orang sedang baca :)

Friday, April 29

Aku reda..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua..

Minggu yang agak sukar aku lalui. Aku tahu semua sibuk nak tau apa dah jadi kat aku. Ramai yang whatsapp. Tanyakan keadaan aku. Tapi aku tak reply walau seorang pun. Minta maaf banyak-banyak. Sebab aku tak kuat dan masih bermain dengan emosi aku sendiri. Kesempatan ini aku akan ceritakan apa yang aku dah lalui.

Aku disahkan pregnant dan masa tu doktor kata aku dah 6 minggu. Aku tak buat langsung scan untuk check baby. Kata orang tua-tua tak elok scan awal-awal. So aku ikutkan. Pada 8 minggu baru aku ke klinik kesihatan ibu dan anak untuk buat buku merah. Masa doktor check dan scan, baby aku tak nampak. Hanya nampak kantung saja. Kata doktor baby aku kecik lagi so tak nampak lagi. Aku stay positif masa tu walaupun aku dah mula risau. Kawan-kawan aku pun cakap benda yang sama, baby aku kecik lagi. Tapi aku dah start mengadu pada husband aku, sepatutnya pada usia kandungan 2 bulan iaitu 8 minggu, baby sepatutnya dah develope. Tapi husband cakap tunggu lagi 2 minggu untuk scan dengan doktor. Sebab doktor bagi tempoh lagi 2 minggu untuk scan lagi. Ya, aku still fikir positif. Selang 2 hari, kebetulan masa tu aku memang ada di Ipoh, aku ajak mama untuk scan kat klinik swasta jugak sebab aku dah mula risau. Masa scan, doktor cakap "ni baby awak.. ada.. siapa cakap takda.." Masa tu memang aku tersangat lega.

Minggu seterusnya, aku kena pegi kursus di Kuantan Pahang pulak. Macam-maca nasihat orang bagi. Jangan angkat benda berat, jangan lasak sangat, jangan jalan banyak. Sampai kat tempat kursus, bayangkan dengan beg yang berat tu aku kena angkut naik tangga. Aku anggap saja tu macam dugaan aku. Aku masih kuat sebab rasa macam tenaga masih ada. Aktiviti yang dijalankan masa kursus pun aku ikut serta. Tapi satu malam tu tiba-tiba aku bleeding. Tak banyak pun, sikit je. Aku tak rasa tu serius. Esoknya baru bagitau pada urusetia, kena ke hospital. Lepas check semua, doktor kata baby aku okay. Bleeding mungkin sebab aku lasak hari tu. Banyak berjalan. Dan aku rasa lega.

Minggu lepas aku ke KKIA untuk temujanji scan baby. Masa scan tu kandungan aku 10 minggu dah. Tapi doktor kata masih belum nampak baby. Aku agak marah masa tu. Aku salahkan mesin scan klinik kerajaan yang kononnya tak canggih. Sebab aku scan di klinik swasta boleh je nampak baby aku. Aku ajak husband ke klinik swasta lain untuk scan sebab aku tak puas hati dengan result scan di KKIA. Ajak husband sampai ke klinik di Seberang Jaya untuk scan. Dan result di klinik tu pun sama macam di KKIA. Hanya kantung kosong, baby tak ada. Sedihnya hati masa tu Allah saja tau. Aku dah rasa yang baby aku macam dah tak ada lagi.

Malam tu aku bleeding lagi. Sama macam masa aku kursus di Pahang. Aku plan pula dengan husband untuk check di klinik pakar di Sungai Petani. Dengan harapan kalau di klinik pakar mungkin kelengkapan yang ada boleh menampakkan baby kami. Stay positif, mungkin baby menyorok. Sampai masa untuk scan di klinik pakar, masa scan tu muka doktor tu dah lain. "This is not good, girl.." Masa tu aku tak tau nak react macam mana dah. Hati sedih sangat. Katanya baby aku tak berkembang. Takda heartbeat. Bermaksud baby aku dah meninggal. Baby aku hanya sebesar 0.34cm sahaja. Dan kalau mengikut kandungan aku masa tu sepatutnya baby dah ada sifat. Doktor tu pun baik, dia banyak bagi kata-kata positif. Katanya ada hikmah benda ni jadi. Selalunya baby yang tak menjadi ni, ada kecacatan pada baby tu. Kalau pun baby tu hidup, dia akan mengalami kecacatan. Dan ada sebab kenapa Allah hentikan kejadian baby tu. Aku nampak riak muka husband aku. Aku tau dia sedih. I minta maaf sebab I tak jaga baby kita baik-baik. Balik tu aku menangis, tak dapat nak sorok dah kesedihan aku. :(

Petang tu husband aku cerita pada kakak ipar aku tentang baby kami. Dan dia cadangkan aku ke hospital Sungai Petani untuk check. Nak tak nak aku kena la ke hospital jugak. Aku risau dan aku nak tau apa yang jadi pada baby aku sebenarnya. Tak pasal-pasal aku kena tahan wad untuk jumpa dengan doktor pakar. Hari yang sama aku rasa lebih dari 5 kali perut aku kena scan. Tapi masih kantung kosong. Last sekali doktor scan dari bawah. Baru la nampak baby aku. Dan apa yang doktor pakar bagitau aku, baby aku sebenarnya dah tak ada. Dah tak ada dengupan jantung. Kedudukan baby aku dah jatuh sebab tu tak nampak dalam kantung. Dan doktor cadangkan untuk D&C. Hati masa tu dah macam nak gugur. Sedih. Air mata dah mengalir. Tapi aku tau aku kena kuat. Macam mana pun aku tetap kena lalui semua ni.

25 April 2016.
Aku kena menjalani D&C. Dari pukul 2 pagi aku kena puasa. Actually aku ada curi minum sebab aku batuk dah seminggu lebih tak baik-baik lagi. Tekak gatal. Bila nurse tanya ada makan minum tak, aku tidakkan aje. Kena bius separuh badan. Dah macam patung aku jadi masa tu. Kangkang depan berapa orang pun ntah la. Selak sana selak sini. Dalam keadaan sedar. Dah la dalam bilik bedah tu kemain sejuk. Boleh pula tanya aku sejuk tak. Aku nak cakap pun takda kudrat. Boleh angguk je. Dah kena selimut pun masih sejuk lagi. Pinggang ke bawah memang tak rasa apa dah. Sejuk je rasa. Sedar-sedar doktor kata dah selesai. 6 jam aku dilarang untuk bangun. Kaki pun masih tak rasa apa-apa. Bila batuk seksa betul, bawah perut rasa sakit. Memang tidur je la aku masa tu. Bangun pun tak boleh. Bila sedar husband ngan mak mertua datang. Husband suapkan bubur pun dalam keadaan baring. Bila bius dah habis, aku tak rasa sakit pun. Rasa macam biasa. Tu yang aku pelik. Sebab ada orang kata memang akan rasa sakit lepas bius tu habis. Alhamdulillah aku tak rasa sakit. Cuma darah tu ada la. Tapi tak banyak pun. Even sampai sekarang pun masih ada darah keluar. Sikit-sikit je. Cuma malam tu je aku stress bila dengar bunyi baby menangis kat wad tu. Mula la aku teringat baby aku yang dah takda dalam perut. Usap-usap perut sambil cakap, anak mama dah tak ada. Ayaq mata bergenang lagi. Sampai satu tahap aku rasa ishhh jangan aku meroyan sudah la.

Sekarang hari ke 4. Masih ramai yang whatsapp tanya keadaan aku. Aku alhamdulillah masih okay hingga tahap ni. Aku reda dengan apa yang dah jadi pada aku. Bukan rezeki aku dan husband lagi. Tapi kami akan usaaaaahaaaaaa sampai dapat baby lagi. Hehe. Cuma sekarang ni aku perlukan moral support. Aku perlukan motivasi dari orang-orang keliling aku. Aku perlukan support untuk berpantang dari laki aku. Jangan makan benda yang aku tak boleh makan depan aku. Ni takkkkkk! Dah tau aku tak boleh makan, pi hentam gak depan aku. Tak motivate langsung! haaaa baca ni yangggg! I tau u akan baca. So aku mohon kawan-kawan doakan yang baik-baik saja. Doakan akan ada peluang untuk aku pregnant lagi lepas ni.

Untuk anak mama, walaupun awak ada sekejap je dalam perut mama, mama tetap dah sayangkan awak. Mama sedih bila awak betul-betul dah tak ada dalam perut mama. Mama harap di sana nanti mama dapat jumpa dengan awak. :'( mama sayang awak.

Allah takkan uji perkara di luar kemampuan hambaNya. Ya, aku reda...

Monday, March 21

I'm pregnant ~ 1st episod

Assalamualaikum.

Bertemu lagi kat sini. Sejak-sejak dah tau yang aku mengandung ni. Cepat nau aku lapar. Kejap-kejap nak mengunyah. Bangun pagi-pagi pegi keje, sampai je office perut dah meragam lapar. Susah gak la sebab sebelum ni memang waktu makan aku pukul 9-10.30 pagi. Tapi sekarang sebelum pukul 8 pagi perut dah pedih. T-T

Banyak jugak mulut-mulut yang bersuara, katanya awal sangat aku pregnant sebab baru ja kawen. Amboihhh, ada la tu... nak kata benda tak elok. Untuk makluman semua, aku nikah pada 29 Januari 2016 yang lepas. Kira aku memang bunting pelamin la. Ditambah pula dengan kepower-an husband aku. Ehhh! Haha. Gurau ja. Allah nak bagi rezeki awal pada aku. Haruslah aku terima. Rezeki lepas kawen ni kan dalam pelbagai bentuk. Tak semestinya anak. Harap kawan-kawan aku yang masih belum dikurniakan anak jangan terasa yer. Insha Allah ada rezeki anak tu nanti.

Khamis lepas masa di office, satu badan aku lembik. Seram sejuk sampai ke tulang rasanya. Memang dah demam. Jadi malam tu husband dan mak mertua datang ambil balik ke Sungai Petani. Singgah kat klinik untuk sahkan sekali pregnant aku ni. Lepas jumpa doktor and ambil urine kena tunggu jap test result urine tu. Tak lama lepas doktor panggil dan sah kan aku pregnant. Hehe. Mengikut kiraan last period aku, doktor anggarkan baby aku dah 6 minggu. Insha Allah 13.11.2016 baby aku akan lahir. Dia nasihatkan aku ke klinik kerajaan untuk buat buku pink. Tak boleh lebih dari 13 minggu. Insha Allah minggu depan baru aku akan buat buku pink.

So far takda lagi alahan teruk-teruk yang aku rasa. Cuma muntah tu ada la bila terbau benda yang aku tak tahan. Yang paling ketara sekali aku cepat rasa mengantuk. Letak kepala ja aku boleh tidur terus. Tambah pula cuaca panas ni tekak aku memang kering and sakit. Dah makan macam-macam benda untuk baikkan tekak tapi tak jugak baik. Dugaan betul. Okay la. Nak nap sat. :)

Monday, March 14

Alhamdulillah. I'm Pregnant!

Assalamualaikum.

Entry kali ni nak cerita tentang perancangan keluarga. Haha. Ini sains bab 1 tingkatan 3 yer. Semua orang tahu nak dapatkan anak mesti masa seorang wanita tu subur. Telur dilepaskan untuk bersama-sama kekasihnya sperma. So aku akui period aku susah nak predict. Memang every month datang tp recycle date dia tak tetap. Agak susah aku nak predict waktu subur aku. 

Jadi nak dijadikan cerita aku ada beli satu test kit ni. Kebetulan masa tu kat lazada jual murah. Tapi shipping from China. Nak terima tu dalam 2-3minggu. Total aku beli 50 strips dengan harga RM37. Aku tengok kat FB orang jual mahai betul. Padahal benda yang sama. Sebaik ja aku dapat test kit tu, balik tu aku check tapi keputusan 1 line je. Hampa! Salah sendiri la sebab masa check tu belum waktu subur lagi.

Lepas hari ke 14 tu, aku check guna test kit tu tapi still takda line. Hari-hari aku check. Mungkin sebab aku jenis tak sabar. Tengok takde je terus buang strip tu. Lama-lama aku jadi malas nak pedulik dah. Subur tak subur lantak kau situ.

Ni contoh Ovulation  test tu

Sampai minggu lepas, aku rasa badan mcm lemau semacam. Serba serbi tak larat. Asyik mengantuk je. Orang datang office kerja, aku datang office lena. Suami bawak kereta kat sebelah aku boleh terlelap. Dua tiga hari lepas tu, tergerak aku nak check aku pregnant ke tak. Gigih la pergi watson cari test kit paling murah. Haha. Nampak nau aku kedekut. Malam tu masa aku mandi aku pun try check, macam tak ada pun dua line. Aku macam dah fed up. Biarkan test tu dok sorang-sorang kat sinki, aku mandi macam biasa. Lepas mandi aku try tengok lagi sekali. Ehhhhh! Ada dua line. Tapi line kedua tu sangat kabur. Antara nampak tak nampak. Terus hati berbunga-bunga. Ambil gambar pastu whatsapp kat suami. "U nampak 1 line ke 2 line?" punya payah dia nak jawab. Well, man always a man. Ok, dia kata nampak 2 line. Terus aku nekad pagi esok subuh-subuh nak check lagi sekali. Dan esoknya check tetap sama. 2 line tapi kabur. Aku rasa Ovulation test tu pun aku check sekali imbas je tak teliti betul-betul. Padahal 2 line kabur-kabur jugak rasanya.

Aku guna test kit lain-lain brand atas nasihat
kawan-kawan supaya nampak beza

Jumaat lepas aku bila badan-badan aku sakit, aku memang cadang nak ambil mc dan rehat kat rumah. Alang-alang nak ke klinik aku rasa better aku check terus sama ada aku betul pregnant ke tak. So bila jumpa doktor dan aku tunjuk UPT aku kat dia, dia kata mungkin pregnant dan minta buat test guna test kit dia. Katanya, klinik dia punya lagi accurate dan lagi sensitif untuk detect hormon HCG. Lepas buat, memang NEGATIVE! Dia kata aku tak mengandung. Fuh rasa macam seketul batu hempap kepala aku. Hampa nyaaa! Aku argue dengan dia tanya kenapa aku buat boleh keluar 2 line walaupun tak clear. But still boleh tengok line kedua tu. Dia kata kemungkinan test kit aku expired. Huhhh.. agak-agak la, takkan la watson jual test kit expired dan aku bukanlah bodoh tak reti tengok expired ke tak benda tu. Siap suh aku bawak balik test kit tu sebagai bukti. Baik campak dalam tong sampah je. Rasa nak maki-maki je doktor tu. Marah marah...

Lepas tu terus aku ke watson dan beli test kit paling mahai. Yang ni kalau result dia negative memang aku akan nangis. Dah la beli mahal. Pastu negative pulak. Dengan penuh kesabaran, balik tu terus aku check urine. Lama betul tunggu result dia loading. Debar-debar rasa. Dan keputusannya....

...........................................................


..................................................


............................................


......................................


..............................


.......................


...............


...........


......




Alhamdulillah. Orang cakap clearblue ni memang accurate result dia. Meyakinkan lagi yang ada insan kecik dalam perut aku. Terus bagitau suami, mama, mak, kakak dan kawan-kawan aku. Banyak nasihat yang dorang bagi. Kandungan aku sekarang dianggarkan 3-4 minggu mengikut bacaan pada test di atas. Alhamdulillah syukur ya Allah. Aku akan jadi mama. Ilham akan jadi abah. =)

Saya Sudah Berstatus Puan ~

Hi Assalamualaikum.

Hampir terlupa ada blog. Haha. So rasanya ini entry pertama untuk tahun 2016. Hehe. Last punya entry adalah pada December tahun lepas. Yerlah start december aku dah busy dengan persiapan majlis kahwin aku. Haaaaa.. kini aku telah bergelar Puan.. Puan Farazzatul gituh! Rasa lain bila orang panggil aku puan masa kat office. Haha. 

Kalau nak cite bab kawen, alhamdulillah semua berjalan lancar. Ada sikit-sikit kelam kabut tu biasa la. Takda orang perfect kan. Ramai sangat orang datang sampai ada jugak kawan-kawan aku yang tak sempat aku nak layan. Maaaafffff sangat-sangat ye uollsss.. =( Outdoor photoshoot pun buat biasa-biasa je. Almaklumlah aku ni mana reti nak posing-posing. Selfie pandai ah. Haha. Photographer cadangkan buat di kelab golf belah Batu Gajah. Aku lupa nama kelab tu. Tapi kami tak masuk pun dalam tu. Amik dekat luar je. Jadilah dari takde kan. Redup la sikit kalau nak pegi tempat lain memang azab la. Panas nak meninggal hari tu. Dengan baju sanding hangat lit lit berjurai-jurai and berat bagai.




Untuk makluman, aku memang suka berinai. So bab-bab berinai ni memang aku sangat cerewet. Aku tak suka pakai inai yang dalam tiub tu sebab cepat hilang. Kena air sabun cepat je pudar warna dia. So aku bagitau mama aku yang aku nak inai daun. Biar renyah nak ceraikan daun inai tapi hasilnya aku puas hati. Selagi tak merah selagi tu ulang pakai. Maklang aku yang inaikan aku selama 3 malam. Haha. Keras kejung badan bila dah dipakaikan inai kat kaki tangan. Nak cantik merah punya pasal aku sanggup je. Hehe. 

Sehari sebelum nikah, aku ada jemput sorang akak yang ukir inai pengantin datang rumah. Aku memang dah booking akak ni lama. Lepas-lepas bertunang terus aku cari. Alhamdulillah akak ni memang duduk kat Batu Gajah. Jadi dah menyenangkan kerja aku. Save cost upah akak ni datang. Dia caj duit ukir inai je. Total aku dikenakan sebanyak rm72 (termasuk mama dan jiran aku). Puas hati sebab cantik dan kemas. Boleh pilih corak yang kita suka. Nak sarat sampai siku pun boleh.


Seminggu lepas tu majlis bertandang kat rumah belah suami aku pulak. Tak ada sanding-sanding. Kenduri sahaja. Masa ni la nak jumpa dengan sedara belah suami pulak. Ramainya laaaa sedara belah dia. Aku memang tak tau mana satu. Asyik tanya je " tu sapa?" "yang ni pula sapa dia?" hehe. Segan jangan kata la. Bila kita jadi tumpuan dan semua tengok kita. Tapi alhamdulillah semua berjalan lancar. Bila semua dah selesai memang rasa lega sangat-sangat. Macam seketul batu atas kepala dah hilang. Baru boleh pikir pasal nak merancang keluarga pulak kan? Ehhh...! haha.. =D

Pasal merancang keluarga nanti aku kat cerita entry seterusnya..