Friday, October 7

Review Filem : Al-Hijab

bismillah..


selamat pagi semua! hari ni aku nak buat sedikit ulasan untuk filem 'AL-HIJAB' yang dah aku tonton malam semalam.. pada mulanya aku nak ambik tiket pukul 7.30 malam tapi atas sebab² yang tak dapat nak dielakkan, aku terpaksa ambik tiket pukul 9.30 malam.. aku expect panggung akan penuh sebabnya semalam adalah hari pertama filem ini ditayangkan.. tapi, tak penuh pun! 1/3 panggung saja yg penuh.. kenapa eh? ramai yg memang tak minat tengok cerita hantu ke? atau tak berani?




okay, filem ni mengisahkan seorang pelakon sambilan bernama RAF (Pierre) yg mendapat tawaran berlakon dalam sebuah filem hantu arahan Aziz M.Osman.. raf yg sememangnya tengah cari job masa tu terus setuju untuk terima tawaran tu.. sebab raf nak buktikan pada ayah girlfriendnya, QISS (Fathia) dengan berlakon pun boleh berjaya..


Pengarah filem hantu tu minta raf untuk menjiwa watak dia.. jadi disebabkan hal tu, raf cuba mencari feel takut dengan menonton filem² hantu tapi tetap gagal.. raf telah pergi ke satu bangunan lama yg dah dah ditinggalkan orang seorang diri untuk melihat sendiri makhluk halus tapi tetap tak nampak apa².. Qiss yg tahu perkara ni mengatakan HIJAB raf sangat kuat, mungkin sebab itu raf tak dapat tengok benda² tu..


pada mulanya aku ingatkan hijab tu tudung yg perempuan pakai.. ehehehe.. rupa²nya setiap manusia mempunyai hijab.. hijab yg menutup mata kita dari melihat benda² di alam lain.. ianya tak boleh dibuang tapi boleh dibuka.. ok sambung..


raf cuba mencari info pasal hijab di internet, di perpustakaan tapi masih tak jumpa.. dan pada malamnya raf menerima satu sms dari seseorang yg memintanya ke alamat yg dihantar melalui sms tu.. jadi raf pun ke alamat yg dia dapat tu.. ada seorang makcik yg mahu dirinya dipanggil sebagai MAK ITAM mahu memberi pertolongan pada raf dengan membuka hijabnya.. dan setelah MAK ITAM membuka hijab raf, barulah dia nampak 'benda²' tu.. setelah itu, MAK ITAM meminta untuk menutup hijab raf, disebabkan sangat teruja.. raf minta untuk dibiarkan hijabnya tak ditutup hingga esok pagi.. dan berjanji akan cari MAK ITAM pagi esoknya untuk tutup hijabnya kembali.. dan bermula dari malam tu, banyak 'benda²' yg raf nampak.. okay, aku stop kat sini.. nak tahu macam mana gambarannya korang kenalah pegi tengok sendiri..


hijab itu hanya boleh ditutup oleh orang yg sama membuka hijab.. sebab kuncinya ada pada orang yg membukanya.. dan memerlukan IZIN dari tuan punya badan sendiri untuk menutup.. kalau tuan punya badan tak memberi izin untuk menutup hijabnya kembali, maka orang yg memegang kunci tak boleh menutup hijab tu..






*bagi aku filem ni takot la sebab aku ni memang penakot pun! haha! untuk filem ni aku kasi 3.5/5 bintang sebab endingnya tergantung.. mungkinkah ada sambungan? tunggu dan lihat..

No comments: