orang sedang baca :)

Thursday, July 17

Majlis Iftar CSI dan Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Negeri

Assalamualaikum..

Setelah beberapa hari merancang untuk berbuka puasa bersama warga SSI dan CMI (telah bertukar kepada CSI.. Bahaaa!). Akhirnya semalam menjadi juga plan untuk berbuka bersama. Rancang secara senyap-senyap sebab tak nak boss ikut sekali. Haha~ Alhamdulillah. Nasib baik tak pecah tembelang sebelum berlangsungnya semalam.

Lokasi berbuka yang dipilih adalah Bangkok Station Bandar Perda. Ramaaaaaaiiiiii gila orang kat situ. Anda disarankan untuk buat reservation dulu kalau nak berbuka di sini. Memang full house, sempit jadinya. Tapi makanan boleh tahan sedap.


Lepas berbuka dan solat di masjid, kami yang bujang trang tang tang ni berjalan-jalan sekejap di Uptown Bandar Perda. Wah happening! Panjang sangat sampai tak larat nak jalan. Tapi rasanya Pasar Karat kat JB lagi best. Siap ada karaoke dan busking. Seminggu je lagi nak balik JB. Yayyy~

Ahah~ buat pengetahuan semua, bonus raya untuk penjawat awam negeri pulau pinang dah dapat hari ni. Dan kebetulan juga hari ni adalah Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Negeri bersama YAB Ketua Menteri di ballroom traders hotel. CM dah umumkan hari ni semua kakitangan awam akan dapat bonus raya setengah bulan gaji mininum rm600. Pagi-pagi lagi lepas bangun tidur saya dah check akaun bank. Kikikihh. Semangat! Yayy dapat duit raya! Alhamdulillah.. Maseh Abang Eng! :D


No comments: