Monday, May 23

Peminat Seth Tan & Nora Elena???

yihaaaa.. hari ni hari isnin.. bermula lagi satu minggu baru dan minggu terakhir dalam bulan may.. hari isnin hari yg sangat di nanti-nantikan oleh peminat setia drama bersiri NORA ELENA.. drama ni makin best.. aku yg pada mulanya tak minat tiba-tiba terminat pulak.. ditambah plak dengan pelakonnya yg lawa dan kacak.. auwww.. Aaron Aziz & Siti Saleha.. Siti Saleha ni kalau tak silap aku adik kepada Sam Bunkface.. muka ala-ala chinese look gitu.. Aaron lak tak yah cakap la.. memang kacak pun.. ditambah plak dengan body beliau yg yummayy... disebabkan drama ni punya pasal, aku drive 120km/j dari penang-ipoh semata-mata tak nak terlepas tengok.. last-last tak sempat gak tengok.. terpaksa tengok kat tonton.. hahaha! pendek kata drama ni sangat-sangat best hokay!


mesti ramai yg dah tahu drama ni adalah adaptasi dari novel bertajuk "Kasih Yang Suci" karya Meen Zulaikha terbitan Karangkraf.. hah! bagi yg belum tahu sila ambik tahu.. setakat tengok kat tv tapi tak ambik tahu watpe kan..? sekarang adalah masa untuk anda ambik tahu.. sila tanya pada si handsome gugel kalau nak tau lebih banyak pasal drama ni.. :D




Sinopsis
Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.
Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.
Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut.
(sinopsis ni aku cilok, harap maklum..)
baca sinopsis je aku dah mula rasa teruja, sebab aku rasa novel dan drama yg diadaptasi tak mungkin akan sama 100%.. plus aku memang suka cerita yg ada unsur-unsur macam kawen paksa, kawen sebab kena tangkap basah, kawen tak rela dan blablabla.. dari tak suka dan takda rasa cinta tiba-tiba boleh tersuka dan jatuh cinta.. kalau ada novel yg berunsurkan cerita macam ni tolonggggg laaaa bagi aku baca.. minat kot~


nota kakipendek : rasa macam nak pi cari ja novel ni.. nak baca balik.. uwaaa.. sapa ada?? nak pinjam!!

No comments: