orang sedang baca :)

Friday, June 10

oh cheesy wedges!

korang suka makan cheesy wedges tak? tipu kalau korang cakap tak suka! sedap kot..! tapi kalau sekali² nak makan.. aku kena bersusah payah start enjin motor dan bergegas ke KFC semata² nak beli cheesy wedges yg sedap itu.. tp kadang² aku jalan kaki je sebab KFC dekat dengan rumah aku.. nasib baik la kan.. tp takut nak jalan sorang², kawasan shop lot situ banyak orang gila.. hehehehe..


so baru² ni aku beli jalapeno cheese powder.. actually aku dah tau benda ni ada lama dah.. cuma tak tergerak hati nak beli.. hehe.. beberapa hari lepas aku beli la cheese powder ni, sebab ramai cakap sedap.. sebijik macam cheesy wedges punya cheese yg melimpah ruah tu.. woahh~! hebat bukan?


cara nak sediakan pun senang sangat².. just perlu bancuh dengan air panas.. kacau sampai likat atau ikut suka korang.. then boleh dimakan atau dicicah dengan fries, wedges, sosej dan bla bla bla.... yg pasti rasa dia sedap dan sebijik macam cheesy wedges kat KFC!! korang try la.. gerenti tak menyesal.. tak payah susah² pegi kfc.. agak² nak makan korang boleh buat sendiri.. hihihi..


jalapeno cheese powder


boleh cicah dengan fries.. sedap!!


ini buatan sendiri ye.. bukan dari KFC =)

1 comment:

KAWASAN LARANGAN said...

berapa harga cheese ni...macam sedap pulak...kat mana nak cari ni?...