Friday, August 26

Esok nak balik kampung dah laaa~!

assalamualaikum semua.. hari yg di nanti²kan sudah tiba.. esok ramai pakat² nak pulang ke kampung halaman masing².. tak terkecuali aku.. esok selepas subuh aku akan bertolak pulang dengan harapan jalan tak sesak.. almaklumlah hari sabtu dijangka jalan akan jem ekoran ramai yang dah mula bercuti.. aku bernasib baik sebab perjalanan aku tak lah jauh mana.. perjalanan yang memakan masa selama lebih kurang 2 jam setengah.. tapi sakit punggung juga la duduk lama² dalam kereta.. keseorangan dengan kebosanan yang melanda.. doa kan perjalanan aku semoga selamat sampai yer kawan²! :)


oh ya.. aku tak sangka pula ada orang akan order 'cendawan mario' tu.. aku terima tempahan sebanyak 200 biji.. hadoi.. sangat penat... seharian aku buat benda tu tanpa bantuan siapa².. percaya atau tidak aku tidur pukul 4.30 pagi.. disebabkan terlalu penat dan mengantuk, aku masuk tidur tanpa sahur.. sempat minum saja.. nasib baik waktu siang aku dapat bertahan.. malah tak ada rasa lapar pun.. kuat tak? hehe :p


macam yang sedia maklum, aku dah terima gaji dan bonus raya aku 23hb lepas.. semalam aku, Nadie dan Nadia rancang untuk shopping sedikit barang untuk persiapan raya nanti.. disebabkan hujan yang melanda pulau pinang dari pagi lagi.. jalan tersangatlah jem semalam.. angin juga aku sebab takut tak sempat nak berbuka nanti.. alhamdulillah aku sampai di bukit jambul sebelum waktu berbuka.. tapi kebanyakan tempat sudah pun dipenuhi dengan manusia² yang ramai.. terdetik satu idea.. 'KENNY ROGERS'! dan kami bernasib baik sebab masih ada beberapa meja yang kosong.. tapi malangnya service kat situ tersangatlah teruk.. aku bagi 0/5 bintang untuk kenny rogers BJ.. hanya seorang yang ambil order sedangkan pelanggan punyalah ramai! tukang masak pun aku rasa ada seorang je sebab makanan pun lambat sampai.. bayangkan, pukul 7.30pm waktu berbuka, tapi pukul 8.00pm makanan masih tak sampai.. dah la tu tak jamu pelanggan air untuk berbuka.. bagi aku, mineral pun dah memadai.. gila teruk! so aku akan reject kenny rogers BJ pada bulan puasa akan datang! order air pun tak sampai.. tapi dalam bill cepat je dimasukkan.. nasib baik kami check bill tu sebelum bayar.. kojaq sungguh!


lepas makan kami sempat bershopping, aku sememangnya memerlukan seluar jeans.. yang lama dah macam tak sedap pakai.. mana tidaknya aku datang office pun pakai simple gila.. jeans dan t-shirt je.. dua helai jeans sempat aku capai.. nadie pun tak nak ketinggalan.. dia pun beli sehelai.. promoter kedai tu punya la bermanis mulut, dok paksa ambil lagi.. ahh! suka² je nak paksa orang! waktu tu kedai pun banyak yang mula nak tutup.. tiba-tiba terlalu dekat satu kedai ni.. lepas belek² dan minta pendapat kawan² aku.. aku pun beli.. wahhhhh ini first time aku beli benda² macam ni.. nak tau apa??? scroll down laaa! :p


...............................................

........................................

....................................

............................

..........................

.....................

................

..............

........

.....

..
cincin emas pertamaku..
beli dengan hasil titik peluh sendiri..
^__^

aku beli cincin ni di wah chan.. harga emas sekarang rm200 per gram.. tak sangka kan?! cepat gila harga emas ni naik.. aku beli pun orang kata sebagai pelaburan masa depan.. KONONNYA..! hehehe.. lebih baik aku gunakan duit bonus aku untuk beli emas, sekurang-kurangnya aku nampak benda ni.. dari belanja tak tentu hala.. betul tak?? berat cincin emas ni 2.19g, setelah dicampur kos upah semua harga cincin ni adalah rm495.. gila mahal kan??? haishhh.. aku minta tawar, last² aku dapat rm485.. tapi takpe.. terdesak nanti boleh aku jual.. hihi


p/s: rasa rugi sebab tak beli emas waktu dulu.. pernah terniat nak beli tapi tak terbeli.. ni dah naik harga baru nak beli.. nasib badan... :(

1 comment:

Anonymous said...

This paragraph provides clear idea for the new people of blogging,
that in fact how to do blogging.
Also visit my weblog ... grumpy cat