Monday, August 22

Merepek # 2

bila la agaknya nak siap cover untuk lagu Brunor Mars ni.. sememangnya lagu-lagu Bruno Mars sangat mudah untuk dimainkan.. chord² dia senang.. bagi siapa yang baru nak berjinak² bermain gitar.. sila pilih lagu² beliau.. kalau tak suka lagu Bruno Mars, boleh belajar dengan lagu Taylor Swift juga..


aku tak ada la pandai sangat bermain gitar.. tapi boleh la kalau nak dengar bunyi lagu dari petikan gitar aku.. tak la sehebat man kidal.. hehe.. jauh bebenor tu.. tak sehebat yuna.. sikit je nak dekat dengan najwa latif.. hohoho! tapi aku jenis yg suka main separuh jalan.. belajar half².. sebab kadang² nak kena hafal dan tau lirik.. aku pula jenis suka tengok lirik..


kalau korang nak tau (macam la ada orang nak baca :p), aku belajar gitar ni tahun lepas.. aku beli gitar pertama aku dengan harga rm195.00 semata-mata nak belajar.. tapi masalah aku pada masa tu, aku tak ada orang yg nak mengajar aku.. end up aku belajar sendiri di youtube.. hafal chords.. dan memang agak susah masa tu sebab nak tukar² chord masa bermain.. jari jangan cakap la.. sakit habis, sampai kematu.. hah! itu la kepayahan pada mula² aku nak belajar bermain gitar.. dan sekarang aku dah boleh boleh bermain gitar dengan senang.. siapa kata tak boleh belajar gitar sendiri? kena pergi kelas? sekarang ni banyak sumber kita boleh dapat kalau nak belajar, salah satunya adalah youtube.. banyak je guitar lesson kat situ.. nak belajar lagu apa, taip je kat situ, nanti keluarlah!


sekarang ni aku tengah nak buat cover 'count on me by bruno mars'.. tapi disebabkan laptop aku yg rosak.. tak dapat la nak rekod video.. agak lama juga aku tak record video.. haihh.. takpe.. kalau nak tengok video pergi la kat facebook aku.. heeee :p


kepoyoan dengan 2 gitar


uh uh.. rock on baybeee! haha..





No comments: