orang sedang baca :)

Tuesday, August 23

apam polkadot @ cendawan mario

assalamualaikum semua.. puasa tak? harus puasa yer.. dah ramadhan yang ke 23.. tak lama je lagi nak raya.. dan disebabkan hari jumaat ni ramai yang pakat nak balik kampung.. aku dan housemate² bercadang untuk berbuka puasa di luar semalam.. nanti dah tak dapat nak berbuka kat luar sama².. asyik masak je kat rumah.. nak juga buka puasa ramai² kat luar ye dak? setelah pelbagai lokasi diusulkan, kata putus diambil untuk berbuka di Hammer Bay..


dalam pukul 6.30petang kami sudah bertolak dari rumah kononnya untuk elak dari kesesakan jalan raya.. sesampai di sana, oh mak aii...! ramai gila manusia dan kereta.. nak parkir kereta pun tak boleh.. terpaksa parkirkan kereta di tepi jalan.. jangan kena saman dah la! kami memilih makan yg berset.. sebab semuanya ada sekali.. Set B berharga rm93.00+ untuk 5 orang makan, 2 ekor ikan, sayur kailan, telur dadar, tomyam, sotong goreng tepung dan 1 jag jus buahan.. cukup la kan sebab kami hanyalah 5 orang.. plus ada diskaun 5% untuk menu yg berharga rm50 ke atas..


perbincangan hangat
topik : anak !

makanan dah sampai!
yummaayyyy~

SEBELUM!

SELEPAS! licin..!
semua habis kami makan.. hehe

selepas makan kami pun pakat kalut balik rumah.. aku dah plan dengan si asma' untuk buat apam polkadot.. motif? hmmpphh.. bukan nak makan sangat pun.. lebih kepada saja seronok² nak buat, lepas tu boleh jamu orang rasa.. heeee :p jom tengok proses² nak buat apam polkadot ni atau aku namakan sebagai 'CENDAWAN MARIO' (game mario bros waktu kecik² dulu) sebab bentuk dia sangat comel! kali ni aku buat sangat menjadi² kemontelan cendawan mario ni..

adunan yang dah ditambah bahan pewarna

masukkan ke dalam 'piping bag'

kami menggunakan acuan yang lebih
kurang macam acuan kertas
yang bezanya landasnya di perbuatan
daripada aluminium.. boleh reuse nanti!

fillingnya guna jem sudah~

'piping bag' haha! guna plastik lauk je sudey~

acara picit memicit 'piping bag'

kukus kan.. see! isnt it so beautiful? :D

selesai! siap² untuk dipacking..
boleh bagi kawan² rasa cendawan mario
yg comel ni!

p/s: ada seorang kenalan aku cakap apam polkadot ni macam telur naga.. errr? adakah? =.="


No comments: