Sunday, August 21

Cik Pepel dicabul!

hello heyhoo! bertemu lagi kita di pagi ahad selepas sahur.. hihi.. aku belum tidur dari semalam.. tak tau kenapa, tak rasa mengantuk langsung.. ni lepas subuh boleh la tidur dengan nyenyaknya.. sementara menunggu waktu imsak berlalu dan sedang mengejut cik Asma' yang sememangnya sangat liat untuk bangun sahur.. susah betul nak kejutkan dia ni.. ni dah masuk 3 kali dah ni.. terlepas waktu sahur jangan salahkan aku yer..!


semalam aku ke autowangi service centre untuk servis cik pepel.. almaklumlah nanti nak jalan jauh.. (macam la jauh sangat kan..?) tapi for sure akan jalan jauh sebab raya nanti nak ziarah mengziarahi rumah saudara-mara.. ramai cakap servis di perodua sangat mahal.. dan sarankan aku servis di bengkel kereta je.. lebih murah berbanding di perodua.. dalam lingkungan rm50 je untuk tukar minyak hitam.. tapi kereta aku masih dalam warranty 3 tahun.. kalau servis luar aku takut apa-apa jadi kan susah aku nanti.. jadi aku decide untuk servis kat perodua saja.. mahal sikit takpa kot..


so nak dijadikan cerita.. aku jarang bawa cik pepel ni bersiar-siar.. aku cuma bawa pergi kerja je.. itu pun office aku dengan rumah tak sampai 3km.. sepatutnya aku kena servis cik pepel 30/3/2011 hari tu untuk kali kedua iaitu untuk 5000km.. tapi masa 30hb tu, meter aku baru cecah 2000km.. aku rasa rugi kalau aku pergi servis masa tu sebab meter belum lagi 5000km.. jadi sesampai saja aku kat perodua, engineer tu godek-godek la cik pepel untuk tahu apa yang perlu ditukar.. setelah dikenalpasti, service advisor tu cakap cik pepel dah over due lama dah.. sepatutnya lepas 30/3/2011 aku diberi tempoh 4 bulan untuk servis cik pepel walaupun meter masih  tak sampai 5000km..


kesimpualannya, aku disarankan untuk membuat servis yg kali ketiga iaitu 10000km.. servis kedua burn la.. kepala aku dah mula memikirkan harga yg akan dorang kenakan.. mesti lebih rm200.. budget aku pula memang cukup-cukup rm200.. tapi nasib baik aku cuma kena bayar sebanyak rm129.55.. ohmykambeng! jauh dari apa yang aku expect! dapat la aku enjoy duit lebihan tu.. muahahaha! kali ni dorang tukar minyak hitam lain.. aku tak tau la apa yg lainnya.. katanya yg untuk meter 10000km.. tak kisah la kan.. lepas siap aku ushar la sticker untuk servis yg seterusnya.. punya la jahat dorang.. macam tau-tau je aku tak banyak bawa cik pepel.. tergamak dorang just letak tarikh servis je.. berapa km dorang tak tulis.. 20/2/2012 adalah tarikh servis seterusnya.. km meter berapa aku tak tau.. lantak lah.. diikutkan memang 6bulan dari tarikh tu..


cik pepel dicabul.. kesian beliau.. 

cik pepel bersama rakan barunya.. :D

saje nak enterprem..
dia ni pun penat puasa hokay!
sian baby.. :D

No comments: