orang sedang baca :)

Saturday, April 30

Cik Pepel Kesayangan~!

Hari ni hari untuk Cik Pepel dimandikan.. hoyehh! actually takde la kotor sangat pun.. tapi disebabkan semalam terparking kereta bawah pokok.. hah! hambik habuan.. taik burung bersepah beb! sakit mata dan sakit hati bila tengok.. dah ibarat macam kereta taik dah cik pepel tu.. so habis kerja aku terus ke car wash sebelah rumah aku  ni.. niat aku nak cuci n vakum je la.. tapi boleh pulak si bangla tu suggest aku untuk wax cik pepel.. aku cakap la tak nak.. dah tu dia nak buat demo.. demo punya demo, ternyata memang kilat habis! berbeza dengan sebelum die wax.. dan dengan rasa teruja aku pun setuju.. sobs.. melayang duit aku rm40 untuk wax, rm3 untuk cuci dan rm4 untuk vakum.. total rm47..!! uwaaaaaaaaaa... :( tapi takpe.. aku puas hati sebab cik pepel bersinar je bawah cahaya matahari.. hehe.. ailaik bebeh!

cik pepel dikerjakan oleh mamat bangla ni..

sesi menyapu krim wax..

taraaaaa~!! cik pepel selepas hampir 2 jam di car wash..
akhirnya siap.. dalam gambar macam tak nampak kilat..
tapi depan-depan bersinar beb!

Playful Kiss

Sejak dua minggu yang lepas aku terkena demam Korea.. Drama korea 'Playful Kiss' ni aku tertengok secara tak sengaja kat TV8.. sekali tengok alamak!! Boyfriend aku laaaa.. Oh Kim Hyun Joong oppa!! ailapyu beri seterong!! <3

Cerita ni sangat menarik.. Mengisarkan seorang pelajar perempuan yang bernama Oh Ha Ni dari kelas belakang yang jatuh cinta dengan seorang lelaki kelas pertama yang bernama Baek Seung Jo dalam sekolah diorang.. Tapi Seoung Jo ni tak sukakan perempuan bodoh.. Walau macam mana pun Ha Ni ni tetap tak putus asa.. sampaikan satu hari ni rumah Ha Ni ni boleh plak roboh tiba-tiba disebabkan gempa bumi.. yang kelakarnya rumah dia je yang roboh.. rumah orang lain elok je terpacak.. hahahaha.. nak dijadikan cerita rupa-rupanya ayah Ha Ni dengan ayah Seoung Jo ni dah berkawan sejak diorang sekolah lagi.. bila ternampak berita gempa bumi tu, ayah Seoung Jo call broadcast televisyen tu.. then dari situ diorang jumpa balik ala-ala jejak kasih.. ayah Seoung Jo ajak diorang tinggal sekali sementara tunggu rumah baru Ha Ni dibina..

Bila dah tinggal kat satu rumah sekali cerita makin best.. Seoung Jo dengan Ha Ni asyik gaduh.. tapi si Ha Ni still sukakan Seoung Jo walau macam mana sekali pun.. Seoung Jo pun suka tapi biasalah lelaki.. ego! tak nak mengaku.. haihhh~ penat menaip.. so nak tau cerita ni macam mana kenalah tengok sendiri.. tak payah ikut sangat yang kat TV8 tu.. mengarut~! diorang dah dubbing ke bahasa mandarin.. dah tak original.. pastu nak tunggu plak setiap minggu hari sabtu.. so belilah DVD macam aku.. hehehe! tapi subtitle english la beb.. :p




p/s: cerita ni ada sambungan lagi.. diorang buat sambungan kat youtube..
       tapi tak kesah la.. hero dia handsome!!

Friday, April 29

Henna Oh Henna...

sementara nak tunggu pukul 9 malam untuk pick up kawan-kawan aku, Nadie and Aida, aku pun memulakan satu projek peribadi yang baru.. cadangnya nak keluar pukul 8 tapi si Aida ada hal pulak.. so kata sepakat keluar la pukul 9.. tapi aku sempat buat something.. hihihihi.. nak tau apa?? meh tengok gambar kat bawah ni.. ^^

sebelum tangan dibasuh.. tak kering lagi nih..

taraaaa~!!! lepas basuh.. ni la hasilnya.. :D

Blog yang Pertama~!!!

Assalamualaikum pembuka bicara.. Finally aku dah ada blog sendiri.. Asalnya blog ni diwujudkan untuk tujuan business tapi last-last aku tukar semua jadi blog peribadi aku sendiri.. Ni pun seharian aku buat benda ni.. belajar macam mana nak melawakan blog sendiri macam blog orang lain.. dan akhirnya tepat pukul 4.57petang aku dah hasilkan blog ni.. takde la lawa pun.. tapi agak puas hati la.. cuma aku nak touch up sikit buh lagu ke ape ke.. kasi meriah sikit.. (padahal takda orang nak baca pun) haiyakkk~!

So kegiatan aku di office seharian ini adalah mengedit blog ini.. duduk depan PC macam tekun je buat kerja.. padahal tengah tekun mengedit blog.. hahahak! Nak dijadikan cerita, tadi aku teman Chek Eyra pergi komtar dengan tujuan nak mencari manik untuk tudung beliau.. elok nak memblahkan diri hujan turun dengan selebat-lebatnya.. terpaksalah kami membeli payung, tu pun dah macam nak tercabut kaki cari payung dalam komtar.. tapi ada payung pun tak guna.. last-last aku lenjun jugak.. caittt~! hahaha..

woiiitt~! dah sampai waktu pulang kerja.. sampai sini je la first post aku.. akan diupdate lagi lepas ni.. adios bebeh!~