orang sedang baca :)

Saturday, May 7

Penang TANPA beg plastik!

situasi ::: seorang pengunjung yang bercuti di Pulau Pinang membeli-belah di Tesco.. setibanya beliau di kaunter pembayaran..


Cashier : semuanya RM95.39 (sambil senyum)
Aunty Lina : eh? takde beg plastik ke?
Cashier : takde.. tapi kalau puan nak plastik, puan kena bayar RM0.20 untuk setiap satu beg plastik yang puan nak..
Aunty Lina : mana boleh macam ni! nak plastik kena bayar! menyusahkan orang la macam ni! 


dari situasi di atas, jangan terkejut kalau korang tidak diberikan beg plastik sekiranya datang membeli belah di pasaraya sekitar Pulau Pinang.. dan sekiranya nak beg plastik, korang terpaksa bayar RM0.20.. mungkin bagi korang ni sesuatu yang baru.. tapi tidak pada kami, warga Pulau Pinang.. Meh sini aku nak cerita sikit pasal benda ni..




Kempen "Tanpa Beg Plastik" telah diperkenalkan di Pulau Pinang pada Julai 2009.. tapi pada masa tu, hanya setiap hari Isnin saja beg plastik tidak akan diberikan pada orang ramai yang membeli-belah di pasaraya.. percaya atau tidak, walaupun dengan hanya sehari seminggu kempen ni dijalankan, sebanyak 1juta beg plastik dapat dijimat dalam masa empat bulan.. hebat bukan? dan pada 1 Januari 2010, kempen ni dilanjutkan pulak kepada 3 hari pada setiap minggu.. iaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu.. pada mulanya memang la warga Pulau Pinang merungut.. termasuklah aku.. yela mana taknya.. beli barang banyak tapi takde beg plastik.. macam mana nak bawak barang kan? tapi lama-kelamaan orang ramai mula faham..dah takda lagi orang merungut.. malahan setiap kali shopping barang, dorang akan bawak beg sendiri.. malahan beg hijau jugak ada dijual di pasaraya.. bermula pada tahun 2011, kerajaan negeri Pulau Pinang mengharamkan terus penggunaan beg plastik dengan melancarkan kempen "Setiap Hari Tanpa Beg Plastik".. so setiap hari laa takda beg plastik.. haha.. warga Pulau Pinang yang dah biasa tak guna beg plastik takkan merungut punya.. sebab dah biasa.. even foreigners pun ikut jugak tak guna beg plastik hokayy..! just pelancong-pelancong dari negeri luar jela akan merungut sebab dorang tak biasa.. lawak gak tengok kalau dorg bertekak kat kaunter bila kena bayar RM0.20 kalau nak plastik..




selain beg plastik, kerajaan negeri Pulau Pinang jugak mengharamkan pengunaan polisterin makanan.. bagus betulkan? polisterin makanan ni actually bahaya sebab ada chemical.. plus polisterin makanan tak dapat dikitar semula sama macam plastik.. so dengan takdanye plastik n polisterin, secara tak langsung dapat menyelamatkan bumi kita yang makin lelah ni.. kesian bumi kita.. :( 


jadi..

SAY NO TO PLASTIC! 

SAY NO TO POLYSTYRENE!

LETS SAVE OUR EARTH!




p/s : Penang adalah negeri pertama yang buat kempen ni.. I'm proud to be a penangite! :D

3 comments:

Lyaa Suriany said...

oh kalau kat sini
hari sabtu hari tanpa plastic

Misz Farah said...

sabtu jee??? kat sini hari2 takde beg plastik.. :D

Anonymous said...

wassup ceriteramiszfarah.blogspot.com blogger discovered your site via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found site which offer to dramatically increase traffic to your site http://mass-backlinks.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer best services to increase website traffic at this website http://mass-backlinks.com