orang sedang baca :)

Monday, November 7

Cik Pepel dah ada spoiler laaa!

selamat hari raya haji semua!


selepas satu hari raya semalam, aku mula rasa tak sihat.. sejak dari malam semalam aku dah mula bersin tak berhenti.. mata pun merah dah.. terasa macam ada benda masuk dalam mata, dah gosok banyak kali pun masih terasa macam ada benda kat bawah bebola mata.. sungguh tak selesa.. sekarang ni pun dah mula batuk dan selsema.. nafas terasa panas.. jadi hari ni aku tak jadi balik penang.. kena stay lagi sehari.. esok baru nak ambil MC.. harap-harap esok dah okay sikit.. banyak kerja kat office oi!


disebabkan hari ni aku seharian di rumah, baba ajak aku ke kedai aksesori kereta untuk pasang spoiler.. tapi buat sementara orang kedai tu cat warna hitam dulu.. sebab aku kena balik penang esok.. nanti baru cat ikut warna kereta aku balik hujung bulan ni..


sakit hati weh bila cik pepel ni kena gril..
lagi cik pepel kena gril..
dan akhirnya.. siap! cik pepel dah ada spoiler.. hehe!

p/s : semua kos ditanggung oleh my baba.. ehehehe! love u baba! <3

No comments: