Wednesday, May 7

Pot pet pot pet Rabu ~

Assalamualaikum..


Selsema memang menyiksakan. Dah dua hari aku diserang virus selsema. Boleh dikatakan tahun ni adalah tahun yg paling kerap aku terkena selsema. Bukan setakat selsema yang menyesakkan hidung, bahkan suara pun dah berubah. Ya, berubah menjadi suara lelaki macho. Tak percaya? Boleh cuba call aku. Hehe.

Aku ada satu tabiat dari dulu ketika tidur, aku senang terjaga bila nak mengubah posisi tidur. Tidur yang tak nyenyak. Tapi disebabkan aku dah telan 2 biji ubat selsema yang lain² jenis (mungkin aku dah overdose) dan sebiji antibiotik, maka aku tidur langsung tak sedar apa² sampai la jam 6.00 pagi tepat baru aku terjaga. Woah hebat bukan penangan ubat ni. Dah macam ubat tidur.

Sememangnya aku sangat memerlukan tidur yang berkualiti tanpa gangguan. Dah lama tak dapat tidur yang macam ni. Tidur yang macam ni hanya boleh dapat bila aku sangat² letih dan tak cukup tidur. Rutin harian aku untuk tidur adalah pada pukul 10.30 malam hingga 11.30 malam setiap hari. Lepas pada waktu tu, bye².. aku dah bermimpi ke mana hala dah. Hehe. No more late night activities. Kalau dulu aku boleh tidur sampai pukul 2 - 3 pagi, tapi kini tidak lagi. Hihi. At least 5 - 6 jam waktu tidur yang aku perlu. Routines totally changed compare to before.

Lifestyle aku sangat boring! Setiap hari aku hanya pergi kerja dan balik kerja. Lepas balik kerja memang terperap kat rumah je. Masak! Ya, aku selalu masak makanan sendiri lepas balik kerja. Bukan kedekut, tapi jimat! :D Kalau keluar pun mungkin hanya untuk pergi tapau makanan di kedai. Makan pun nak makan di rumah. Tak selesa makan di kedai. Weekend pula, sekali lagi akan terperap di rumah. Tak kira la kalau aku balik rumah mama atau tidak. Kat rumah mama pun aku akan terperap. Kalau ada apa² baru keluar. Tu pun dengan mama. Boring bukan? 

Nak keluar dengan kawan² pula, masing² mesti ada plan dengan keluarga sendiri untuk spend masa weekend. Macam ni la hidup sorang² tanpa keluarga. Semua benda buat sendiri. Cannot too depending on family. But so far, alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan. Perkara yang paling sukar masa di sini, sewaktu kunci kereta hilang. Keluarga yang boleh membantu semuanya jauh². Mujur ada kawan² yang datang membantu. Walaupun tak kenal. Terima kasih semua! :)

No comments: