orang sedang baca :)

Monday, June 27

Review : Rasuk

semalam aku menonton Rasuk kat GSC Queensbay Mall.. bagi aku cerita ni agak seram la.. tapi tak tahu la pula bagi orang lain.. sebab sejak dua menjak ni semangat aku makin teruk.. dulu aku sangat berani.. tapi tak tau pula kenapa sekarang ni aku jadi agak penakot.. benci betoi..




berbalik pada filem 'RASUK'.. watak utamanya adalah Fauziah Gous sebagai Melati dan Iqram Dinzly sebagai Man.. pada awalan cerita ni aku agak berbulu la tengok lakonan Fauziah Gous dengan Iqram Dinzly.. romantik yg buatkan aku menyampah.. bukan jeles hokay tapi aku jadi berbulu je tengok.. dah tu siap ada adengan nak cium² mulot.. ala² gila sex pun ada.. eeeiiii... geli okay.. tau la watak diorang tu pasangan baru kahwin tp tu la.. aku tak suka.. boleh? hahaha...


cerita ni pasal dendam seorang tentera jepun masa dulu yg suka dengan seorang gadis yg nama Melati lakonan Linda Hashim.. Melati ni sangat cantik dah tu anak orang berada pada zaman tu.. pada suatu malam Melati perangkap tentera jepun tu dengan kecantikkan dia.. dengan tak semena-mena orang² yg bekerja dengan ayah Melati tangkap jepun ni.. ayah Melati tikam jepun ni.. dalam nak mati tu sempat jepun ni cakap yg dia akan balas dendam pada Melati..


nak dijadikan cerita, melati yg baru pindah kat rumah pusaka dia dok merajinkan diri dengan bercucuk tanam.. dia tergali tempat yg ayah Melati dulu tanam mayat jepun ni.. dengan tak sengaja masa gali tu dia terbuka pedang milik jepun tu.. secara tak langsung dia dah bebaskan roh jepun tu.. bermula dari hari tu la roh jepun ni asyik kacau dia dan masuk dalam badan dia.. sampaikan mak si man ni boleh mati terkejut akibat disergah roh jepun ni.. kesian..


ada satu lagi watak macam siye.. watak doktor tu.. asyik ketawa memanjang.. orang sakit dia ketawa.. orang mati pun dia ketawa.. apa kejadahnya ada watak macam ni wehh??? sumpah rasa macam nak lempang.. watak ustaz pun entah apa-apa.. nampak macam orang berilmu tapi ayat al-quran apa pun dia tak baca.. yg dia tau hanya berzikir.. errr.. sumpah tak real.. takde ke orang lain yg boleh diorang ambil untuk dijadikan ustaz?? ustaz amirul ke.. hah itu aku suka! mwahahaha!


lepas habis menonton, sempat juga la aku melepak kat Dinas Batu Maung dengan BFF aku Aida dan Nadia.. lama juga la kami dok bergosip, berbincang, bertukar pendapat, ber dan ber lagi la.. 11.30mlm baru cau balik rumah..


so aku ada beberapa filem yang aku target nak menonton bulan Julai nanti..










No comments: