orang sedang baca :)

Saturday, June 25

Home Made Sushi...

hey hoo semua~! percaya atau tidak hari ni aku berjaya membuat pelbagai jenis sushi.. sushi simple je la yg aku buat.. yg mabeles-mabeles belum khatam lagi.. insyaAllah aku akan improve kan next time.. ini first time aku buat sushi.. memang agak 'renyah'.. 3 jam gak la aku mengadap benda alah tu.. nak kepal-kepal lagi.. susah sikit sebab aku tak ada alat yg proper.. plus, nasi sushi ni melekat.. jom tengok bahan apa yg aku guna..



1. beras jepun cap sumo - rm8.90 kat tesco
2. seaweed
3. crab sticks
4. telur - goreng mcm terlur dadar
5. carrot
6. timun jepun
7. tuna - takda dalam gambar
8. tofu goreng
9. cuka, gula & garam
10. mayonaise
11. bamboo mat - untuk gulung.. aku guna plastik je

cara-cara masak nasi jepun
1. masak beras jepun macam nasi yg biasa kita makan
2. bila nasi dah masak, masukkan nasi yg panas-panas tu dalam bekas asing
3. masukkan cuka, gula dan garam.. sukatannya..
1 sudu besar cuka + 2 sudu besar gula + 1 sudu teh garam
kalau nak rasa ikut selera sendiri sila tambah ikut keperluan sendiri..
4. gaul rata nasi dan paksa nasi tu sejuk.. seeloknya gaul bawah kipas angin.. haha!
kalau boleh gaul pakai senduk kayu, sebab takut ada tindak balas cuka dengan besi..
yg ni aku tak pasti.. ramai orang buat camni..

cara-cara buat sushi maki (rolling)


mula-mula buat macam gambar kat atas ni..
alas dengan plastik/bamboo mat dulu.. lepas tu baru letak seaweed..
di atas seaweed letak nasi..


lepas tu letak la apa isi dalam sushi yg korang suka..
macam gambar kat atas ni..
nak lagi sedap letak la mayonaise kat atas nasi tu..
lepas tu gulung la.. lupa plak nak amik gambar cara nak gulung..
sorry.. :(



lepas dah gulung.. potong la sushi roll tadi..
untuk elak daripada melekat semasa sesi potong memotong..
lumurkan pisau dengan air baru potong..


lepas tu boleh la korang buat macam-macam bentuk sushi ikut kesukaan korang..
aku buat yg macam kat atas ni je.. itu je yg aku tau.. haha


tadaaaaaa~! siap..
jom kita makan..





No comments: