Wednesday, June 4

Allah sentiasa mengasihi orang yang penyabar

Assalamualaikum..

Salam sejahtera. Alhamdulillah aku sudah pulih sedikit demi sedikit. Ramai yang menasihati. Terasa orang-orang di sekeliling sangat membantu ketika ini. Terima kasih, syukran jazilan. :)

Aku ada terbaca satu petikan dari al-Quran,

"Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar." - Surah Ali Imran ayat 146.

Apabila kita cuba ransangkan diri kita dengan perkara positif, ternyata ianya adalah satu permulaan yang baik dalam apa jua keadaan sekali pun walaupun di dalam kesusahan. Memang pada mulanya agak sukar untuk menerima, tapi harus ditanamkan dalam diri bahawa Allah itu sentiasa ada dalam apa jua keadaan yang kita alami. Kehilangan. Ada hikmahnya kenapa terjadinya satu kehilangan itu. Allah dah aturkan semua perjalanan hidup hambanya. Ada rahmat tersembunyi yang tidak kita tak nampak pada dasarnya kerana Allah yang Maha Mengetahui segalanya.

Dalam surah Al-Baqarah pun ada sebut, sesuatu yang kita suka atau sayang kadang kala tidak membawa kebaikan pada kita dan sesuatu yang  kita benci pula belum tentu memberi keburukan pada kita. Ambil ini sebagai sesuatu yang positif untuk memotivasikan diri.

"Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui."

Kadang kala kita merasakan si dia itu adalah yang terbaik untuk kita. Tapi kenapa Allah rencanakan hal ini berlaku pada kita? Kita tidak sedar sebenarnya Allah telah rencanakan sesuatu yang indah dan terbaik dalam hidup kita. Kalau bukan sekarang mungkin jua pada masa hadapan. Ada sebab kenapa Allah kenalkan kita dengan seseorang itu. Allah nak beri ujian dalam kehidupan kita. Bagi peluang pada kita untuk menilai orang-orang di sekeliling sementara mendapatkan yang terbaik untuk diri kita. 

Setiap pertemuan ada perpisahannya. Kerana yang hidup pasti akan menemui ajalnya. Maka dari situ perpisahan akan tercipta.  
 

No comments: