalam bangunan Pasar baru, pengawal yang jaga akan ingatkan korang untuk jangan mendedahkan sangat beg tangan atau beg duit korang. Almaklumlah, korang tengah bergelar jutawan segera kat sana. Kalau boleh beg tangan halakan ke hadapan badan. Bagi lelaki pula, beg duit sila letakkan di poket hadapan.

3. Berkeras sekiranya tak mahu beli
Bila korang kat sana nanti, jangan terkejut kalau korang nampak sangat ramai kanak-kanak yang menjual keychain, fridge magnet dan pelbagai jenis barang untuk buah tangan. Bukan kanak-kanak saja, orang tua pun banyak. Kalau korang rasa tak nak beli, silalah berkeras katakan 'SAYA TAK MAHU'. Kalau korang kata, 'NANTI' atau 'SEKEJAP LAGI'. Siaplah dorang akan mengekor korang satu Pasar Baru tu. Haha. Ini aku alami sendiri masa di Tangkuban Perahu. Ada lelaki ni jual keychain. Aku cakap nanti aku beli. Lepas tu dari mula aku kat situ sampai nak balik dia mengekor je. Haihhh. Rimas!

4. Tawar menawar kalau rasa perlu
Bab tawar menawar ni kalau korang rasa perlu saja. Contoh kalau korang memang pergi Pasar Baru untuk tujuan memborong segala jenis barang yang ada, okay korang minta la kurang. Tapi bagi aku, barang kat situ dah memang murah. Dan kalau korang nak survey harga kat setiap kedai yang korang masuk tu, aku nasihatkan lupakanlah. Sebab terlalu banyak kedai sampai korang boleh sesat. Melainkan korang boleh ingat kedai mana yang korang masuk sebelum tu. Harga lebih kurang sama je. Baik masuk kedai tu dan terus beli.

5. Teksi dan sewa kenderaan
Aku nasihatkan untuk hari pertama korang di Bandung, adalah lebih baik korang sewa teksi saja. Sebab kalau di Pasar Baru, korang akan memerlukan satu hari untuk berada di sana. Kalau sewa kereta dan supir, memang membazir. Seharian korang akan berada di sana. Tapi kalau rasa barang yang korang nak borong tu terlalu banyak, so sewa je la kereta. Dan bagi siapa-siapa yang nak naik teksi di sana, silalah pilih teksi yang ada meter. Nak lebih selamat naik la teksi BLUEBIRD. Driver teksi ni takkan menipu. Tapi kalau driver teksi yang tak ada guna meter, siap sedia untuk kena tipu. Haha! Ini pengalaman aku sendiri. Disebabkan terlalu rimas dengan peminta sedekah yang kerumun kami sebaik saja keluar dari Pasar Baru, kami terus saja naik teksi yang ada tanpa tengok teksi tu ada meter ke tak. Dan akhirnya....kami kena cekik darah kaw-kaw. Kuajaq sungguh! Ini pengajaran buat aku! Untuk ke factory outlets dan tempat-tempat lain, baru la korang sewa kenderaan dan supir. Sebab yang ni nanti korang kena stop by banyak tempat. Baru la berbaloi guna khidmat supir.

 6. Sediakan duit syilling
Kalau boleh korang tukarlah duit syiling Indonesia siap-siap. Sebab ramai kanak-kanak yang minta sedekah kat sana. Kehidupan dorang tak sama macam kita. Boleh bayangkan tak, bila traffic light merah dan kereta berhenti, akan ada kanak-kanak ketuk cermin tingkap kereta untuk minta sedekah. Kesian sangat! Siap ada yang buat persembahan main gitar dan pertunjukkan monyet untuk tarik minat orang ramai. Kalau boleh, sedekahkanlah duit syiling tu pada dorang. Pahala pun dapat.

7. Makan di tempat yang diyakini bersih
Persekitaran di Bandung tak sama macam di Malaysia. Tahap kebersihan agak tidak menyakinkan kita. Jadi aku sarankan, kalau nak makan tu, biarlah di restoran. Jangan main makan je makanan di tepi-tepi jalan. Takut tak bersih. Nanti sakit perut pula. Tengah syok-syok nak berjalan, dah sakit perut nak cari tandas.

8. Duit dah habis???
Jangan risau. Hehe. Kalau duit korang dah nak habis, dan korang masih ada cash RM dalam tangan. Minta saja supir korang singgah kat mana-mana tempat money changer. Rasanya nilai lagi banyak dari tukar di Malaysia. Atau pun korang boleh call bank korang untuk aktifkan pengeluaran wang antarabangsa. Free je pun. Yang ini aku sarankan korang call sebelum korang sampai ke Bandung. Kalau rasa nak bil telefon melambung, telefon la masa kat Bandung ye. Hehe. Kalau korang ni memang kaki swap kad kredit, lagi bagus. Sila pakai kad kredit. Lepas tu tunggu bil sampai rumah. Jangan menyesal masa tu! :D

9. Tempat nak tidur
Disarankan untuk book hotel sebelum ke Bandung. Nanti menyesal tak sudah bila hotel fully booked. Takkan nak tidur kat masjid pula kan? Hotel tak perlulah nak mahal-mahal sangat. Korang nak guna untuk tidur, mandi dan solat je. Sebab waktu selebihnya korang memang akan berada di luar. Cukup sekadar untuk berehat. Korang boleh dapatkan semalam untuk 1 bilik antara rm80-rm100 macam tu. Tak berbaloi rasanya mahal-mahal. Tapi kalau korang jenis berduit, tak kisah pun nak mahal-mahal. Bagi aku, baik aku guna duit yang selebihnya tu untuk shopping. Hehe. :D

Banyak lagi tips aku nak kongsi. Tapi aku dah letih menaip dari tadi. Nanti bila mood nak menaip pasal Bandung ada, aku kongsi lagi ye. Kerja berlambak-lambak kat office. Tapi aku masih boleh dok menaip post ni. Haha! Selamat bercuti ke Bandung! :)

Monday, May 19

Festival Belia Putrajaya 2014

Assalamualaikum..

Tajuk di atas adalah dirujuk. Hehe. Macam surat rasmi pulak. Untuk makluman semua, Karnival Belia Putrajaya (FBP) ni akan berlangsung pada 23 Mei 2014 hingga 25 Mei 2014. Semalam saja-saja aku cuba masuk ke website FBP ini untuk tengok jadual aktiviti. Wah tak sangka rupanya banyak gila aktiviti yang akan dijalankan. Tengok saja tentatif FBP rasa semangat nak pergi. Mesti ramai belia yang akan hadir. Boleh cuci mata! Tehee! :D

Jadi, untuk pertandingan nasyid, pertandingan jatuh pada 23 Mei 2014 (Jumaat) bermula jam 3 petang hingga 5 petang. Sekejapnya? Mungkin sebab tak banyak kumpulan. Atau mungkin setiap negeri hanya akan diwakili oleh satu kumpulan. Total mungkin hanya akan ada 14 kumpulan sahaja. Ada peluang ke kumpulan Zhufairah PSUKPP untuk menang? Mesti negeri lain banyak yang hebat-hebat. Tak apa, tak menang pun takpe. Sekurang-kurangnya dapat timba pengalaman bertanding di peringkat kebangsaan. :)

sila click untuk pembesaran gambar

Hari ni seperti biasa. Isnin merupakan mood Monday Blues. Hari permulaan setiap minggu. Mood nak bekerja pun tak ada lagi. Dah la pakai pun serba biru hari ni. Bertambah-tambah blue la jadinya! Masih lagi mengharap pada keajaiban. Kawan-kawan terdekat saja yang tau. Puan Shakirah! Sila simpan rahsia kita bersama. Akhirnya aku dapat juga ke sana. Haha. Masih kuatkan mandrem tu? Will see. Insha Allah! :)

Hey kamu, saya tahu kamu sedang memerhati dari jauh. Semoga terbuka hati bersama ya. Allah tak akan hadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebab. Pasti ada menyebab kenapa kita mengenali antara satu sama lain. :)

Ting tong~
Duck face hari ini. Sekian.
Oh ya.. saya dalam mood Isnin Biru (Monday Blues)

Sunday, May 18

Be like them???

Assalamualaikum..

Okay, tajuk tak ada kena mengena. It's already Sunday. Cepat betul masa berlalu. Sekejap lagi dah kena balik ke Penang. Esok dah start kerja. Macam tak cukup masa je nak luangkan bersama keluarga. Hari pun asyik hujan je. Nak buat aktiviti riadah pun tak dapat. Semalam mama ajak ke Simpang Pulai. Suka benor mama pergi kedai rm2 tu. Maklumlah semua benda harga rm2. Aku ikutkan aje.

Sampai situ, bukan mama je gila beli barang. Dengan aku sekali jadi gila sekejap. Barang-barang make up pun rm2. Yelah, kualiti tak sebagus yang mahal. Tapi kalau sekadar nak beli dan conteng-conteng muka bila masa bosan bolehlah. Dan itu pun aku borong. Oh my money! T-T

Aku pun dah lama tak jumpa anak buah baru. Sekarang Aqil dah 3 bulan. Comelnya awak sayang! Dah lama Acik Farah tak jumpa. Dah besar dan panjang awak ye! Nanti Acik Farah beli baju lagi buat awak ye. :) Bila tengok baby orang, mulalah perasaan nak ada anak sendiri tu timbul. Bilalah agaknya waktu itu akan sampai? Hihi. Hanya mampu berdoa. :)

Mohd Aqil, 3 bulan :)

Bila tak ada kerja. Maka ini hasil lepas mencongteng muka sendiri.
Ada sedikit peningkatan selepas belajar make up dari budak kebudayaan.
Teheeee! :D


Throwback 16 Mei 2014. Gambar dari kamera orang lain.



Saturday, May 17

Zhufairah JOHAN!

Assalamualaikum..

Post kali berkenaan pertandingan nasyid Karnival Belia Jom Ke Putrajaya semalam. Alhamdulillah kumpulan Zhufairah telah dipilih sebagai JOHAN. Hadiah tempat pertama dapat trofi, wang tunai rm1000 dan hamper. Dan secara tak langsung kami akan bertanding pula ke peringkat seterusnya di Putrajaya. Mungkin minggu depan. Tapi masih belum jelas tarikh dan lokasi. Aku akan update nanti. Alhamdulillah rezeki dapat ke next level. :)

Rezeki bagi aku yang baru saja masuk kumpulan ni tak sampai sebulan. Hehe. Memang tak jangka kami akan menang. Sebab keadaan kami sangat kelam kabut. Baju tak sama. Tudung pun lilitan tak sama setiap orang. Make up tak habis sebab pengurus kami dah bising-bising sebab kami lambat bersiap. Masa tu mood semua orang nak menyanyi pun dah hilang. Ditambah pula banyak kumpulan dari agensi kerajaan dan institut pendidikan lain yang buat persembahan sangat best. Alat-alat muzik pun banyak. Sedangkan kumpulan kami hanya ada 7 orang saja.

Lepas persembahan semua dah nak balik sebab mood masing-masing dah hilang. Kengkonon nak berselfie ramai-ramai pun terpaksa dibatalkan niat. Tapi pengurus nak juga kami tunggu sampai keputusan diumumkan. Bila keputusan diumumkan, tempat ketiga jatuh kepada sekolah menengah di Seberang Perai Tengah (SPT.. aku tak ingat nama sekolah ni.. maaf ya!), tempat kedua jatuh kepada PDRM kumpulan lelaki. Dan JOHAN jatuh kepada kumpulan ZHUFAIRAH dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP). Masa keputusan nak diumumkan pun kami dah ramai-ramai ambil beg nak pergi kat van dah. Lepas tu patah balik. Hehe.

Disebabkan ada 3 orang ahli Zhufairah yang datang dari kumpulan kebudayaan PSUKPP. Maka adengan make up pun bermula. Aku tak reti nak make up muka sendiri. Siap ada teknik untuk shading la, lukis kening la dan macam-macam. Rasanya sepanjang hidup aku, aku pernah make up 2 kali je rasanya. Yang lain-lain hanya make up gaya aku la. Bedak, eyeliner dengan lips tint je. Haha. Aku tak suka muka make up aku. Dah macam orang lain jadinya. Nantilah bila senang, aku belajar make up dari dorang.





kata-kata saya : see you at Putrajaya next week! :)

Friday, May 16

Permudahkanlah..

Assalamualaikum..

Today is the day. Harap dapat ke peringkat seterusnya. Macam-macam dugaan yang timbul semalam. Habis saja waktu kerja terus ke BJ dengan Shakirah untuk cari tudung dan barang-barang untuk persiapan esok. Dapat cari jubah je. Itu pun secara kebetulan.

Kelam kabut juga pagi ni. Selesai je benda ni aku terus nak shoot balik perak. Dah lama tak balik. Agak-agaknya pukul berapa la nak sampai sana. Aku dah la ada silau. Susah nak drive waktu malam. Penakut pun ye jugak. Hehe! Harap-harap selamat sampai.

Okay la, sekarang ni sedang tunggu yang lain-lain tak sampai lagi. Aku update pak ai hp je. Ni pun sebab bosan tak ada apa nak buat. Hehe. Nanti sambung lagi. Aku akan update tentang aktiviti hari ni. :)
 
Menunggu.. perkara yang paling aku tak suka sejak azali..



Thursday, May 15

Rasa Diperhatikan..

Assalamualaikum..

Tak tahu la kenapa sejak dua menjak ni aku rasa macam diperhatikan. Ke aku yang terperasan lebih? Kengkonon artis? Bahaa! Setahu aku, blog ni tak ada siapa pun tahu. Kalau ada orang buka pun mungkin sebab aku ada share link blog ni kat timeline facebook aku. Masa tu ramai la viewers dari kawan-kawan di facebook. Tapi sejak-sejak akhir ni, macam ada orang yang rajin buka. Hoishh! Siapakah anda? Blog saya ni tak menarik pun la. Hehe.

Macam mana aku tau macam ada orang yang baca blog aku? Aku perasan lepas saja aku update blog ni, akan ada pembaca sebaik saja aku publish post yang baru. Hehe. Dan traffic pun ada menunjukkan seseorang di luar dari Penang yang sedang view. Siapakah anda? Bakal imam sayakah? Ececehhh! Gurau!

Aku tak marah pun orang nak view blog ni. Suka lagi ada. Sebab ada juga orang yang berminat nak baca blog yang bosan ni. Semuanya berkenaan kisah peribadi dan aktiviti harian aku. Kalau blog orang lain semuanya bagi info dan maklumat yang bagus. Tips make up la, fashion la, tutorial shwal la, bawal Mawar Fizo Omar la dan macam-macam lagi. Tapi blog aku, semua pasal aku. Bahaaa! Seronok ke baca? Thanks yah :D


Kata-kata saya : "are you stalking me? If yes.. Let's be friend! :) "

Wednesday, May 14

Duhai Bakal Imamku..

Assalamualaikum, calon suamiku..



Tahukah engkau anugerah yang akan engkau terima dari Allah di akhirat kelak? Tahukah engkau pula balasan yang akan dianugerahkan kepada suami-suami yang berlaku baik terhadap isteri-isteri mereka? Renungkanlah bahawa, “Mereka yang berlaku adil, kelak di hari kiamat akan bertahta di singgasana yang terbuat dari cahaya. Mereka adalah orang yang berlaku adil ketika menghukum, dan adil terhadap isteri-isteri mereka serta orang-orang yang menjadi tanggungjawabnya.” [HR Muslim]. Kudoakan bahawa engkaulah yang kelak salah satu yang menempati singgasana tersebut, dan aku adalah permaisuri di istanamu.

Jika engkau ada waktu ajarkanlah diriku dengan ilmu yang telah Allah berikan kepadamu. Apabila engkau sibuk, maka biarkan aku menuntut ilmu, namun tak akan kulupakan tanggungjawabku, sehingga kelak diriku dapat menjadi sekolah buat putera-puterimu. Bukankah seorang ibu adalah madrasah ilmu pertama buat putera-puterinya? Semoga engkau selalu mendampingiku dalam mendidik putera-puteri kita dan bertakwa kepada Allah.


Amin Ya Rab...


Ya Allah.. Aku tidak perlu orang yang sempurna untuk mendampingiku..

Aku hanya ingin orang yang mahu menjadi pelengkap kekuranganku..

Yang boleh membuat aku merasa 'ADA'..

Membuat aku tersenyum dan berkata..

"aku beruntung kerana memilikinya."

Tuesday, May 13

Koir lagi sempena MAKSAK bola jaring

Assalamualaikum..

Ahad baru-baru ni aku terlibat untuk persembahan koir sempena MAKSAK iaitu sukan untuk kakitangan kerajaan bagi pertandingan bola jaring. Last minit dorang minta budak-budak koir untuk buat persembahan. Baru plan nak balik perak minggu lepas tapi mama balik JB pula. So, tak jadi balik Perak kena la pergi koir Ahad yang lepas.

Suara pun masih lagi belum baik sepenuhnya. Ya Allah.. lama nya aku sakit kali ni. Hampir lebih dari seminggu. Nikmat tu ditarik sementara. Hmmm.. Sekarang ni makin teruk rasanya. Batuk dan selsema semakin menjadi-jadi. Macam-macam ubat dah makan. Jumaat ni ada pertandingan nasyid pula. Harap Allah permudahkan segala urusan aku nanti. 

Aku kongsikan beberapa gambar sempena hari Ahad lepas.. :)









Saturday, May 10

Bertapa Pentingnya Suara

Assalamualaikum..

Aku masih lagi belum baik daripada sakit tekak. Suara pun dah transform jadi suara ala-ala nyah. Tak kuasa mak tau! Dah macam-macam cara buat untuk pulihkan balik suara. Makan ubat untuk buang mukus dan petua madu dan buah lemon campur halia pun dah cuba, tapi suara masih lagi macam ni. Esok dah la kena buat persembahan koir sempena MAKSAK. Suara tak baik-baik lagi. T-T 

Nak ditambah pula, Jumaat depan ada pertandingan nasyid. Kalau menang peringkat saringan dapatlah pergi peringkat negeri Pulau Pinang. Dan kalau menang lagi, kita jumpa di Putrajaya. Tehee! Kumpulan nasyid SUK yang baru aku join ni agak membanggakan. Tahun lepas mereka dapat johan peringkat negeri. Aku harap kali ni pun kemenangan berpihak pada kumpulan nasyid ni sebab aku dah turut serta sekali. Insha Allah. :)

Dan aku nak berkongsi cerita Jumaat lepas. Unit kami telah buat satu perasmian bangunan di Bandar Gelugor, Kampung Buah Pala. Bangunan tersebut telah dinamakan Karpal Singh Learning Centre dan Akademi Badminton. Perasmian dibuat oleh Y.A.B Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Banyak majlis kami melibatkan CM. Kalau dulu boleh tengok dari jauh, sekarang ni depan mata boleh tengok dah. Dan tema bagi kami yang kena bertugas adalah warna hijau. Senang nak cam dari jauh katanya.