Wednesday, June 15

suka makan puding caramel???

hello hey hoo.. mesti ramai yang suka makan puding caramel kan? nak nak lagi bila time bulan puasa.. ada yang sampai dijadikan dessert utama selepas berbuka.. hari² la akan pegi bazaar ramadhan.. sampai makcik gerai pun dah kenal dah.. muka ni je mesti nak beli puding caramel.. tapi ada sesetengah yg jual tak sedap! bau hanyir telur bukan main lagi.. luar dah cantik, tp rasa dan bau hanyir.. eeee...! hate that!


so semalam aku tergerak hati nak cuba buat puding caramel tanpa telur, secara tak langsung dapat kurangkan kolestrol.. haha! dan yg paling aku suka, puding ni aku tak perlu bersusah payah nak kukus.. almaklumlah! rumah bujang mana la ada benda² macam tu.. ada dapur masak, bread toaster dan rice cooker je.. yg lain hadoooo~


semalam masa lunch sempat gak la ke tesco mencari bahan² dan sedikit barang dapur utk stock seminggu.. hihihi.. so bahan² nak buat puding caramel ni tersangatlah simple.. jom kita ushar bahan²..


bahan² yg perlu
400ml susu cair (aku prefer ideal)
 7gm serbuk agar² 
2 sudu besar tepung kastard
130gm gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
4 cawan air

cara² menyediakan

firstly, aku cadangkan korang buat dulu gula karamel untuk puding ni..
sebab sementara tunggu nak buat puding, korang boleh biarkan gula karamel ni sejuk..


so untuk gula karamel, korang hanya perlu cairkan gula di atas kuali..
tunggu sampai gula cair dan tukar ke warna perang..
make sure gula dah betul² cair.. kalau tak mesti tak menjadi nanti..
lepas dah betul² cair, baru masukkan air sedikit²..
tapi masa ni disarankan berhati² sebab gula akan meruap..
lepas tu kacau sampai sebati.. dan jadi macam ni..
tutup api dan biarkan sejuk sendiri..


***sukatan gula ikut korang, kalau nak manis letak banyak..
tp gula ni akan ditambah air seperti di atas.. so pandai² la yer.. :p

Bahan² A
400ml susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

untuk bahan² A, korang perlu buat dalam satu bekas asing..
campurkan kesemua bahan² tadi macam di gambar² di bawah..

tuangkan 400ml susu cair.. 1 tin sukatannya dah 400ml
so tuangkan je semua..

masukkan pula 2 sudu besar tepung kastard..

kacau sampai betul² sebati dan tak berketul²..

akhir sekali masukkan 1 sudu kecil esen vanilla..
aku takda sudu kecil so aku suka guna penutup botol die..
pastu kacau sebati..


Bahan² B
7gm serbuk agar² (1 paket)
130gm gula pasir
4 cawan air

untuk bahan² B, didihkan bahan² di atas dalam periuk..
make sure gula betul² larut..
bagi yang tak ada alat utk sukat gula..
aku sarankan korang sukat guna sudu makan..
1 sudu makan = 20gm
6 1/2 sudu makan = 130gm


selepas bahan² tadi mendidih, baru masukkan bahan² A (susu cair, tepung kastard & esen vanilla) ke dalam periuk.. 
tunggu sampai mendidih..


sementara tunggu bahan yg di campur td mendidih..
korang boleh la letak gula karamel tadi dalam bekas macam gambar kat bawah ni..


aku prefer bekas yg kecil² camni.. senang nak masukkan dalam peti ais..
boleh juga bagi kat kawan² untuk rasa.. jangan kedekut okay! :P

lepas bahan campuran td dah didih.. terus masukkan dalam bekas..
tunggu sejuk dan baru masukkan dalam peti ais..


dah siap!!! sedap dimakan sejuk²..
disarankan masukkan dalam peti ais sebelum makan..
baru sedap!!! :p



SELAMAT MENCUBA..! ^___^


p/s: first time buat tak sangka plak menjadi.. housemate pun semua suka.. tak banyak je lagi yg tinggal dalam peti ais.. heeee :p




No comments: