Friday, June 27

Minta Maaf Sebelum Ramadhan

Assalamualaikum..

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad S.A.W apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:-
 
1. Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)

2. Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri

3. Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya


Maka Rasulullah pun mengaminkannya sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan ia dilakukan pada hari Jumaat.

Renungkan, muhasabah, beribadat dan bertaubatlah. Yang baik itu daripada Allah S.W.T. dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan dan kejahilan diri kita sendiri. Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara


Semalam di saat orang ramai sibuk dengan status masing-masing tentang filem transformers. Saya hanya duduk di rumah sambil mendengar majlis ilmu forum perdana berkenaan bulan mulia bulan Ramadhan ini. Terkesan dengan kejahilan diri sendiri sebelum ini. Tertanya-tanya adalah amalan puasa kita sebelum ini diterima atau pun hanya sia-sia? Astaghafirullah al azim. Ampunkan hambamu ini Ya Rabb.

Kita penat berpuasa. Tapi tidak pula menunaikan solat yang sepatutnya kita lakukan. Kalau tak solat, segala amalan baik lain yang kita lakukan hanyalah sia-sia kerana ianya ditolak habis. Pada hakikatnya kita berpuasa hanyalah untuk tahan lapar dan dahaga sahaja. Ikhlaskah kita? Perbaiki diri dan perbanyakkan amal seberapa yang boleh di bulan Ramadhan ini. Mungkinkah kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan lagi pada tahun depan? Moga kita dipanjangkan umur.

Terdapat 4 golongan yang tak diterima ibadat puasanya.

1. Orang yang minum arak dan sering mengulangi perbuatan tersebut

2. Orang yang derhaka kepada ibu bapanya

3. Orang yang memutuskan silaturrahim

4. Orang yang tidak bertegur sapa selama 3 hari berturut-turut

Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada mereka-mereka yang telah saya sakiti hatinya. Maafkan segala kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan pada kalian. Maaf juga andai ada kata-kata saya telah menyakiti hati kalian. Tak kira dengan sengaja atau pun tidak sengaja. Sesungguhnya saya hanya insan yang lemah dan jahil yang tak pernah terlepas daripada melakukan salah dan silap. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruknya adalah dari diri saya sendiri.

Selamat berpuasa saya ucapkan. :)

No comments: