orang sedang baca :)

Monday, June 6

Weekend baru² ni..

hujung minggu lepas tinggal aku sorang je kat rumah.. bosan bosan dan bosan.. kebetulan pula Aida call ajak keluar.. bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.. terus aku setuju.. so macam biasa pukul 8 aku la driver yg kena fetch depa.. then on the way tu bincang punya bincang, kami plan untuk tengok wayang.. nak tau kami tengok cerita apa? tengok bawah!



seram la cerita ni.. Nadie pun berjangkit tutup² mata dengan aku.. takut dia susah nak jangka.. suka terkejut²kan orang.. huh.. nak kata berbaloi ke tak menonton movie ni aku pun tak tau.. sebab tengok cerita ni pun keputusan dibuat secara drastik.. so layankan je sambil makan keropok corntoz.. aku try jugak cuba susun keropok corntoz tu macam dalam iklan.. tp mulut ni kecik je pun.. sakit pun sakit coz hujung² dia cucuk gusi aku.. (ahh... dah melalut dah aku..)


comel kan? satu hari nanti
aku akan cuba susun mcm ni jugak!
disebabkan aku takot tidur sorang² lepas tengok cerita hantu thailand ni, aku minta kawan aku si Aida ni teman aku tidur.. almaklumlah.. tinggal sorang².. seram gak la.. dan nak dijadikan cerita, masa nak parking aku terlanggar kereta kancil merah siapa entah (orang kat appartment aku).. yg hanginnya kereta aku calar! cat keluar siap nampak hitam kat dalam, kereta kancil tu rilek je takde calar pape! tekanan!!

calar.. sedih.. :'(

dan minggu lepas jugak, bermacam² orang yg dah lama aku tak jumpa dan tak pernah jumpa aku jumpa.. semua secara tak sengaja.. tak rancang pun.. tu la orang cakap.. selalu yg dirancang mesti tak jadi.. yg tak rancang tu yg selalu menjadi.. tp di sini aku bukan la nak cakap pasal aku jumpa bakal suami atau bakal bf.. hahahaha.. hah! bercakap pasal bakal suami.. ramai kawan² aku yg kahwin.. hesshhh... tekanan kan bila tengok orang² kat sekeliling kita dah kahwin tp kita je tak kahwin².. umur plak makin meningkat.. T-T okay² enough.. so semalam dapat call dari seseorang.. dia on the way datang penang.. woahh.. best.. nak tau siapa? tengok bawah ni k.. ^__^





dan ada lagi sorang nama Alia.. tp aku takde plak gambar dia nak tunjuk.. adess.. semalam dapat jugak la bawak depa ke pasar malam feringgi.. tp kedai dah banyak tutup.. erkk?? then teman mereka² ini carikan hotel.. pukul 2.30 pagi gak la sampai rumah.. terus boom tidur.. dok buat macam tak kerja plak hari ni.. hahaha.. tu je cerita untuk hari ini.. bersambong~




p/s: tak sempat nak bergambar dgn Amylea coz masing² bawak kereta.. :|

No comments: