Monday, June 20

'Still Got The Blues' On Monday~!

KENAPA PERLU WUJUD HARI ISNIN?????


hmmmphhh.. hari ni hari Isnin.. orang selalu kaitankan hari Isnin dengan Monday Blues... (terngiang² lagu still got the blues tiba²).. ramai orang tak suka hari Isnin kan..? especially orang² yg bekerja di office dan budak² sekolah.. kenapa yer?



  • bila tiba je hari Isnin mula la tertanya² 'bila laaa nak sampai hari Jumaat ni??' terasa waktu berjalan sangat perlahan bagaikan siput babs berjalan pulang ke rumah.. errr??
  • disebabkan kena menyambut hari Isnin keesokkannya, maka ramai yg harus menggosok baju untuk ke pejabat dan sekolah.. malasnyaaa~!!!
  • bagi budak² sekolah pula, Isnin merupakan hari perhimpunan mingguan.. so mereka terpaksa berpakaian kemas, stocking kena pakai yg bersih, lencana sekolah dan name tag kena complete, kuku kena pendek.. zzzzzzzzzz~! semua orang ada pengalaman ni!
  • Isnin merupakan hari pertama kita kena pergi kerja awal pagi.. sudah semestinya kena bangun awal.. mandi air sejuk.. huh!
  • Kesesakkan jalan raya yg terlampau..! hari isnin semua orang pakat keluar awal.. ada yg nak hantar anak pergi sekolah la, nursery la.. hantar mak pergi hospital la.. maka jalan akan jemmmmmm! keluar awal pun tak guna!
  • bagi yg naik kenderaan awam, Isnin merupakan hari pertama untuk mereka mencium badan mamat² bangla dalam bas setelah mereka meneutralkan bauan dari hidung selama 2 hari sebelum tibanya hari Isnin.. hahaha!
  • tak suka hari Isnin sebab terpaksa berhadapan dengan kerja yg menimbun.. mana tak nya sabtu dan ahad cuti boleh bersuka-ria, huha sini-sana.. hari Isnin masuk pejabat kerja menimbun.. suka ke???
  • sabtu dan ahad balik kampung.. ahad dah mula drive balik rumah.. sampai rumah dah lewat malam.. esok nak kena pergi kerja lagi.. penat gila.. kenapa la esok Isnin???? haihhh...
  • Isnin menyebakan semua orang kena tidur awal.. tak boleh nak tidur lewat² macam hari cuti.. arghhh!
  • pagi Isnin kena berebut toilet nak mandi dengan kawan² serumah.. siapa yg bangun lewat kena mandi lewat.. kesudahannya pergi kerja pun lambat.. kena pula mengadap muka colleague or boss yg macam tuts! tension tak? zzzzzzzz...

disebabkan aku bosan kat office.. boleh plak tercamwhoring sorang².. terserlah kesewelan diri sendiri.. gasak laaa! haahahaha!

orang gila.. jangan layan dia ni ok?


No comments: