orang sedang baca :)

Monday, August 1

Salam Ramadhan Al-Mubarak!

assalamualaikum semua. hari ni merupakan hari pertama umat islam berpuasa. ditambah pula dengan hari isnin yang selalu dikenali sebagai MONDAY BLUES. serba serbi rasa malas nak buat kerja. =.=


aku nak kongsi sedikit mengenai aku bila menjelang bulan puasa. aku dan keluarga aku memang mengamalkan sahur sebelum puasa. selalunya kami akan bangun seawal 5 pagi. tapi mama aku akan bangun pukul 4.30pagi untuk menyediakan juadah sahur. aku bersyukur sangat sebab aku dalam golongan yang tak memilih makan. apa yang tersedia aku akan makan. sebab ada sesetengah orang sangat memilih makan. itu tak makan ini tak makan. bak kata mak long aku 'pergi rumah orang senang, tak memilih makan'. selalunya sahur kami sekeluarga sangat simple. mama aku akan goreng ayam drumet atau ayamas hot&spicy, itu pun sudah memadai, makan dengan nasi panas. :)


bila dah duduk bujang ni, baru la teringat masakan² mama kat rumah. sahur tersedia apatah lagi bila berbuka. duduk bujang tak best sebab semuanya kena buat sendiri. nak sahur kena bangun awal untuk panaskan lauk. lauk pun kalau tak beli masa waktu malam, dah kena masak lauk. tapi telur goreng dengan kicap pun dah memadai. janji perut terisi buat bekalan masa hari siang nanti.


pagi tadi aku dan housemate bersahur sama². itu pun nasib sebab ada housemate aku yang balik kampung semalam dan bawak lauk dari rumah. ayam rendang lagi tu. dan aku pula ada beli lauk kat kedai siam. sebab mama aku dah pesan untuk beli lauk untuk sahur. so aku pun beli la daging masak pedas. pada paginya aku pun panaskan.


selalunya orang kata bulan puasa ni boleh berjimat. jimat duit sebab tak makan pada waktu siang. tapi bagi aku semua tu TIDAK. memanglah waktu siang kita tak makan. tapi bila kita dah berada di bazaar ramadhan, semua benda kita akan terasa nak beli. aku memang tak terkecuali dengan nafsu membeli macam ni. ini berdasarkan pengalaman aku tahun lalu. pergi bazaar, semua nak beli, last² tak habis pun makanan tu. dah la mahal!


jadi, aku harap siapa² yang baca entry ni, berjimat²lah korang. jangan boros beli itu dan ini. kalau siapa² yg tinggal dengan mak dan ayah, korang sangat beruntung. makanan tersedia lain la macam aku ni, semua kena cari sendiri.


kurma dari bos Habibullah Construction..
tenkiu uncle! :D


p/s: selamat menyambut ramadhan al-mubarak! semoga segala amalan kita pada bulan yg mulia ini diberkati Allah. :)

No comments: