Tuesday, May 20

Tips Bercuti Ke Bandung, Indonesia

Assalamualaikum..

Kalau teringat Bandung, Indonesia mesti akan ingat SHOPPING. Bandung merupakan syurga membeli-belah bagi kaum wanita. Lelaki pun tak ketinggalan juga. Ramai yang tanya tips apa yang perlu mereka tahu sekiranya bercuti di sana. Jadi aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku ketika bercuti di sana tahun lepas. Insha Allah ada rezeki nanti, aku akan sampai lagi ke sana. :)

1. Sediakan jadual matawang IDR (Indonesia Rupiah) - RM
Pertama sekali, korang kena sediakan jadual matawang negara kita (RM) dengan IDR. Ini untuk menyenangkan korang ketika aktiviti membeli-belah nanti. Jadi tak perlulah korang nak bergantung kepada application di handphone semata. Kalau handphone bateri habis camne? Jadi langkah yang paling pantas, korang buat siap-siap kat rumah. Print lawa-lawa. Contonhnya...

10,000 IDR = RM3.00
20,000 IDR = RM6.00
         -
         -
         -
         -
1,000,000 IDR = RM300.00
(sampai berapa yang korang rasa perlu)

Ini sebagai contoh saja. Nilai tukaran kena rujuk nilai semasa. Jadi, kalau tiba-tiba korang nak beli telekung tu harga 100,000 IDR, so terus boleh rujuk jadual. Lebih kurang RM30.00. Tak payah susah-susah nak tekan kalkulator dah.

2. Hati-hati dengan pencopek saku
Seperti yang korang sedia maklum, kalau nak membeli-belah di Pasar Baru, silah berhati-hati dengan si pencopek saku. Bila korang masuk saja dalam bangunan Pasar baru, pengawal yang jaga akan ingatkan korang untuk jangan mendedahkan sangat beg tangan atau beg duit korang. Almaklumlah, korang tengah bergelar jutawan segera kat sana. Kalau boleh beg tangan halakan ke hadapan badan. Bagi lelaki pula, beg duit sila letakkan di poket hadapan.

3. Berkeras sekiranya tak mahu beli
Bila korang kat sana nanti, jangan terkejut kalau korang nampak sangat ramai kanak-kanak yang menjual keychain, fridge magnet dan pelbagai jenis barang untuk buah tangan. Bukan kanak-kanak saja, orang tua pun banyak. Kalau korang rasa tak nak beli, silalah berkeras katakan 'SAYA TAK MAHU'. Kalau korang kata, 'NANTI' atau 'SEKEJAP LAGI'. Siaplah dorang akan mengekor korang satu Pasar Baru tu. Haha. Ini aku alami sendiri masa di Tangkuban Perahu. Ada lelaki ni jual keychain. Aku cakap nanti aku beli. Lepas tu dari mula aku kat situ sampai nak balik dia mengekor je. Haihhh. Rimas!

4. Tawar menawar kalau rasa perlu
Bab tawar menawar ni kalau korang rasa perlu saja. Contoh kalau korang memang pergi Pasar Baru untuk tujuan memborong segala jenis barang yang ada, okay korang minta la kurang. Tapi bagi aku, barang kat situ dah memang murah. Dan kalau korang nak survey harga kat setiap kedai yang korang masuk tu, aku nasihatkan lupakanlah. Sebab terlalu banyak kedai sampai korang boleh sesat. Melainkan korang boleh ingat kedai mana yang korang masuk sebelum tu. Harga lebih kurang sama je. Baik masuk kedai tu dan terus beli.

5. Teksi dan sewa kenderaan
Aku nasihatkan untuk hari pertama korang di Bandung, adalah lebih baik korang sewa teksi saja. Sebab kalau di Pasar Baru, korang akan memerlukan satu hari untuk berada di sana. Kalau sewa kereta dan supir, memang membazir. Seharian korang akan berada di sana. Tapi kalau rasa barang yang korang nak borong tu terlalu banyak, so sewa je la kereta. Dan bagi siapa-siapa yang nak naik teksi di sana, silalah pilih teksi yang ada meter. Nak lebih selamat naik la teksi BLUEBIRD. Driver teksi ni takkan menipu. Tapi kalau driver teksi yang tak ada guna meter, siap sedia untuk kena tipu. Haha! Ini pengalaman aku sendiri. Disebabkan terlalu rimas dengan peminta sedekah yang kerumun kami sebaik saja keluar dari Pasar Baru, kami terus saja naik teksi yang ada tanpa tengok teksi tu ada meter ke tak. Dan akhirnya....kami kena cekik darah kaw-kaw. Kuajaq sungguh! Ini pengajaran buat aku! Untuk ke factory outlets dan tempat-tempat lain, baru la korang sewa kenderaan dan supir. Sebab yang ni nanti korang kena stop by banyak tempat. Baru la berbaloi guna khidmat supir.

 6. Sediakan duit syilling
Kalau boleh korang tukarlah duit syiling Indonesia siap-siap. Sebab ramai kanak-kanak yang minta sedekah kat sana. Kehidupan dorang tak sama macam kita. Boleh bayangkan tak, bila traffic light merah dan kereta berhenti, akan ada kanak-kanak ketuk cermin tingkap kereta untuk minta sedekah. Kesian sangat! Siap ada yang buat persembahan main gitar dan pertunjukkan monyet untuk tarik minat orang ramai. Kalau boleh, sedekahkanlah duit syiling tu pada dorang. Pahala pun dapat.

7. Makan di tempat yang diyakini bersih
Persekitaran di Bandung tak sama macam di Malaysia. Tahap kebersihan agak tidak menyakinkan kita. Jadi aku sarankan, kalau nak makan tu, biarlah di restoran. Jangan main makan je makanan di tepi-tepi jalan. Takut tak bersih. Nanti sakit perut pula. Tengah syok-syok nak berjalan, dah sakit perut nak cari tandas.

8. Duit dah habis???
Jangan risau. Hehe. Kalau duit korang dah nak habis, dan korang masih ada cash RM dalam tangan. Minta saja supir korang singgah kat mana-mana tempat money changer. Rasanya nilai lagi banyak dari tukar di Malaysia. Atau pun korang boleh call bank korang untuk aktifkan pengeluaran wang antarabangsa. Free je pun. Yang ini aku sarankan korang call sebelum korang sampai ke Bandung. Kalau rasa nak bil telefon melambung, telefon la masa kat Bandung ye. Hehe. Kalau korang ni memang kaki swap kad kredit, lagi bagus. Sila pakai kad kredit. Lepas tu tunggu bil sampai rumah. Jangan menyesal masa tu! :D

9. Tempat nak tidur
Disarankan untuk book hotel sebelum ke Bandung. Nanti menyesal tak sudah bila hotel fully booked. Takkan nak tidur kat masjid pula kan? Hotel tak perlulah nak mahal-mahal sangat. Korang nak guna untuk tidur, mandi dan solat je. Sebab waktu selebihnya korang memang akan berada di luar. Cukup sekadar untuk berehat. Korang boleh dapatkan semalam untuk 1 bilik antara rm80-rm100 macam tu. Tak berbaloi rasanya mahal-mahal. Tapi kalau korang jenis berduit, tak kisah pun nak mahal-mahal. Bagi aku, baik aku guna duit yang selebihnya tu untuk shopping. Hehe. :D

Banyak lagi tips aku nak kongsi. Tapi aku dah letih menaip dari tadi. Nanti bila mood nak menaip pasal Bandung ada, aku kongsi lagi ye. Kerja berlambak-lambak kat office. Tapi aku masih boleh dok menaip post ni. Haha! Selamat bercuti ke Bandung! :)

No comments: