orang sedang baca :)

Wednesday, July 2

Mengandung anak kembar!

Assalamualaikum..

Heh! Tajuk boleh mengundangkan kontroversi. Sebenarnya tu semua hanya mimpi. Semalam saya tidur asyik terjaga. Memang habit tidur tak nyenyak sejak dulu lagi. Suka sangat terjaga dan senang jaga. Dan semalam saya mimpi sesuatu yang tak pernah terfikir dek akal. SAYA MENGANDUNG BABY KEMBAR. Fuhhh! Dalam mimpi tu, mama siap bawa saya pergi klinik untuk check up dan scan bagai. Baahaahaaa! Feel masa pregnant tu memang best nak meninggal. Rasa disayangi semua orang. Oh ya! Saya tak nampak wajah suami saya. Samar-samar je. Tak dapat nak gambarkan orangnya macam mana. So bukanlah saya pregnant anak tak sah taraf ye dalam mimpi tu. Hoho. Yang peliknya, selalu mimpi memang jarang sekali nak ingat. Tapi mimpi semalam boleh pula ingat. Bangun dari tidur nak sahur terduduk menung sekejap. Eh betul ke mimpi macam tu? Peliknya.

Saya cuba-cuba juga search berkenaan pregnant anak kembar ni. Apa tafsir mimpi tersebut. Rupanya bermaksud akan mendapat rezeki atau keuntungan yang tak diduga selama ini. Tapi walau macam mana pun, itu semua kuasa Allah. Tak boleh nak percaya 100%. Tapi kalau jadi kenyataan pun alhamdulillah. Saya terima dengan hati terbuka. Hehe.

Oh yaaa! Ada satu lagi cerita yang saya rasa lawak dan jadi isu kat office saya semalam. Seperti yang sedia maklum. Memang tak ada siapa pun tahu kewujudan blog saya ni melainkan kawan-kawan yang terdekat. Tu pun rasa nya tak sampai 5 orang yang bukak. Tapi nak dijadikan cerita semalam, ada seorang hamba Allah yang bagi komen 'membina'. Cara komen sebijik macam budak office saya yang suka bertarbiah pada kami-kami ni. Tapi katanya bukan dia yang komen. Cara type pun tak macam dia. Tapi siapakah anda? Mengaku cepat! Bahahaa!


Semalam dapat mesej dari Encik SA. Nak bervideocall katanya. Haish kelam kabut cari tudung nak cover rambut yang serabai baru lepas mandi. Okay la, agak blur sekejap. It's like 'hang tengok aku, aku tengok hang'. Nak bercakap langsung tak dengar apa-apa. Pastu masing-masing senyum renyih. Baahaaha. Lawak sungguh. Terblushing sat mami. :D

Alhamdulillah. Akhirnya semalam dapat juga buat solat sunat teraweh di Masjid USM. Jauh sungguh masjid yang kami pegi. Ibarat satu tapak yang melangkah tu dapat pahala ibadat. Padahal nak senang dapatkan parking. Bahaahaa. Okay la, selamat berpuasa buat kawan-kawan semua. :)

Sejak berjinak-jinak pakai Wide Shawl ni
terasa macam ustazah pula sebab labuh kemain lagi.
Hihihi

No comments: