orang sedang baca :)

Wednesday, June 1

it's June baby!

assalamualaikum semua.. pejam celik pejam celik dah sampai bulan jun dan sekarang kan? cepat betul masa berlalu.. sekarang dah pertengahan tahun.. umur pun makin meningkat.. ramai kawan-kawan aku yg dah kahwin.. aku bila lagi? uwaaa tekanan~! okay², sekarang bukan masa untuk cakap pasal hal kahwin.. ni nak cerita pasal perkara² yg aku dah missed..


kalau korang nak tahu, news feed home facebook aku.. ada certain² fanpage yg aku hide semua post² status diorang.. bukan apa.. ada sesetengah tu update status entah apa-apa.. semak and flood habis news feed home aku dengan menatang yg tak berfaedah.. disebabkan hal itu aku set kan hanya fanpage dan friends yg aku selalu aktif komen saja yg boleh dipublishkan kat news feed home aku..


aku dah set balik 'all of your friends and pages'
tapi still hide posts from fanpage merapu yg
pernah aku like.. hehehe..


disebabkan setting lama aku 'friends and pages you interact with most', aku dah terlepas banyak perkara.. salah satunya contest yg dianjurkan oleh AnnasEaskey Photography.. yg ini aku tak hide, tp disebabkan aku tak interact dengan page ni, secara automatik aku tak boleh tengok update dari page ni.. ;( siapa Annas Easkey ni? ape..?! korang tak kenal? heeshhh.. memang korang sangat ketinggalan.. haha! wOops.. jangan marah naaa.. beliau ni sangat berbakat dalam dunia photography.. photographer yg hebat serta juru mekap yg superb.. sebelum² ni AE pernah anjurkan contest yg diberi nama Project X.. aku ikut jugak perkembangan Project X ni.. peserta² yg join kebanyakkan ditapis berdasarkan 'like' pada gambar mereka.. siapa dapat 'like' terbanyak akan dipilih ke round seterusnya.. mostly yg join adalah blogger² yg famous wa cakap lu.. yg aku tengok, Fatin Liyana, Cik Epal, Maria Elena dan banyak lagi gadis² yg cantik..


peserta² yg layak ke next round


so sekarang ini yg aku just nak bagitau, setting lama aku ni la yg buatkan aku tak dapat tengok segala update dari fanpage Annas Easkey ni.. semalam AE ada buat satu lagi contest untuk gadis² yg berbadan 'plus size' macam aku.. semalam aku ada ternampak pasal contest ni.. cadangnya hari ni kat office baru nak cuba² nasib submit picture aku.. tengok² pagi ni contest tu dah closed! melepas laaaa.. baru berangan nak AE photoshoot aku ala² model jelita.. hahahaha.. toksah berangan boleh tak cik farah oi?? nak buat macam mana, tak ada rezeki.. maybe next time.. :)


kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh la like fanpage AnnasEaskey Photography.. or kalau terlebih rajin boleh ushar² blog AE kat sini..

No comments: