orang sedang baca :)

Sunday, June 19

Jalan-jalan sekitar Penang

Hello Hey HoO.. selamat berhujung minggu! selalunya apa yang korang buat hujung-hujung minggu macam ni? kebanyakkannya akan tidur dan bangun lewat.. almaklumlah, hari-hari bangun awal untuk ke tempat kerja.. hujung minggu dijadikan hari bermalasan.. so bolehlah kalau nak bangun lewat.. kan kan kan?


minggu ni aku banyak habiskan masa di luar.. hari sabtu kebiasaannya aku kerja separuh hari.. pukul 1 tengah hari kebiasaannya aku akan pulang ke rumah.. so nak dijadikan cerita, housemate aku yang merupakan salah seorang guru di Sekolah Convent Pulau Tikus (CPT) ajak aku untuk tunjukkan tempat-tempat yg boleh dilawati oleh pelawat-pelawat yg datang ke Penang.. sebabnya beliau ditugaskan untuk membawa budak-budak KRS dari kelantan untuk melawat Penang..


seperti yg dirancangkan ada 4 destinasi yang berbeza, destinasi pertama adalah Fort Cornwallis di Padang Kota.. dan destinasi ke 2 adalah Penang Road yg kononnya ada kesan landasan kereta api.. hahaha.. aku selalu dok lalu buat bodoh je.. tak tau tu adalah salah satu kesan tinggalan.. betul ke? sempat gak la snap gambar KOMTAR atau dikenali sebagai Kompleks Tun Abdul Razak.. salah satu bangunan kebanggaan rakyat Pulau Pinang..


KOMTAR...!!


destinasi seterusnya pula kami ke Bukit Bendera.. disebabkan keadaan Tram di Bukit Bendera masih tak berfungsi dengan baik.. kami sempat ke kaki bukit saja.. dan seterusnya ke Kuil Kek Lok Si.. Walaupun dahulunya aku tinggal di Farlim, dekat dengan Air Itam.. aku tak pernah pun menjejakkan kaki ke Kek Lok Si.. so kali ni aku berpeluang menjejakkan kaki ke sana.. Woahh sememangnya Kuil Buddha ni tersangatlah besar dan cantik.. tak salah rasanya orang yg beragama lain datang melawat.. sebabnya niat kita hanyalah nak melawat dan melihat keindahan dan keunikkan kuil besar itu..







Pemandangan Pulau Pinang Dari atas Kuil Kek Lok Si


sepanjang jalan ke Kek Lok Si, kami terpaksa melalui pekan kecil.. banyak buah-buahan yg segar dijual di sepanjang jalan.. macam-macam buah ada.. yg paling menangkap perhatian kami adalah buah durian dan rambutan.. buah rambutan yg dijual sangat-sangat segar.. tengok pun dah menyelerakan.. so sebelum balik sempat juga la kami singgah untuk beli durian dan rambutan.. durian tu kami makan dalam kereta.. boleh bayangkan tak macam mana bau kereta kami sepanjang perjalanan ke Bukit Jambul? hahahha.. 

muka nikmat dapat makan durian!
yummmaayyyyy~!!!


Ahadnya pula (hari ni), kami plan untuk berjogging di Ocean View Sg Pinang.. lama aku tak datang sini.. selalunya aku akan lepak-lepak di sini dengan GF-GF aku.. seawal pukul 7 pagi kami bertolak ke sana.. wahh ramai betul orang yg berjogging kat sini.. sangat nyaman! berjogging di tepi laut sambil menikmati angin laut di waktu pagi.. love it! ;)






selepas penat berjogging.. atau dalam kata lain penat membuang lemak-lemak di badan.. kami pergi pula menambah lemak di Transfer Road.. err boleh kan? hahahhaa.. plan yg tak dirancang, kami ke Transfer Road untuk bersarapan.. masing-masing memilih roti canai kosong dengan kari ayam.. kak aya je order kari daging.. ingatkan kuah kari je.. tapi yg tak disangka-sangka, mamak tu bagi ayam seketul.. errr.. first time makan roti canai pesen macam ni.. dah la banjir habis (padan muka aku, mintak lagi kuah banjir kan? hahaha)..

roti canai kosong kuah kari ayam banjirrrrrr..!!
nampak tak ayam seketul kat situ?? haha..
lepas bersarapan kami ronda-ronda pula sekitar town, sempat jugak la singgah di Weld Quay.. tengok jeti yg tersergam indah.. dah lama lalu tapi tak pernah tergerak hati nak singgah.. kali ni kami ambil kesempatan untuk singgah dan melihat sekitar jeti itu.. sangat lawa.. dan baru aku tahu  kat situ rupanya QE II.. ahahhaha..! sungguh ketinggalan zaman!


habis madu sepah dibuang.. hahaha!
nampak tak lebah tu tengah hisap madu bunga? ;)







p/s: destinasi seterusnya.. MUZIUM PERANG.. tunggu 7/7/2011 nanti yerrrr....! =)

No comments: