Monday, August 8

Ost Ramadhan Terakhir : Siapakah Pompa Bensin?

Salam pagi Isnin semua! lamanya tak update blog ni. jadi hari ni nak berkongsi sedikit cerita dengan korang² semua mengenai drama 'Ramadhan Terakhir' yang semakin hangat diperkatakan. cerita ni sangat menarik bukan? mengenai kejahilan sebuah keluarga. tapi dalam banyak² watak, aku sangat sukakan watak emak kepada Anne tu. sebab bagi aku, dia tahu apa yg dia buat tu salah, tapi dia masih nak buat. aku ingat lagi dialog dia bila panas ketika dalam kereta. 'ini baru panas dunia, belum panas neraka lagi..' tergelak aku dibuatnya. haha! tahu pun!


tapi di sini aku bukan nak bercerita tentang drama tu, aku nak kongsi sedikit mengenai lagu OST drama Ramadhan Terakhir. lagu yg menjadi lagu tema tu sedap didengar bukan? muzik permulaannya ada alunan seruling. dengar saja dah dapat rasa kesedihan. buat pengetahuan korang, lagu tema tu bertajuk JANGAN LUPA NAMAKU nyanyi Pompa Bensin. tapi persoalannya, siapakah mereka? ada 3 suara dalam lagu tersebut. 2 orang lelaki dan seorang perempuan. ramai yg cuba berteka-teki, ramai yg bertanya sendiri di laman web sosial facebook siapakah suara² yang menyanyikan lagu Jangan Lupa Namaku. tapi mereka tetap mahu merahsiakan identiti mereka. malah lagu tersebut juga tidak diberikan dalam versi yang penuh. ramai juga la yang mintak lagu penuh, tapi kata mereka, mereka hanya akan memberikan versi yg penuh setelah mencapai 5 ribu like di fanpage facebook mereka. apakah ini salah satu strategi untuk mempromosikan lagu mereka? banyak yg nak lagu tu weh. hehe! jadi, ajaklah kawan² korang untuk like fanpage Pompa Bensin yer!


Azma Aizal Yusoof
ada khabar angin yang mengatakan beliau
adalah salah seorang yang menyanyikan
lagu tersebut

Aqasha
ada desas desus yg mengatakan
beliau juga menyanyikan
lagu tersebut

Nadia Aqilah
suara perempuan di dalam lagu
Jangan Lupa Namaku
mungkinkah suara beliau?











p/s: to Pompa Bensin, cepat² la kasi full version of this song.. nak buat ringtone handphone ni.. hehe :D

No comments: