Saturday, August 20

10 Ramadhan yang terakhir..

salam 1 malaysia semua! wah.. lamanya tak update blog.. bersawang dah rasanya.. jadi hari ni seperti biasa aku kena kerja pada hari sabtu.. nasib badan la kan? nak buat macam mana, dah nama pun makan gaji.. lagi² dekat nak raya ni.. nak pakai duit  banyak.. shopping raya pun belum ni.. oh gaji! oh bonus! cepat la kau datang! aku sangat memerlukan kau saat ini..!


cakap pasal raya ni.. raya kali sangat membuatkan aku teruja.. nak tau kenapa??

  1. raya kali ni buat pertama kalinya aku akan drive sendiri dari penang ke ipoh.. baru ada semangat bila dengar lagu allahyarham Surdiman.. "woo hooo hooo balik kampunggg woo hoo hoo balik kampung, hati girangggg!!"
  2. selalunya raya, orang akan pulang ke kampung betul tak? tapi kali ni orang dari kampung yg akan datang beraya kat rumah aku di perak.. tak ke seronok..? mesti meriah punya la wa cakap lu.. keluarga aku dari JB akan turun perak.. sebab dorang kesian kat baba aku.. kat sana susah nak cari pusat dialysis sementara.. so dorang turun perak tahun ni.. mesti gegak gempita rumah aku nanti!
  3. rumah kampung arwah tok Ratu aku yang di Batu Gajah tu tahun ni masuk bertanding dalan pertandingan PANJUT.. ni pertama kali keluarga aku telibat dalam pertandingan² macam ni.. agak teruja.. tak sabar nak lihat apa keadaan rumah tu nanti..
  4. 27hb nanti semua ahli keluarga akan buka puasa ramai² di rumah arwah tok Ratu.. keluarga belah perak dan belah johor akan berbuka sekali.. macam² juadah akan disediakan.. mama aku sendiri akan sponsor satay kajang sampai 200 cucuk.. hamboih!
  5. setiap tahun pak ngah akan buat lemang dan rendang tok.. lemang tu kitorang buat sendiri tau! takde beli² punya.. so masa ni kitorang akan rewang ramai².. aku pun secara tak langsung akan terlibat sama..
ramai yang tak tahu pertandingan PANJUT tu apa.. mula² aku pun tak tahu apa makna PANJUT tu.. mama aku cakap itu pertandingan meghias rumah dengan pelita.. jadi baru aku tau.. dalam kepala aku mula membayangkan rumah arwah tok aku dihiasi dengan cahaya pelita pada waktu malam.. CANTIK!! di tambah pula dengan ayah saudara aku yg ramai dan masing² mempunyai kretiviti masing².. fuh! aku yakin akan bertambah cantik rumah tu nanti.. nanti bila sampai masanya aku akan cuba ambil gambar dan tempek kat sini..

gambar hasil dari encik google..
lebih kurang macam ni la kot..
seriau plak aku.. tak pasal² terbakar satu rumah nanti..
-___-"

oh ya! ada lagi yang aku nak share.. hari khamis baru² ni aku sempat berbuka puasa dengan kawan² baik aku merangkap sibling aku.. macam biasa la.. aku la yg kena arrange semua.. balik² aku juga yg kena buat plan.. haihhh! destinasi yang aku pilih adalah Bukit Jambul.. bukan apa.. lepas makan boleh la nak membeli belah tingkap (window shopping) atau nak terus shopping pun boleh! sebab sana sememangnya banyak pilihan untuk baju² muslimah.. kawan aku sendiri dah berhabis rm300 beli baju kat sana.. aku? gigit jadi je la.. mana bonus aku ni? sobs!


SEBELUM!
SELEPAS!


minggu lepas aku ambil kesempatan untuk berbuka dengan keluarga aku di perak.. rindu nye la pada masakan mama.. kali ni cakap je nak makan apa, pasti mama aku masak! untung kan? mana taknya dah berbulan² aku tak balik rumah atas sebab kerja.. sabtu pun kerja macam mana nak balik.. kesian kan? balik baru² ni aku sempat la buat APAM POLKADOT.. pertama kali aku buat.. nasib baik jadi.. walaupun tak berapa nak polkadot sangat.. kira boleh la! 


menjadi juga akhirnya! jemput rasa.. :p

dan setiap tahun juga baba akan dapatkan kitorang benda ni.. ini la untungnya mak ayah kerja polis.. muahahaha! korang ada? :p

main la sampai lebam yer.. aku tak berapa berani sangat
main mercun² ni.. bunga api ok la.. ^___^

okay la.. agak panjang entry kali ni.. semua cerita aku dah top up kan.. akhir kata selamat menjalani ibadah puasa di hujung² ramadhan ni.. sama² kita cari keberkatanNya.. :)



p/s: hari ni nak kena servis cik pepel.. duit melayang lagi.. sobs!



No comments: