orang sedang baca :)

Monday, May 30

Review : Karak ~

heeshh.. lamanya tak update blog ni.. dah bersawang dah agaknya.. bukan apa, banyak sangat kerja.. plus minggu lepas aku busy macam nak gila.. dengan kerja kat office lagi.. TNB dok buat gila plak last minute.. seminar lagi.. dengan kenduri kawen lagi.. tp dalam tengah busy tu sempat gak la aku menonton filem KARAK.. cerita ni masa mula-mula diperkatakan aku dah mula teruja gila nak menonton.. sebabnya KRU yang buat.. korang tau je la kan KRU kalau buat filem macam mana.. gempak n kreatif.. so sehari sebelum ditayangkan aku dah beli tiket.. punya la excited punya pasal..




so mula-mula cerita dah ada babak seram, di mana pasangan suami isteri ni tengah stuck kat tengah-tengah jalan.. kereta rosak.. so si suami ni cakap dia nak pergi cari bantuan dan suruh si isteri tunggu dalam kereta, dan pesan kalau takut pasang kaset ayat-ayat al-quran.. so si suami pun pun pergi cari bantuan, bila ada je kereta lalu, kebanyakkan tak mau berhenti.. sampai ada satu lori ni, dia lalu tp sempat dia cakap pada si suami tu tengok belakang.. so dia pun tengok la belakang.. jeng jeng jeng..! baik punya hantu tu dok terapung belakang dia dan terus ngappp! sementara dalam kereta plak si isteri pasang ayat al-quran tp baby dorang asyik nangis je.. mungkin sbb baby boleh nampak benda-benda halus kot.. pastu tak pasal2 ayat al-quran yg dipasang mati sendiri.. fuhhh nasib baik tak lama lepas tu ada kereta peronda polis sampai.. yg peliknya dorang acukan pistol kat si isteri tu.. nampak macam dia penjenayah plak.. dia diarahkan keluar dan jangan pandang belakang.. degil punya pasal, dia toleh gak.. hambik kau.. laki dia kena makan dengan hantu.. hantu pun macam hantu galah.. kaki panjang muka hodoh.. eeeeee..~ n u all guess what, tu semua cerita je.. si shahir cerita kat kawan2 dia masa dalam kereta.. time tu jalan tengah jem..










disebabkan jalan jem.. dorang amik jalan singkat ikut jalan lama karak.. tengah dalam perjalanan tu, tiba-tiba si jack ni (pemandu) nak buang air.. dorang singkat kejap tepi jalan.. siap ada abg jual burger.. yg si kilafairy ni plak tergedik-gedik lapar.. ahh sudah! aku tak suka gila watak kilafairy ni.. gedik terlebih sangat.. tambah dosa je aku tengok cerita ni sebab asyik maki perempuan ni.. ok sambung, masa si jack ni nak cari toilet, ada sorang budak laki pakai baju sekolah (hantu) kacau dia.. ayat dia camni "abang.. nampak mak saya tak?" pastu kalih2 hilang.. haihh main-main plak.. pastu ada la insiden-insiden aneh berlaku.. korang tengok sendiri la.. then masa nak balik ke kereta, ada plak perempuan ala-ala macam orang dulu-dulu siap pakai kebaya tegur jack ni plak.. "encik.. boleh bantu saya tak?" jelingan dia mak aii.. seeraaammm~! sampai sekarang aku tergiang-giang ayat dia.. pastu mintak hantarkan dia balik rumah plak.. jack tak mau.. sbb dia cakap ada kawan-kawan dia dalam kereta.. dia boleh plak cakap kat hantu tu, kenapa keluar malam-malam.. tak takut ke.. lain la kalau cik ni hantu.. tp kalau hantu mesti tak lawa macam ni.. mesti kepala takda ke.. pastu dia mintak diri.. elok nak je blah, hantu tu cakap "takda kepala macam ni ke..?" mak aiii.. dia putuskan kepala dia.. siap kepala dia tergolek depan jack.. hahaha.. apa lagi lintang pukang kawan tu lari.. pastu korang tengok sendiri la ye.. hahahaha..~


then dorang pun teruskan perjalanan.. tengah masing-masing khayal.. ada yg tidur.. tiba-tiba dari arah belakang ada kereta volkswagen kuning macam nak cucuk-cucuk arah belakang.. marah si jack ni.. nak potong, potong jelaa.. pastu kereta tu potong.. tak lama lepas tu muncul balik kat belakang.. kali dia dorg cuba tengok belakang ada penumpang.. tengok-tengok penumpang tu adalah hantu perempuan tadi.. dan kat depan plak ada hantu budak lelaki tu.. nak elak dari langgar hantu budak tu, terus dorang terbabas jatuh gaung.. 






lepas tu aku malas dah nak cerita.. hahaha.. takkan nak cerita sampai habis plak.. overall, actually semua orang mati.. yg selamat sheera ayob tu je.. patut la pak malam (tuan rumah dalam hutan) cakap macam ada benda ikut dia, rupanya kawan-kawan dia yg mati tu ikut dia.. 


seram gak la cerita ni.. korang patut pergi tengok.. bagi aku cerita ni best.. tak tau la bagi orang lain macam mana.. tak mengecewakan la.. tak sia-sia beli tiket awal.. hahahaha.. aku kasi 9/10 untuk filem ni.. 


















p/s : sumpah benci gila watak kilafairy tu.. last-last mati jadi hantu tanduk.. ahhahaha.. si jack plak mati pastu makan parut sendiri... eeeeee...

No comments: