orang sedang baca :)

Friday, November 8

Review Filem : Highland Tower

It's Friday yawww..



Disebabkan hari Jumaat break time agak lama. Aku dengan dak-dak opismate gigih nak menonton filem Highland Tower ni. Sebab dengar kata macam seram jee.. macam takot jee.. macam best jee.. *sila baca seperti gaya shasha cantik* hehe..

Wayang start pukul 12.15. Kami gigih keluar awal sebab takut terlepas. Hehe. Banyak orang kata filem ni seram sangat-sangat sampai ada orang Brunei yang kena rasuk masa tayangan filem tu. Jadi aku nak tau juga betul ke seram sangat sampai jadi lagu tuuu.

Bagi aku filem ni biasa-biasa je. Elemen terkejut-terkejut memang ada. Tapi takda la seram mana pun. Pastu part yang  aku masih was-was adalah bila part tok bomoh tu nak suruh hantu yang kononnya bukan Shima tu ke tempat asal, boleh pulak kamera terpadam dengan tiba-tiba dengan alasan teknikal problem. Sangat cliché! Macam tak real plak aku rasa.

Jadi bagi aku, cerita ni layak untuk ditonton kat rumah je. Beli dvd dan tengok kat rumah sambil kunyah kudap-kudapan. Lagi best! Tapi terserah pada anda semua la nak tengok ke tak kat wayang. Sebab bagi aku cam tak berbaloi. Hehe.

Friday, November 1

Hoi esok Sabtu dahh!!

Salam..

Eksaited cheq nak balik Perak hari ni. Rasanya dah lama tak drive dari Penang-Perak-Penang. Dulu time raya lagi best. Sambil drive sambil dengar lagu raya. Sayu je rasa. Padahal bukan tak dapat balik raya kat kampung.

So hari ni dah tercheat diet sikit. 'Termakan' Subway. Tapi ada orang cakap tu healthy food. Cuma yang tak bagusnya ada roti. Tak halal untuk orang yang berdiet Atkins. Uhukk! Maafkan daku! ;( Takpa nanti aku akan exercise lagi buang berapa kalori yang aku makan tadi. Huhu.

Pastu Cik Mahirah dok mengajak teman dia kat Pusat Sumber pulak. Takut duduk sorang-sorang lettewww. Takpa la. Nasib baik lunch time hari ni lama. Kesian pula dia duduk scan paper sorang-sorang kat situ.

Sempat lagi senap menyenap gambar. Hoho!


Wajah pada 27 Zulhijjah 1434 :)

Petang semalam dengan rasa semangatnya konon nak pergi jogging kat Ocean View, Sungai Pinang. Tapi cuaca macam tak mengizinkan. Kebetulan pula hari Khamis hari untuk staf perempuan guna Gimnasium kat tingkat 7, Komtar. Sampai-sampai sana tak ramai pun orang. Ada la dalam 3 orang je yang ada kat situ. Jadi kami terus nyalakan treadmill dan berlari-lari macam biasa. Peluh tak payah cakap. Memang peluh habis satu badan. Syok plak rasa pergi gym ni. Memang kami akan pegi lagi la minggu depan. Free kot! Hehe.

seronok Cik Anum dan Cik Mahirah kita mengayuh basikal 



Berjalan-jalan dan berlari-lari atas treadmill. Hehe!

Monday, October 14

Berbuat baik dengan haiwan...

Alhamdulillah..

Dua hari lepas dapat panggilan daripada SUK Pulau Pinang. Dapat tawaran bekerja di sana. Kadang kala rezeki akan datang tanpa kita duga. Lepas berhenti kerja di syarikat yang banyak menipu hak-hak pekerja dengan pihak management yang tak betul (Indaland Properties), saya masih terkial-kial mencari pekerjaan baru. Tanpa diduga, dapat pula panggilan dari SUK. Ini dinamakan rezeki. :)

Ada orang yang cakap, salah satu sebab aku dapat kerja ni mungkin atas doa kucing-kucing yang aku selalu bagi makan. Dan ada yang cakap disebabkan aku selamatkan nyawa Guard maka dia doakan aku. kalau betul sangkaan tu, Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak. Aku selalu berpesan pada kucing-kucing yang aku bagi makan supaya doakan aku murah rezeki supaya aku akan selalu dapat beri mereka makan. Mungkin betul kata orang-orang tu.

Jadi janganlah kita kedekut memberi makanan pada kucing-kucing atau haiwan-haiwan lain sekalipun. Dengan memberi makan pada mereka tu ibarat bersedekah. Tak semestinya kita bersedekah hanya pada manusia. Haiwan-haiwan ni sentiasa berdoa pada orang yang melakukan kebaikan pada diri mereka tau.. :)


'Guard' kesayangan saya

Hai.. Nama saya Guard.
Muka saya legend tapi hati saya cute.
Hehehe.

Assalamualaikum.. Agak lama tak update blog ni. Hampir terlupa blog ni masih wujud.

Kali ni nak cerita sedikit mengenai salah satu kucing yang mendapat perhatian saya. Kucing di atas ni saya terjumpa di KFC Batu Gajah pada bulan 3 yang lepas. Pada mulanya saya jumpa saya hanya usap-usap kepalanya. Rasa kasihan pun ada sebab dia seolah-olah minta makanan pada setiap orang yang keluar dari pintu KFC. 

Selang beberapa hari kemudian, saya ke KFC lagi dan kucing ini masih di situ. Meminta simpati dari semua orang yang keluar dari pintu KFC. Pada waktu tu jam lebih kurang 1 pagi lebih. Saya terus buat keputusan untuk bawa kucing ini balik rumah. Dalam hati saya kata, sekurang-kurangnya di rumah nanti ada juga makanan yang saya boleh bagi sebab saya memang selalu bagi kucing-kucing di kawasan rumah saya makan. Nama 'Guard' ni ayah saya yang bagi sebab kucing ni selalu berada di kawasan porch rumah seolah-olah menjaga kawasan rumah saya. 

Pada satu hari, Guard balik rumah dengan keadaan kaki terhencut-hencut. Rupanya kaki dia bengkak dan bernanah. Saya hanya letak minyak gamat. Tapi lama-lama kaki Guard semakin teruk dan berulat. Saya bawa ke klinik dan doktor ada letak ubat untuk matikan ulat-ulat dalam kakinya. Lepas beberapa hari, kaki Guard semakin pulih walaupun masih terhencut-hencut.

Tapi baru-baru ni, saya lihat kakinya kembali teruk. Bernanah hingga keluarkan bau yang sangat busuk. Kadang-kadang Guard tak balik rumah untuk makan. Risau saya masa tu Allah saja yang tahu. Pada malam itu juga saya cari Guard di kawasan rumah sampai jumpa. Sangat terkejut saya bila ternampak Guard terbaring lemah di bawah kereta. Dan apabila saya panggil dia tidak menyahut seperti biasa. Terus saya buang rasa geli disebabkan busuk, angkat Guard dan letak di dalam porch rumah. Lebih mengejutkan saya, luka di kakinya sangat besar dan ulat-ulat besar berliang-liuk di dalam isi kakinya. Ya Allah! Kesiannya Guard. Saya hanya mampu berdoa supaya Guard akan terus bertahan sampai pagi esok kerana saya nekad nak bawa dia ke klinik. Saya akan cuba selamatkan Guard walau macam mana cara sekalipun.

Pada keesokkan paginya, cuaca sangat buruk. Angin bertiup kencang bersama hujan renyai-renyai. Guard telah hilang dari tempat yang saya letak. Saya terus mencari hingga saya tergerak hari nak mencari di kawasan semak. Ya Allah! Guard terbaring di dalam semak tu dengan keadaan lemah dalam hujan. Hampir menangis saya dibuatnya. Terus saya masukkan Guard di dalam pet carriage dan bawa ke klinik. Doktor beritahu saya Guard demam kuat dan nasib baik saya cepat bawa ke klinik. Kalau tidak mungkin dia dah mati. Ya Allah. Kesiannya dia. Doktor cakap Guard kena tinggal di klinik buat sementara kerana dia perlu dibius untuk doktor keluarkan ulat-ulat tu. Hampir 100 lebih ulat yang ada dikakinya sebab kakinya bengkak besar dan perlu berada di situ selama 4 hari. Kosnya pula RM250. Saya tak kisah tentang kos, saya hanya nak Guard selamat.

Sekarang ni Guard sudah seminggu lebih dalam pemantauan saya. Alhamdulillah Guard semakin sihat. Luka pun semakin mengecil walaupun masih belum pulih sepenuhnya. Saya terpaksa mengkuarantin Guard buat sementara waktu. Takut kalau lepaskan dia di luar, akan jadi balik macam sebelum ni. Luka masih belum baik dan ada nanah sikit2.

Hari pertama keluar dari klinik.
Luka masih besar.

Gambar 3 hari lepas. Alhamdulillah luka makin kecil.

Kecomelan Guard. Suka sangat tidur gaya kangkang gini.

Tidur kangkang lagi.

Mungkin orang akan cakap saya membazir duit kerana kos kesemuanya RM325. Tapi sebagai manusia, saya tak sanggup biarkan Guard menanggung sakit macam tu. Ada rasa tanggungjawab terhadap Guard sebab saya yang membawa Guard ke rumah. Tak semestinya nak berbuat baik perlu sesama manusia saja. Haiwan pun makhluk Allah yang berkongsi hidup dengan kita di mukabumi Allah. Buat baiklah sesama haiwan kerana setiap perbuatan baik kita, mereka akan mendoakan kesejahteraan kita. InsyaAllah.


Friday, February 8

Trip To Bandung 22/1/13 - 26/1/13 Last Part

Hey Ho! Assalamualaikum..

Dah berapa hari dah aku gigih meng'update' blog aku ni. Kali ni aku nak kongsi pula hari terakhir kami di Kota Bandung sebab keesokkkan harinya kami sudah mahu pulang.

25/1/13

Awal-awal pagi lagi kami sudah bersiap dan bersarapan. Semua dah tak sabar nak ke Tangkuban Perahu. Kami difahamkan oleh Dani perjalanan akan ambil masa sejam lebih. Sepanjang perjalanan kami dikelilingi kebun sayur dan bunga. Macam kat Cameron Highland pun ada. Udara nyaman dan sejuk. Tak payah pakai aircond pun. Sepanjang jalan tu juga kami tak pernahnya diam. Bersembang dari mula naik kereta sampailah ke atas puncak. Dani pun tak larat nak dengar kami bising rasanya. Tersengih-sengih dia dengar kami bising. Nasiblah kau Dani, dapat pelancong macam kami ni. Hehe.

Sampai di pintu masuk, kami dikenakan bayaran 50,000rp seorang (rm15+) untuk tiket masuk. Parking kereta pun kami kena bayarkan untuk supir, harganya aku lupa. Lepas buat bayaran, barulah jalan ala-ala ke Batu Feringgi bermula. Jalan macam ular kena palu. Bila dah sampai di puncak. Subhanallah! Sangat cantik dan ramai orang. Nak naik kuda pun boleh. Permandangan dari atas memang cantik. Gunung berapi ni masih lagi aktif kata si Dani. Aku pun tak tau betul ke tak. Dekat sejam jugalah kami di sini. Ambil gambar la, apalagi kan. Dan hati-hati di sini sebab ramai penjual keychain dan strawberry akan serbu korang. Kalau tak nak cakap je tak nak.


Gambar WAJIB ada pada setiap orang yang datang ke sini
Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah!
Ada sebuah menara yang tak berapa tinggi di situ


Rumah-rumah kecil tu adalah kedai-kedai yang
jual souvenir 









Selepas berada di Tangkuban Perahu selama sejam lebih. Kami minta Dani bawa kami ke kebun strawberry. Katanya di situ boleh petik sendiri buah strawberry. Setiap 1 kg hanya perlu bayar 60,000rp saja. Wah! Murah juga harga strawberry kat situ. Kebun strawberry ni dekat saja dengan Tangkuban Perahu. Turun saja dari kereta, kami dah diserbu dengan penjual souvenir. Haiyak! Aku rimas betul dengan dorang ni. Tak putus asa pujuk orang supaya beli souvenir dari dia.


Ini adalah pondok restoren yang ada di kebun strawberry
Gambar ni aku ambil masa tengah tunggu yang lain-lain
pergi tandas. Hujan turun masa ni.

Ini candid ye. Bukan berlakon.
Time ni ramai pula orang datang.

Cara petiknya, potong strawberry sekali
dengan tangkainya ye.
Bayaran untuk masuk ialah 10,000rp. Siap dapat minuman jus strawberry secara gratis lagi. Lepas dah petik buah strawberry, kami pun bayar. Padahal petik 10 biji je. Yang selebihnya kami dah 'ngap' siap-siap. Hehe. Lagipun tak banyak buah yang merah masa ni.

Destinasi seterusnya, kami minta Dani bawa kami ke Kampung Daun. Tempat yang wajib dikunjungi. Yang menarik tempat ni, konsep restoren ala-ala pondok gitu! Korang juga tak boleh suka-suka terus cari pondok korang ye. Harus ambil giliran. Kami pun masa ni tak tau apa-apa. Rasa pelik sebab ada announcement bagai. Rupa-rupanya kena ambil giliran dulu ya mbak! Jadi, sementara tunggu nama dipanggil, kami pun snap snap dulu. Hee!


We're here!! ;)
Agak lama juga kami tunggu untuk nama kami dipanggil. Bila dah dapat nombor kami terus cari. Agak belakang juga pondok kami ni. Tapi suasana di situ memang buat aku terpukau kejap. Pertama kali aku ke tempat makan macam tu. Pondok kami agak jauh dari orang ramai. Bagus juga sebab ada privacy. Kami ni dah la jenis bising, kalau gelak kuat tak hengat! Lama juga kami tunggu makanan sampai. Sejam rasanya. Tapi tunggu lama pun takpa, makanan kat situ sangat sedap! Berbaloi tunggu!

Kalau nak order atau panggil waiter
kena ketuk dulu benda ni ye.
Santai.. Kalau korang nak tidur pun boleh.
Siap ada bantal dan tilam lagi.

Lepas makan di Kampung Daun, Dani bawa kami ke Cihampelas Walk. Tapi malangnya, kat situ langsung tak menarik minat kami. Kami ada juga ke mall dorang, takda apa yang menarik pun. Kedai-kedai di Cihampelas pun biasa-biasa saja. Tak macam Factory Outlet. Tak sampai sejam pun kami kat situ. Terus kami ke kereta dan minta Dani bawa kami ke Rumah Mode buat kali kedua. Masih ada baju untuk Babah aku nak beli.


Lepas ke Rumah Mode, kami minta Dani bawa kami cari McDonald. Kami nak bungkus je makan di bilik. Nak kemas beg lagi. Maklumlah esok dah nak balik. Kami siap belanja Dani lagi tanda terima kasih kami pada dia, sebab dah bawa kami pusing-pusing Kota Bandung dan layan karenah kami. Esoknya seawal pukul 6 pagi Dani dah hantarkan kami ke airport. Pengalaman yang sangat best pada aku. Apa yang pasti, Bandung.. Aku pasti akan datang lagi!


Thursday, February 7

Trip To Bandung 22/1/13 - 26/1/12 Part 3

Sambungan dari post sebelum ni...

24/1/13

Pada hari selepas kami pulang dari Pasar Baru, kami sepakat untuk mengunakan khidmat supir pada hari keesokannya memandangkan kami perlu ke banyak tempat untuk ke Factory Outlet (FO). Nasib baik pihak hotel ada menyediakan pakej untuk sewa kereta. Bayaran pun berpatutan.

Keesokan hari selepas kami breakfast, kami ke lobby untuk menunggu kereta dan supir kami. Tak lama kemudian, pihak hotel bagitahu kenderaan kami sudah siap dan boleh dinaiki. Yang bestnya supir kami muda. Aku selalu bayangkan supir tu Pakcik-pakcik di sana yang akan bawa kami. Supir kami bernama Dani, umur 24 tahun katanya. Jadi kira boleh masuk la dengan kami yang 'muda-muda' juga. Hehe. 

Korang pula jangan cuba-cuba nak bawa kereta kat Bandung ni. Jalan raya dorang ni sangat bahaya. Sempit dan terlalu banyak kereta. Takdanya nak ikut garis putus-putus macam kat Malaysia. Semua main redah je, janji orang yang bawa kereta tu kena berani. Kalau tak korang tunggu la kat tengah-tengah simpang sampai esok pun belum tentu korang boleh jalan. Hehe. Dan membunyikan HON kereta itu adalah satu kemestian. Yang peliknya tak pula dorang marah. Kalau kat Malaysia mau dah kena maki. Dan aku perasan kereta-kereta di sana semuanya mewah-mewah belaka. Jarang la nak nampak kereta buruk. Semuanya buatan luar negara. Hebat betul!

Tempat pertama yang kami minta Dani bawa adalah Money Changer! Haduh! Duit dah aku belanjakan kat Pasar Baru, nak ke FO lagi, mana cukup! Semua orang terpaksa pinjam dulu dari Nadia sebab dia bawa cash RM banyak. Lepas dah tukar baru senang hati nak habiskan duit kat FO. Dani bawa kami ke FO di sekitar Jalan Dago. Banyak betul FO kat sini. Hampir semuanya kami masuk walaupun tak beli. Hehe!




Selepas penat pusing-pusing di FO sekitar Jalan Dago, kami minta Dani untuk bawa kami lunch. Dah lapar sangat dah masa ni. Jadi, Dani bawa kami makan di Restoren Simpang Tiga yang menyajikan makanan Sunda. Restoren ni banyak juga terdapat di Malaysia kalau tak silap aku. Di Ipoh ada satu restoren ni. Tapi ingin aku ingatkan di sini, bagi mereka yang pertama kali makan di sini, mereka akan hidangkan pelbagai jenis lauk pauk. Pendek kata, penuh satu meja dengan lauk saja. TAPI jangan pula korang sentuh kesemua lauk yang ada. Pilih lauk yang korang rasa korang nak saja. Yang tak nak tu letak tepi dan jangan sentuh. Sebab mereka akan kira makanan mana kita sentuh dan makan. Jangan korang gatal tangan kuis-kuis lauk yang tak nak tu ye. 


Nampak tak? Kami tak sentuh pun lauk yang kami tak nak. :)

Lepas dah isi perut, kami minta Dani bawa kami ke Toko Tiga. Toko Tiga ni terkenal dengan Jeans Original yang dijual dengan harga murah. Jeans branded korang boleh dapat dengan harga tersangatlah murah. Memang berbaloi. Di sini aku cuma beli T-shirt untuk babah aku. Jeans aku tak beli pun. Dari luar Toko Tiga ni nampak macam kedai biasa je, tapi bila korang dah masuk dalam, fuhh luas gila!


Toko Tiga ni berada betul-betul di tepi jalan besar.
Parking pun agak susah nak dapat.



 Lepas tu Dani bawa kami ke Rumah Mode di Jalan Setiabudi. Wah cantik betul Rumah Mode ni. Kami banyak bergambar lagi daripada shopping di sini. Ramai betul pelancong kat sini. Macam-macam ragam. Hiasan-hiasan di sini kebanyakkan patung ala-ala bali. Menakotkan pun ada. Aku tak shopping pun masa ni. Dah keletihan yang amat. Jadi, aku dan Nadie hanya rehat sambil bersantai di sekitar Rumah Mode ni.




Aku dan Nadie dah penat berjalan.
Nadia dan Fatiey je yang sambung shopping.


pintu gerbang untuk ke Rumah Mode

Waktu pun dah senja waktu kami keluar dari Rumah Mode. Aku dan Nadie terlebih dulu keluar dan tunggu yang lain-lain dalam kereta. Bila semua dah ada sekali, kami minta Dani bawa kami ke tempat makan yang sedap dan murah. Terus saja Dani bawa kami ke Dapur Sangkuriang yang agak terkenal tu. Tapi waktu kami sampai tu, kami difahamkan tempat dah penuh dibooking. Nak tak nak kami kena tapau saja makanan.

Meja-meja semuanya telah di booking oleh ejen pelancongan

Hiasan-hiasan di restoren. Wayang kulit gitu!
Lepas makanan dah siap, Dani hantar kami balik ke hotel. Esok kami akan ke Tangkuban Perahu pula. Tak sabar!

Bersambung...

Wednesday, February 6

Trip to Bandung 22/1/13 - 26/1/13 Part 2

Post ini sambungan dari yang sebelum ni...

Kami sampai di Lapangan Terbang Husein Sastranegara, Bandung dalam pukul 4 lebih. Kenapa macam tipu? Sebelum ni aku cakap penerbangan ambil masa selama 2 jam 5 minit. Ini kerana waktu di Indonesia lewat 1 jam dari waktu Malaysia. Aku tak tipu la, jangan risau! Aku sarankan sampai saja di Bandung dan pintu kapal terbang dah buka, cepat-cepat la korang turun dan terus beratur untuk cop passport. Sebabnya airport di Bandung ni kecil dan tak banyak kaunter. Kami kena beratur panjang untuk passport dicop. Lepas tu baru boleh ambil bagasi korang. Nak tunggu bagasi pun satu hal juga sebab tersangat lembab mereka nak hantarkan beg-beg tu. Dekat setengah jam juga la kami tunggu untuk dapatkan semua beg masing-masing.

Setelah selesai semuanya, kami pun keluar ke tempat menunggu. Tinjau-tinjau juga kalau-kalau ada orang yang memegang nama kami untuk di bawa ke hotel. Oh ya! Kami akan menginap di Orange Homes sepanjang kami berada di Bandung. Setelah agak buntu di situ disebabkan tak ada orang yang memegang nama kami. Nasib baik ada seorang pakcik yang aku rasa memandu teksi bertanya pada kami menginap di hotel mana. Lepas kami beritahu kami akan tinggal di Orange Homes, dia terus telefon hotel tersebut. Katanya hotel tu banyak berurusan dengan dia. Dia beritahu kami yang pengurusan hotel minta kami untuk naik teksi ke hotel dan tambang akan dibayar oleh mereke. Cett! Kenapa la tak bagitahu awal-awal. Penat je tunggu lama-lama.


Sampai di hotel dan check in, kami rehat-rehat dulu di dalam bilik. Yang paling bestnya, kami dapat online terus dengan menggunakan wifi dari dalam bilik. Tak perlu ke lobby untuk dapatkan signal wifi. Heaven! Kami difahamkan, hanya bilik di tingkat satu sahaja yang dapat signal wifi. Gempak hokay. Nak beli mobile internet pun bukan boleh. Nak kena roaming bagai.


Inilah Orange Homes!
Tempat tinggal kami selama
kami berada di Bandung.
Cantikkan?
Di hadapan bilik kami terdapat kolam
ikan koi yang besar

Kolam ikan Koi
Ikan-ikan yang sentiasa kelaparan.
Nganga je mulut. Kesian!

Aku dan Nadie tinggal di bilik no 17
manakala, Nadia dan Fatiey di bilik no 18



Bila malam tiba, kami pun minta receptionist hotel untuk carikan kami teksi Blue Bird. Perut perlu diisi ye! Tak lama lepas tu, teksi pun datang. Kami minta pemandu teksi tu hantarkan kami ke BTC Fashion Mall. Malangnya tak ada kedai makan pun di situ. Kami berjalan-jalan di sekitar situ dan akhirnya ada satu restoren yang bernama Kabayan yang menyajikan makanan sunda. Kami cuba makanan kat situ dan rasanya tak menepati tekak aku. Harga pun boleh tahan mahal. Oh ya, sebelum tu kami ada tapau KFC semasa di BTC. Mana la tau kalau tengah malam lapar, ada juga benda boleh makan. Lepas makan kami pun cari teksi dan balik ke bilik untuk rehat. Keesokkan harinya kena bangun awal untuk ke Pasar Baru Trade Centre!



KFC di sana lebih sedap dari KFC kita
walaupun ayamnya kecil (mereka guna ayam kampung).
Nasi pulak nasi putih biasa ye.
Bukan macam nasi ayam KFC kita. :)
Saus sambal (sos cili) mereka tak sedap!

23/1/13

Seawal 8 pagi waktu Bandung kami dah siap untuk bersarapan. Kami tak perlu risau kerana sarapan pagi akan disediakan oleh pihak hotel setiap hari. Sarapan yang disediakan pula berbeza-beza setiap hari walaupun tak banyak pilihan. Tapi alhamdulillah masih boleh diterima oleh tekak aku.


Nasi goreng, Cucur tempe, keropok dan jus Markisa.
Selepas bersarapan, kami minta receptionist hotel untuk carikan kami teksi sekali lagi untuk hantar kami ke Pasar Baru. Semuanya kami gamble, sebab memang tak ada pengalaman langsung di Bandung. Sampai sahaja di Pasar Baru, ada beberapa security guard yang nasihatkan kami untuk berhati-hati dengan handbag sebab banyak pencopek katanya. Dan guard-guard yang ada sangat bagus sebab mereka akan hantar pelancong yang datang ke tempat yang kita nak pergi. Sangat membantu! 

Ramai menjaja yang keychain dan fridge magnet di sini. Mereka akan memaksa korang beli dari mereka. Kalau tak nak beli, keraskan hati cakap tak nak, kalau tak mereka akan ikut korang sepanjang korang kat sana. Rimas bukan? Begitu juga dengan yang menjual air. Kesian memang la kesian, tapi kebersihan tu korang kena ingat. Jangan main beli sebarangan. Sakit perut nanti siapa yang susah? Aku memang keras-keras tak nak beli. Pujuk la macam mana pun aku tetap takkan beli. Kental bukan? Diorang ni ingat aku banyak duit ke. Haishhh! Banyak lagi benda lain aku nak beli.

Di sini banyak kain yang murah-murah. Kain ela, kain lace, kain cotton, kain sulam dan macam-macam lagi semuanya murah. Aku pun tak lepaskan peluang beli kain lace dan kain cotton untuk dibuat baju raya nanti. Senang nanti dah tak payah nak beli dah. Aku belikan aku dan mama aku masing-masing 2 pasang. 1 pasang lagi aku bagikan pada Kak Yong. Kalau korang nak beli kain cotton yang berkualiti dan cantik, aku cadangkan korang ke SONA KEDAI COTTON yang terletak di lantai 2. Kata pemilik kedai tu, dia ambil kain-kain ni dari kilang yang sama jakel ambil. Dari cara percakapan pemilik kedai tu, aku rasa dia orang Malaysia yang berbangsa Singh la. Hehe. Kami sempat lunch di food court mereka. Menu yang aku pilih adalah Ayam Penyet. Ayam dorang kecil kot!

Pusing punya pusing, kami singgah di kedai Angel Textile. Wah! Orang-orang kat kedai tu bukan main kipas kami. Maklumlah kami ni kan jutawan segera kat sana. Haha! Layanan dorang memang tip top. Dorang akan usaha buka kain-kain yang ada untuk kami tengok. Kalau tak nak pun tak apa, dorang tak marah pun. Kalau kat Malaysia mau dah kena maki. Hehe! Siap bagi kami air mineral secara gratis tu. Kali pertama datang aku beli 2 pasang. Kawan-kawan yang lain pun ada beli juga di sini. Lepas tu kami cakap pada dorang kami nak jalan-jalan dulu. At last terpaksa juga datang sini balik sebab kedai lain mahal dari kedai ni. Hehe. Last-last semua beli kat sini je. Suka betul orang kedai ni bila kami datang. Korang boleh dapatkan kain lace dan kain inner sepasang dengan harga serendah 160000rp = rm48. Gila tak murah?!


Angel Textile, kedai ni jadi pilihan kami
sebab harga kedai ni sangat murah berbanding yang lain.

Acara survey menyurvey bermula

kain pelikat Gajah Duduk dan Gajah Berdiri
peliknya jenama dia. Hehe :p
Lepas dah memborong dan tawaf satu Pasar Baru, nasib baik ada seorang pembantu dari kedai Angel Textile tadi yang sudi angkat barang-barang kami yang banyak. Harus la kan, dah kami borong dari kedai dia! Sampai sahaja di bawah, kami perlu cari teksi secepat mungkin sebab ramai penjaja keychain yang serbu kami. Kami naik saja teksi yang ada di situ tanpa tengok teksi tu teksi Blue Bird atau tidak. Bila dah naik, ternyata itu bukan teksi Blue Bird kerana tak ada meter langsung! Dalam hati aku rasa mesti dia nak ketuk kami punya! Padahal aku dah ingatkan kawan-kawan yang lain kena hati-hati masa pilih teksi. Dan perkara tu betul-betul berlaku. Sampai saja di hotel dan tanya berapa tambang, kami kena bayar seorang 25000rp. Empat orang jadinya 100000rp. Mahal tu! Dalam hati memang aku dah maki-maki driver tu. Bila Fatiey tanya kenapa mahal sangat, katanya barang kami banyak. Kalau naik Blue Bird, tambangnya baru 25000rp sekali pergi. Cekik darah! Jadi, pada mereka yang nak naik teksi di sana, hati-hati ye! Sila pilih teksi Blue Bird sebab dorang memang takkan tipu.

Kami sampai di hotel agak petang juga waktu tu. Jadi kami bercadang untuk rehat sekejap dan keluar untuk dinner pula pada malam harinya. Dan malam tu kami ke Giant Hypermarket. Tak sangka pula sana pun ada Giant macam kita. Hehe. Di bawah Giant ada deretan gerai makan, aku dan Nadie pilih untuk beli Nasi Goreng Beda. Apa yang beda pun entah. Kami tapau bawa balik makan di bilik. Lebih selesa. Boleh makan sambil tengok tv. Nasi goreng tu boleh masuk ke tekak aku. Alhamdulillah.

Giant di Bandung

bersambung...


Trip To Bandung 22/1/13 - 26/1/13 Part 1

Assalamualaikum semua!

Dah lama tak update blog aku ni. Si Aida pun dok tanya bila aku nak update. Sebenarnya kemalasan melanda diriku. Dalam fikiran asyik dok nanti...nanti... Haa malam ni boleh ter'rajin' nak update pulak. Hihiks! :p

Tunggu punya tunggu... Akhirnya waktu yang ditunggu pun tiba! Trip ke Bandung ni aku dan kawan-kawan dah plan setahun yang lepas. Masa Air Asia buat promosi lagi. Tiket murah maa masa tu. Tanpa fikir panjang kami pun beli, padahal masa tu aku 50-50 tak tau betul ke tak aku nak pergi. Dan yang paling menyedihkan, boleh pula masa betul-betul hampir nak pergi tu, Bank Muamalat tak nak sambungkan kontrak aku. Ciss kau Muamalat! Budget pun dah kurang time tu. Lagi membuatkan aku 50-50 nak pergi. At last aku buat keputusan untuk pergi juga! Bukan selalu dapat peluang nak pergi, tambahan lagi kalau aku dah kerja nanti bila masa pula aku nak bercuti lagi. Ye tak?

Sehari sebelum aku bertolak ke Bandung, aku ke Penang dulu. Kenapa tak terus ke LCCT? Haa...sebab aku akan naik dari Penang ke LCCT. Kental kan? Kenapa la Air Asia tak buat dari Penang terus ke Bandung? Nak kena tambah budget lagi kat situ. Puih! Sehari sebelum bertolak, aku dah tukar siap-siap duit Indonesia Rupiah (IDR). Luckily, masa aku tukar tu rate masih rendah dalam rm311 = 1juta IDR. Aku tukar dalam 2juta IDR je. Kononnya tak nak shopping, yela aku kan dah mengganggur, pergi pun sekadar nak jalan-jalan dan tengok tempat orang je.

22 Januari 2013

Keesokan paginya, aku dan Nadie dah bangun awal dan bersiap ke Penang International Airport (PIA) untuk flight kami ke LCCT. Sebelum tu kami breakfast dulu di McDonald PIA. Aku temankan Nadia dan Nadie makan je. Lepas makan kami pun mulakan process timbang bagasi dan tunggu siap-siap di departure hall kemudian beratur untuk naik ke dalam kapal terbang.


menemani kawan-kawan bersarapan di McDonald





Lapangan terbang.. memang lapang!

Kami berada di atas awan nano.. cantik!

Kami sampai di LCCT dalam pukul 11 pagi lebih. Kami kena transit selama 2 jam di LCCT sebab flight ke Bandung pukul 3.30petang. Sempatlah kami lunch dulu di LCCT. Tapi yang paling aku tak tahan, LCCT sangat tak convenience. Dah la panas, sesak dengan manusia pula tu. Nak tak nak kami terpaksa lepak dulu di Old Town White Coffee LCCT untuk makan dan tunggu masa hingga pukul 2 petang. Kebetulan masa tu kami nampak pasangan Farah Lee dan Ally Iskandar pun lepak di Old Town. Tak sio teman tengok. Hehe.

Lepas isi perut dan rehat kejap, kawan kepada Nadia pun dah sampai, kami pun gerak untuk print boarding pass dan check in bagasi. Lepas dah habis selesai semua process termasuk imigeresen, aku lega gila! Yela, takut jugak buatnya tiba-tiba tak lepas imigeresen sebab kena blacklisted ptptn tak ke naya aku. Hehe! Sekarang masa untuk terbang ke BANDUNG! Penantian selama setahun akhirnya berakhir jua! Yeahh! Kami naik pesawat QZ. Bermakna kami naik pesawat dari Air Asia Indonesia. Waduh-waduh! Pramugara dan pramugari mereka ganteng-ganteng dan cantik-cantik bangat sih! Penerbangan ambil masa selama 2 jam 5 minit untuk sampai ke Bandung.


Aku dan Nadie dapat seat di belakang.
Dekat dengan sayap kapal terbang. hiks!

Berlepas! Malaysia masih di bawah...


Nadie cuba-cuba untuk mengorat pramugara
dengan membeli coke berharga 8000rp.
hasilnya, TAK BERJAYA! Hehe

Sekali lagi aku failed untuk ambil gambar
menggunakan camera phone aku.
Hasilnya, aku tetap nampak sekerat!

Hampir sampai.. Sila pasang tali keselamatan anda! :)

Bersambung...