orang sedang baca :)

Saturday, June 25

Shopping Ala² Suri Rumah...

hey hooo.. aku tak tahu kenapa aku teringin sangat nak makan sushi minggu ni.. tapi yg peliknya, aku nak makan sushi yg aku buat sendiri.. sebab apa? buat sendiri boleh buat banyak².. pastu boleh la makan banyak² jugak.. muahahaha! dan semalam aku dapat allowance dari mama.. apalagi semua bil pun kena settle kan.. so semalam habis waktu kerja, aku bergegas ke tesco besar jelutong untuk cari bahan².. bagaikan suri rumah lagaknya.. shopping sorang² dengan mengusung troli.. time ni berangan la macam "wahh.. nak masak apa malam ni untuk hubby tercinta.." hahaha.. boleh?


jadi perkara pertama yg aku wajib beli adalah beras untuk buat sushi.. kalau takda benda ni macam mana nak buat sushi kannn.... so pergi la ke section beras.. nampak beras cap SUMO.. terus capai satu dan masukkan dalam troli.. pastu cari plak bahan² lain macam seaweed, tuna, timun jepun, crab sticks dan lain².. satu je benda yg aku tak jumpa.. EBIKO! yg macam telur udang kecil² tu.. warna oren.. satu tesco aku cari tak jumpa.. siap tanya lagi kat tempat yg jual sushi ready made.. dia pun tak tau.. hadoii.. aku suka makan sushi ebiko lemon.. sepatutnya aku cari kat jusco.. sana ada section untuk japanese food.. uwaaaa.. kenapa aku tak pegi sana je.. sobs!


selain tu aku shopping jugak barang² dapur untuk rumah aku.. banyak yg dah habis.. macam² kena beli.. gula, cili giling, cili padi, bawang, ubi, bla bla blaaa... boleh dikatakan penuh satu troli dengan benda² makan untuk stock seminggu.. kalau rajin masak rasanya tak sampai seminggu kot.. sekarang ni pun aku lebih banyak masak di rumah.. jimat la sikit..


semua barang dah ada?? okay waktu untuk bayar! nak tau total untuk semua tu berapa? jeng jeng jeng.. RM123.45 cantik tak nombor ni???? pehhhh seratus lebih?? tak pernah² aku beli barang dapur cecah seratus.. ni sumpah macam beli barang dapur untuk laki bini.. haha.. yg membuat mahalnya adalah bahan² nak buat sushi.. demmm! takpe la.. aku nak juga cuba buat.. kalau jadi boleh buat lagi.. nanti aku buat entry pasal homemade sushi aku plak hokayy.. dadaaaaa~ :D

No comments: