orang sedang baca :)

Thursday, June 16

Jom belajar Bahasa Lain.. ;D

heyyoo heyy hooo.. tahu tak korang semua kalau korang pandai bertutur dalam bahasa lain selain bahasa melayu dan bahasa inggeris, peluang korang untuk dapat kerja sangat² cerah.. sebagai contoh bahasa yg selain dari bahasa melayu dan inggeris ialah bahasa cina, jepun, korea, german, indonesia dan sebagainya.. aku pernah dengar ada orang yg boleh bertutur lebih dari 10 bahasa.. gila ke apa??? macam mana depa belajar??? =__="


aku sendiri boleh berbahasa mandarin.. alkisahnya sebab aku dulu sekolah rendah di sekolah cina.. jangan tanya macam mana aku boleh pandai cakap dalam bahasa mandarin.. sebab ramai sangat orang yg tanya... especially housemate aku.. aku masuk tadika cina ke sebelum sekolah rendah?? jawapannya... AKU TAK PI PUN TADIKA CINa DAN AKU SENDIRI PUN TAK TAU MACAM MANA AKU BOLEH PAHAM BAHASA CINA! hahahaha.. mungkin sebab waktu kita kecil dulu, otak senang nak terima ilmu.. bak kata orang, kanak² ibarat kain putih, kitalah yg mencorakkannya.. so aku telah pun dicorakkan oleh cikgu² sekolah rendah aku.. boleh? LOL..


aku ingat lagi waktu aku kecil dulu, baba nak masukkan aku ke sekolah rendah tu.. aku mati² tak mau.. (aku bukan tau pun tu sekolah cina) lepas baba pujuk aku dengan cakap "pegi la sekolah tu.. sekolah tu ada piano tau.. boleh main piano.." lepas baba cakap macam tu, aku dengan mata bersinar² cakap aku nak lah pegi sekolah tu.. hahahaha.. cepat betul otak budak aku ni dipengaruh oleh baba.. dan masa hari pertama aku ke sekolah, aku duduk di sebelah sorang budak lelaki cina.. masa tu tau saja la.. budak² macam aku.. nampak pelik sikit mulalah tak senang duduk.. mana taknya, dalam kepala otak asyik fikir awatlah depa ni putih sangat.. lepas tu cakap plak bahasa yg aku tak paham.. tapi lama² aku tak tau macam mana aku boleh bercakap dalam bahasa mereka dengan begitu lancar.. ajaib bukan? otak budak² senang nak masuk ilmu.. kalau sekarang ni, harammm~ otak dah berkarat! hahahaha..


tapi aku akui dengan kebolehan bertutur dalam bahasa mandarin, banyak peluang pekerjaan.. aku dah try test dah.. kat jobstreet aku apply banyak company dengan hantar resume aku yg sah² aku letak bahasa cina salah satu bahasa yg boleh aku tutur.. banyak weh yg call.. tp yg tak bestnya semua kat area selangor dan kl..! mmg aku tak pegi ar.. jauh tuuu.. masa cakap on the phone siap soksek² dgn aku dalam bahasa cina.. apa? takut aku tipu ke saja² nak letak aku pandai cakap bahasa cina? =__="


sekarang aku masih lagi boleh bercakap dalam bahasa mandarin.. tp nak baca n tulis tu banyak la yg aku dah lupa.. tapi ada jugak la yg aku faham.. sekarang aku cadang nak belajar balik.. sebab aku dah terjumpa kawan² sekolah rendah aku.. kang buat reunion takkan tak cakap dalam bahasa cina plak kan? sia² 6 tahun aku belajar kat sekolah rendah.. :p


2 comments:

Anonymous said...

Eric Loo sini...dulu belajar bahasa memang senang...sekarang sekejap saja saya dah lupa...>.<

Misz Farah said...

lupa meh? u must be kidding.. bukan u dulu sangat pandai ke? top student also.. mine lagi teruk.. :|