Friday, July 29

Malaysia Vs Singapore : banyak aksi DRAMA!



hello hey hOoo! salam jumaat buat semua warga alam maya. seperti yang sedia maklum, semalam merupakan perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Singapura²pore. ramai rakyat Malaysia yang sangat tak berpuas hati dengan player Singapore. 


actually tak kisah pun kalah, sebab memang dah adat permainan kalau kalah atau menang. mana tidaknya, masa mula² Malaysia menjaringkan goal, menggelabah team Singapore. tapi bila Singapore dapat jaringkan goal je, babak² drama mula terjadi. paling ketara adalah goal keeper singapore yang muka ala² Amir Rajalawak (I'm Sorry!). nampak sangat lakonan dia, tiba² boleh pula sakit kepala. bengang betul aku! free² kena sepak dengan Safee sali. haha! nampak tak cara diorang cuba nak melengahkan masa? end up dapat kad kuning dari pengadil sebab melengahkan masa. padan muka kau! tak habis dengan tu, asyik nak injured je player² dorang ni. lemah gemalainye laaaa! sikit² nak jatuh. baru kena sikit jatuh macam dah nak mati lagaknya!


tapi apa² pun aku bangga dengan pasukan Malaysia. walaupun kalah, dorang kalah dengan bermaruah. takde main² kotor macam team Singapura²pore yg suka berpura². plus apa yang paling membanggakan aku adalah semua player Malaysia adalah dari golongan rakyat Malaysia sendiri. tak macam player Singapore, banyak player import. menampakkan yg banyak lelaki² di Singapore tak reti main bola. WoOopS~! I'm sorry! :p guna tenaga luar untuk main dalam team sendiri. kasyiannnnnn... :p walaupun kita kalah, tapi kita kalah pada singa kacukan bukannya singa jantan asli. hehehe! harimau malaya juga yg jantan asli. betul tak? :D


tadi aku saja² la mengushar fanpage² yg berkaitan dengan perlawanan semalam. agak lawak juga bila baca komen² yg dorang bagi. aku tau dorang sebenarkan tak kisah pun kalah, cuma tak berpuas hati dengan drama lakonan player singapore. dan ada pula di fan page FAM tu sendiri, rakyat Indonesia mencarut, memaki hamun Malaysia. habis segala mak bapak, perdana menteri Malaysia dimakinya. geram plak aku! perlawanan bola semalam ada sangkut paut dengan dorang ke? yg dorang terlebih emo tu kenapa yer? macam bagus! kalau bagus sangat kenapa nak Safee Sali join dorang? sedangkan rakyat sendiri pun datang cari makan kat sini, lagi mau berlagak! kalau korang nak baca komen² dorang boleh tengok kat sini..







tengah best² menyekodeng komen² dorang yg ada sesetengahnya sangat kelakar, tiba² aku ternampak gambar ini.. hahahaha!

memang terbaiklah gambar ni! xD


dan korang perasan tak, muka goal keeper Singapore mukanya macam Amir Rajalawak. aku terbaca kat satu blog ni. dan aku ambil gambar tu, minta halalnye pada pemilik blog tu. xD


kelakar bukan? pandai betul dorang mereka benda ni. sangat menghiburkan! :D


nota kaki busuk: cuba bayangkan kalau korang bercouple/berkahwin dengan orang Singapore, agak² malam semalam ada tak yg kena tidur luar? bwahahaha!



No comments: