Wednesday, October 5

Kenapa saya suka drama korea?

annyeong haseyo..

perasaan aku sekarang ni sangat berbunga².. sebab? aku sekarang tengah gigih melayan drama korea.. sanggup ke bukit jambul lepas habis kerja semata² nak beli dvd.. setakat ni aku dah ada 5 koleksi.. dan akan bertambah lagi, lagi dan lagi.. baru aku paham kenapa sesetengah orang yg minat sangat drama korea ni bagai nak gila.. aku ingat lagi waktu aku di college dulu, geng² yg islamik  sopan dan ayu (pada aku la.. sebab aku tak macam dorang) minat sangat dengan artis korea.. sampaikan kat surau dijadikan tempat lepak untuk menonton drama korea di youtube berbekalkan wifi college yg ada..

dulu aku memang tak layan sangat drama korea ni.. bukan atas sebab tak minat.. cuma takda masa nak menonton.. yela kan, cerita dia berjela-jela.. kalau sekali miss nak kena catch up balik.. kalau tak macam tak sempurna pulak kalau terlepas 1 episod.. 1 episod pun lebih kurang 1 jam durasinya..

alkisahnya aku start berminat dengan k-drama (korean drama) ni last year.. last cerita korea yg aku layan pun masa aku form 2.. bermula dengan boys over flower.. tu pun aku tak berapa layan sangat.. terlayan pun sebab housemate aku di rumah lama dulu, tepat jam 8.30pm akan bukak tv8.. nak tak nak aku pun layan la sekali.. -__-"

aku rasa orang² yg minat drama korea ni mesti ada pengalaman yg sama macam aku.. sanggup tidur lewat semata² nak habiskan cerita.. bersengkang mata padahal esoknya kerja.. end up dapat tidur dua atau tiga jam je.. sampai kat office dengan mata merah sebab tak cukup tidur.. masa buat kerja mulalah tersengguk2 kepala... menguap sampai keluar air mata.. kepala plak rapat dengan meja lepas tu apalagi.. zZZZzzzZZZz laa!

lepas menonton beberapa buah drama, ada beberapa kesimpulan yg aku buat.. kenapa ramai orang gilakan k-drama ni..
  • buat gadis² yg menonton haruslah seronok menjamu mata.. mana taknya, kebanyakkan hero yg berlakon dalam drama tu sangatlah kacak, tampan, handsome, ganteng, smart dan yg sewaktu dengannya.. ini aku akui sendiri sebab aku pun macam dah terjatuh cinta dengan pelakon² korea ni.. sampai membuatkan keinginan aku untuk ke korea semakin membuak².. hihihihi
  • buat lelaki² pulak, awek² korea boleh tahan lawa, cute, gorgeous, cantik, comel dan yg sewaktu dengannya.. plus, awek² korea ni selalu berlakon pakai skirt pendek.. nampak habis betis peha yg putih mulus tu.. sebab tu la korang suka kan?!! ciss ni yg nak marah ni! dan kebanyakkan dorang mempunyai muka yg sangat putih dan licin.. tertanya² jugak aku macam mana dorang ni jaga muka dorang..
  • jalan cerita plak menarik, dah tak macam drama² dulu.. sedih je ceritanya.. sekarang ni macam-macam jenis ada.. tak macam hindustan.. kedebuk kedebak sana sini berebut awek.. style drama korea plak berebut awek cara gentle.. tak pakai keganasan pun.. 
  • dan ini yg paling aku suka dan aku salute.. kebanyakkan lagu-lagu dalam drama tu dinyanyikan sendiri oleh pelakon tu.. baru la feel! betoi tak??? dan lagu-lagu dia pulak sangat sedap didengar.. boleh dijadikan taik halwa telinga setiap hari.. bagi aku, dorang sangat berbakat.. dah la pandai berlakon, pandai menyanyi pulak.. mana la gadis² tak suka? aku pun dah jatuh cinta dah.. tak boleh nak kata apa dah.. hahaha..
sekarang ni aku tengah layan you're beautiful.. okay, aku memang agak ketinggalan.. semua orang dah tengok.. cerita pun da basi tapi aku baru nak layan.. honestly, cerita ni aku bagi 5/5 bintang.. aku suka! suka sangat².. hero semua hensem.. heroin comel.. sambil tengok tu sambil feel kalau aku yg ada kat tempat heroin tu... demmm! hati sangat berbunga².. yelpp yelppp! geram!


'operation' patung pun nak kena pakai topeng
tutup  mulut.. haishhh! cute!


suka buat muncung gini..
aku pun dah terikut.. haha


second hero.. cool dan gentleman..

cute dan funny.. :)


2 comments:

sufie said...

semua pelakon lelaki tu memang penyanyi~ ^_^ hensem~ ngeee~

Farah Zainol said...

kannnn... thats why la suara dorang sedap.. dah la hensem nak gila.. haishh.. geram betoi! :p