Wednesday, June 25

Lepas Seksa Temuduga!

Assalamualaikum..


Dugaan dugaan. Alhamdulillah Allah permudahkan hari ni. Alkisahnya semalam saya agak kelam kabut dengan dokumen untuk temuduga hari ni. Biasalah manusia memang suka buat kerja saat-saat akhir. Dengan apa semua belum photostat. Nasib baik tak perlu di cop sah. Kalau tak lagi kelam kabut. Ditambah lagi dengan dokumen penilaian prestasi pun tertinggal kat office. Haru sungguh!

Dalam sejarah sebelum pukul 7.30 pagi hari ni saya dah tercangak depan office. Baahaaa! Semangat sangat kan. Semata-mata nak ambil dokumen penilaian prestasi yang tertinggal. Dah macam kartun rasanya lari sana sini. Nasib baik sempat sampai kat Bangunan Persekutuan sebelum pukul 8 pagi.

Dan yang membuatkan saya lagi semangat apabila panel yang bakal temuduga tu kacak orang nya! Muehehehe! Dah la saya orang pertama. Ingatkan cina. Dalam otak dok terfikir macam mana ayat nak greeting nanti. Sebab wakil jabatan sah-sah dah orang Islam. So nak ucap "Assalamualaikum dan selamat pagi Tuan!". Lebih mengejutkan, panel tu jawab salam. Eh, Islam rupanya. Baahahaaa. Ghenyihhhh la apa lagi. :D

Buat pertama kalinya terasa macam tak mau keluar dari bilik temuduga tu. Duduk dalam tu sehari suntuk pun takpe. Sebab langsung dorang tak tanya apa-apa pasal jabatan kerajaan, isu semasa dan sebagainya. Temuduga secara santai. Dah la panelnya handsome nak meninggal. Bayangkan dok dalam kereta nak balik office pun boleh dok senyum sorang-sorang. Teruknya perangai hang naa Farah! Bahahaha! Dok type ni pun rasa pipi dok kembung senyum sorang-sorang depan pc. Hoikkkk!!! Tampar kang. Wake up please! Jangan angau!

Muka cuak la konon-konon
sebelum masuk bilik temuduga
pandai belakon sangat aihh
Dah habis seksa~
Selfie sat

2 comments:

Anonymous said...

Nabi-nabi kita lagi hensem nak meninggal ,dari nak meninggal terbayang muka manusia baik terbayang soalan mungkar&nangkir ,dok terbayang dalam kereta ,nanti tak sempat sampai office dah meninggal(excident),banyaklah berdoa pada tuhan yang maha kuasa supaya tuhan tetapkan jiwa/hati/minda agar lebih matang menilai fitrah duniawi yang seketika .renung-renungkanlah ,selamat beramal. .semoga saudari yang masih bujang trang...trang..trang cepat bertemu jodoh dengan jejaka hensem nak meninggal...
>>>GooDLucK FARAH ZAINOL!!!!!

Farah Zainol said...

ahahaha.. seriously komen di atas ni jadi 1 isu lawak dalam office saya. Siapakah anda? Baik mengaku cepat! hahaha..