Friday, September 30

Pencen Umur 65?? Saya Bantah!

assalamualaikum.. agak berhabuk juga blog aku ni.. dah lama sangat tak mengarang.. tapi kalau karang atau tak sama saja.. tak ada pun manusia yg nak baca pasal kisah hidup aku.. blog aku bukanlah blog free thinker.. kebanyakkannya pasal aktiviti aku bersama teman².. hehe


baru² ni kecoh pasal cadangan hendak melanjutkan perkhidmatan bagi orang² yang bekerja di sektor swasta.. dilanjutkan pula ke umur 65 tahun baru boleh pencen.. banyak orang yg kurang setuju dengan cadangan ini.. aku pun tak setuju jika perkara ini betul² berlaku.. walau bagaimanapun, mereka boleh memilih sama ada ingini pencen pada usia itu atau pun tidak.. bayangkan kalau ianya betul² berlaku.. office akan dipenuhi dengan orang² tua yg dah nak kerepot.. sungguh tidak  memberi seri pada office tersebut.. haha! maaf, ini hanyalah imaginasi aku.. :p


kenapa ramai yang kurang bersetuju?? jom kita rungkaikan satu per satu..


setiap tahun ramai graduan² yg dihasilkan oleh universiti² di serata malaysia, bukan seorang dua tapi berpuluh² ribu.. jadi bagaimana mereka nak mencari pekerjaan sekiranya 'golongan lama' masih bekerja..? mereka tidak diberikan peluang untuk mengaplikasikan apa yg mereka dah belajar semasa universiti.. dan akhirnya satu jalan yg mereka dapat.. iaitu menanam anggur di rumah.. (menganggur)




ya.. orang yg menganggur selalu dipandang rendah semua orang.. orang akan berkata macam²..


"dia tu tak mau kerja, memilih kerja la tu!"


bagi pendapat aku, mereka harus MEMILIH pekerjaan.. takkanlah setelah penat belajar siang dan malam, menelaah sehingga larut malam, dan akhirnya mendapat segulung ijazah tapi nak bekerja di restoran McD? KFC? Pizza Hut? dan sebagainya.. seharusnya mereka perlu memilih pekerjaan yg setaraf dengan kelayakkan yg ada.. tak cukup berkualitikah mereka? aku yakin, ramai graduan kita yg berkualiti.. mereka harus diberikan kepercayaan.. ramai juga di antara kenalan aku yg mengambil langkah akhir dengan meyertai polis.. sebabnya pekerjaan sekarang sangat susah dicari..


KENAPA??? 


KERANA MEREKA TIDAK DIBERI PELUANG.. KENAPA PERLU LANJUTKAN UMUR BAGI ORANG² PENCEN? BUKANKAH INI TIDAK ADIL BAGI ORANG² MUDA?


"ohh.. kamu tak ada pengalaman jadi saya tak boleh mengambil kamu bekerja di syarikat kami.."


bagaimana mereka nak ada pengalaman bekerja kalau mereka tak diberikan peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka dengan mengaplikasikan apa yg mereka belajar di universiti dulu? biarlah orang² muda pula menunjukkan kebolehan mereka.. yg tua biarlah berehat saja di rumah.. mencari ilmu agama.. mengumpul harta akhirat pula.. menunaikan umrah dan haji.. bermain dengan anak cucu.. cukup² la bekerja, bagi peluang pada KAMI!


kadang² aku tertanya², kenapa mereka tak mempunyai pemikiran seperti ini? lepas tu buka isu tentang graduan yg menganggur, isu graduan memilih kerja.. rakyat ternyata lebih pandai untuk menilai.. mereka? hanya pentingkan diri sendiri.. fullstop!

No comments: