Friday, July 11

Alamak! Lupa baca doa Qunut!

Assalamualaikum..

Sebenarnya ada kemusykilan dalam bab solat ni. Pagi semalam selesai je solat subuh tiba-tiba rasa ada yang tak kena. Rasa macam.."eh kenapa rasa macam cepat sangat habis semayang subuh ni?". Then baru teringat saya lupa baca doa Qunut. Rasa macam nak nangis pun ada. Dah la rushing nak pegi kerja. End up saya sedapkan hati, nak qada balik solat waktu subuh tu kat office nanti.

Sampai office terus google, batal ke tidak solat subuh tu. Dan jawapannya, kalau kita terlupa untuk membaca doa Qunut atau ada kemusykilan dan kekurangan ketika kita bersolat fardhu, boleh dilengkapkan dengan membuat SUJUD SAHWI. Masa kerja di Bank Muamalat dulu boss ada juga mention. Tapi tak ambil perhatian sangat masa tazkirah. Ekekeke. Padan muka sendiri!

Sujud Sahwi tu sujud yang boleh kita buat selepas bacaan tahiyat akhir dan sebelum memberi salam. Sujud macam biasa dua kali. Doa Qunut sebenarnya SUNAT MUAKKAD iaitu sunat yang dituntut dan disuruh. Disebabkan kita pengikut MAZHAB SYAFIE jadi sebaik-baiknya kita baca doa Qunut ketika solat subuh. Tapi kalau terlupa, boleh buat sujud sahwi. Kalau tak buat sujud sahwi pun tak mengapa sebab ianya hanya sunat. Solat itu tetap sah.

Allahuakbar! Mudahnya Islam ni rupanya. Sangat indah bila kita cuba untuk cari ilmu-ilmu tentang apa yang kita tak tahu dan musykil sebelum ni.

Di kesempatan ni, ditambah pula dengan kita dalam bulan Ramadhan. Saya mohon marilah kita sama-sama berdoa untuk saudara-saudara kita yang berjuang untuk meneruskan hidup di bumi Palestin. Semoga Allah melindungi mereka sebagaimana mereka dengan beraninya melindungi agama Allah, Masjid Al-Aqsa di sana. Boleh sama-sama amalkan doa Qunut Nazilah ini.

Click untuk besarkan

Selain tu, ambil la peluang untuk berdoa untuk diri sendiri, keluarga atau sesiapa sahaja di bulan penuh keberkatan ni. Ada waktu-waktu mustajab untuk berdoa. Ditambah pula hari ni hari Jumaat, ada waktu-waktu tertentu yang Allah kabulkan doa hambanya yang berdoa. Jadi sama-sama ambil peluang berdoa ye. :)

Di setiap sujudku yang terakhir sentiasa ada namamu :)

No comments: